Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

BANTUAN KEWANGAN RAKYAT MALAYSIA: BANTUAN RM3600 SETAHUN

BANTUAN KEWANGAN RM3,600
Bantuan RM3600 Setahun

Bantuan Kewangan Rakyat Malaysia : Bantuan RM3600 Setahun. Di zaman Pandemik COVID-19 ini ramai diantara kita yang terjejas dan amat memerlukan bantuan dari pihak kerajaan. Bagi membantu mereka yang memerlukan dan terjejas, pihak kerajaan Malaysia telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan-bantuan dan inisiatif kepada yang mereka berkelayakan.

Antara bantuan daripada pihak kerajaan termasuklah melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang telah memperkenalkan bantuan khusus kepada pelajar-pelajar di bawah IPT. Bantuan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah tanda kecaknaan kerajaan Malaysia terhadap kesusahan yang dihadapi pelajar. Antara inisiatif kerajaan Malaysia adalah menolong pelajar-pelajar dari kalangan miskin. Oleh itu, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar Kolej Komuniti iaitu Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK).

BANTUAN RM3600 SETAHUN Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK)

Apa itu Bantuan RM3600 Setahun Bantuan BKPKK?

Bantuan RM3600 Setahun

Untuk makluman, BKPKK adalah sebuah bantuan kewangan yang diberikan kepada pelajar Kolej Komuniti sahaja iaitu selama 2 semester sahaja. Bagi satu semester iaitu selama 6 bulan, pelajar yang layak akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM1,800.

Makanya oleh itu, untuk dua semester iaitu 12 bulan atau setahun, pembayaran BKPKK kepada pelajar-pelajar Kolej Komuniti adalah sebanyak RM3,600 setahun kepada setiap pelajar yang layak.

Apakah Syarat-syarat Kelayakan Bantuan RM3600 Setahun BKPKK?

  • Pemohon hendaklah merupakan warganegara tetap Malaysia;
  • BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 4 semester (peringkat sijil);
  • Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibu bapa /penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibu bapa sebanyak RM3,000 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah;
  • Pelajar yang layak mestilah menandatangani dua salinan perjanjian (tanpa penjamin);
  • Dan juga perlu Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga; dan
  • Pelajar tidak dibenarkan sama sekali mempunyai penaja lain dalam tempoh program.

Pelajar-pelajar Kolej Komuniti yang masih belajar dibawah program pengajian di Kolej Komuniti di alu-alukan untuk membuat permohonan Bantuan BKPKK yang dapat memanfaatkan dan membantu meringkan beban dan memastikan kelangsungan hidup.

Permohonan boleh dibuat dengan merujuk seperti yang dinyatakan dibawah.

Cara Permohonan Bantuan RM3600 Setahun Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK)

Khas kepada pelajar- pelajar Kolej Komuniti yang berminat untuk mendapatkan bantuan kewangan dari pihak kerajaan, Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan BKPKK yang seperti ditetapkan diatas, permohonan bantuan ini boleh dibuat melalui Pusat Kolej Komuniti masing-masing. Permohonan boleh dibuat dengan merujuk pejabat pentadbiran di Pusat Kolej Komuniti. Pemohon hendaklah menyediakan dokumen- dokumen penting yang akan diminta nanti dan pemohon mestilah membuktikan pemohon adalah dari mereka yang layak memohon.

Untuk maklumat tambahan, sekiranyan permohonan pelajar berjaya,pelajar yang layak menerima Bantuan BKPKK  sepanjang setahun atau dua semester ini hendaklah membuktikan dan mendapat CGPA sekurang-kurangnya 2.0 untuk melayakkan diri menerima bantuan kewangan pada semester kedua dan seterusnya.

Dan sekiarnya pelajar-pelajar yang mendapat bantuan BKPKK tidak dapat mencapai CGPA sekurangnya 2.0 pada semester pertama, bantuan kewangan ini akan diberhentikan serta merta atas seperti mana terma dan syarat yang sudah ditetapkan.

Untuk maklumat lengkap dan penerangan yang jelas berkenaan Bantuan BKPKK, sila baca di portal rasmi KPM :-

PORTAL RASMI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

Bantuan-bantuan Kerajaan Terbaru Tahun 2022 :

“Bantuan Pelajar Tanggungjawab Kerajaan Untuk Memastikan Kejayaan Pelajar”

Kerajaan Malaysia sentiasa komited dalam membantu rakyat Malaysia yang terjejas dan di dalam kesusahan. Oleh itu, dengan kewujudan bantuan BKPKK ini membuktikan kecaknaan kerajaan kepada pelbagai lapisan dan lain-lain kategori tidak kira umur, bangsa dan keturunan.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati