Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Contoh Evidens SKPMg2 Standard 4 Pembelajaran dan Pemudahcaraan

Evidens SKPMg2 Standard 4
Evidens SKPMg2 Standard 4

Contoh Evidens SKPMg2 Standard 4 Pembelajaran dan Pemudahcaraan. Standard 4 yang dimana guru berperanan sebagai pemudah cara bagi pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang berkesan untuk memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan pencapaian murid pada tahap optimum secara berkekalan.

Standard 4 dalam SKPMg2 ini adalah satu instrumen penilaian PdPc guru yang dibina sebagai proses penambahbaikan kepada SKPM 2010 dimana hal ini adalah selari dengan gelombang kedua dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Kedua pada sekitar tahun 2016 sehingga tahun 2020.

Terdapat enam aspek dan ciri-ciri utama dalam standard ini. Antaranya ialah guru bertindak sebagai perancang, sebagai pengawal, pembimbing, pendorong dan juga sebagai penilai. Di dalam standard ini, murid turut menjadi aspek penting iaitu Murid Sebagai Pembelajar Aktif.

Pelaksanaan Aspek Evidens SKPMg2 Standard 4

Bagi aspek pertama dalam standard ini iaitu Guru Sebagai Perancang, standard kualiti yang harus dicapai adalah dengan menjadikan guru melakukan rancangan pelaksanaan PdPc secara profesional dan sistematik. Tindakan ini boleh dilakukan dengan menyediakan RPH, menentukan kaedah pentaksiran, menyediakan sumber pendidikan, menetapkan bilik atau ruang sebagai tempat pembelajaran secara bertumpu mengikut keupayaan murid, masa yang diperuntukkan dan arahan daripada pihak berkuasa.

Bagi aspek yang kedua, guru sebagai pengawal ialah dimana guru yang mengawal proses pembelajaran secara terancang dengan melaksanakan isi pelajaran dan memperuntukkan masa serta memberi peluang kepada murid yang aktif dalam penyertaan mereka semasa proses pembelajaran dan pengajaran dijalankan. Selain itu, guru adalah yang mengawal suasana pembelajaran dengan cara mengawasi komunikasi dan tingkah laku murid, menyusun atur kedudukan murid dan mencipta suasana pembelajaran yang menyeronokkan secara berhemah mengikut kesesuaian dan keperluan.

Guru bertindak sebagai pembimbing dalam membolehkan murid menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan mengamalkan nilai mengikut dasar objektif pelajaran. Guru hendaklah memberi tunjuk ajar dalam menguasai sesuatu mata pelajaran serta memandu murid dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah serta menggunakan sumber pendidikan. Menggabung isi pelajaran dengan kemahiran atau pelajaran yang lain mengikut keperluan dan kebolehan murid.

Dapatkan “Contoh Evidens SKPMg2 Standard 4” di sini

Contoh-contoh di bawah adalah antara Evidens SKPMg2 Standard 4 yang boleh digunakan bagi mencapai standard 4.

Evidens SKPMg2 Standard 4 1
Evidens SKPMg2 Standard 4

Guru juga bertindak sebagai pendorong untuk menambahkan motivasi murid dalam pembelajaran dengan merangsang murid untuk berinteraksi dan berkolaborasi bersama rakan sekelas. Aktiviti mengemukakan soalan turut menjurus kepada pemikiran kritis dan kreatif selain daripada membuat keputusan atau menyelesaikan sesuatu masalah.

Evidens SKPMg2 Standard 4 2
Evidens SKPMg2 Standard 4

Evidens SKPMg2 Standard 4 yang kelima ialah dimana guru adalah sebagai penilai untuk mengesan tahap penguasaan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran, menjalankan aktiviti pemulihan dan penggayaan. Guru juga hendaklah memerhati setiap refleksi pelajar dan menyemak hasil kerja berdasarkan objektif pelajaran.

Evidens SKPMg2 Standard 4 yang terakhir adalah aspek yang melibatkan murid dimana memerlukan penglibatan murid dalam proses pembelajaran. Murid hendaklah memberikan respons, berkomunikasi semasa rakan sekelas ataupun bersama guru untuk mewujudkan PdP dua hala. Melakukan aktiviti secara berkumpulan juga antara salah satu cara pembabitan murid dalam aspek ini kerana aktiviti ini dapat menjadikan pemikiran berfikir secara kritis dan kreatif. Murid juga digalakkan untuk mengemukakan soalan, menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pelajaran.

Sebelum ini, kami juga ada berkongsi berkenaan dengan Standard 3.1, evidens standard 3.2 serta penjelasan tentang standard 3.3 SKPMg2. 

Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online bagi mendapatkan pelbagai informasi terkini Evidens SKPMg2 Standard 4.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati