Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

BANTUAN KHAS AIDILFITRI 2022 : BANTUAN RM500 PENJAWAT AWAM DAN RM250 PESARA

Bantuan Khas Aidilfitri
Bantuan Khas Aidilfitri

Bantuan Khas Aidilfitri 2022 : RM500 Penjawat Awam dan RM250 Pesara. Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemberian itu termasuk kepada kakitangan di bawah skim ‘contract of service,’ ‘contract for service,’ pegawai sambilan harian serta lantikan di bawah MySTEP.

Baca juga : JAWATAN KOSONG MYSTEP DI KPM TAHUN 2022

“Kerajaan juga bersetuju untuk memberi bantuan khas sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan.

“Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji April iaitu pada 25 April ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, bantuan khas itu membabitkan peruntukan sebanyak RM923 juta dan akan memanfaatkan lebih dua juta penjawat awam dan pesara.

“Pengumuman pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri pada tahun ini dibuat lebih awal sebagai satu langkah keprihatinan kerajaan dalam membantu mereka membuat perancangan awal dan persiapan bagi menyambut Aidilfitri.

“Pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada Keluarga Malaysia,” katanya.

Katanya, kerajaan berharap dengan pemberian Bantuan Khas itu dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.

Sumber : Harian Metro 

Bantuan Khas Aidilfitri 2022 : RM500 Penjawat Awam dan RM250 Pesara

Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2022 merupakan bantuan yang juga termasuk dalam pembentangan bajet 2022. Ini adalah penambahbaikan kerajaan Malaysia mengenai bantuan khas kepada penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian kerajaan kepada mereka yang bekerja dibawah sektor kerajaan adalah satu pemberian yang tepat kerana bantuan tersebut dianggap sebagai bantuan atau duit raya dari kerajaan yang bertindak sebagai majikan kepada penjawat awam. Maka itu merupakan tanggungjawab dan kebajikan kerajaan terhadap pekerja-pekerja kerajaan.

Berikut adalah intipati bantuan yang akan diberikan kepada mereka yang bekerja dibawah sektor kerjaan :-

  1. Bantuan RM500 adalah kepada mereka yang masih menjawat jawatan kerajaan dan masih berkhidmat. Pemberian bantuan ini adalah relevan bagi mengurangkan beban dan kos sara hidup yang ditanggung oleh penjawat awam. Ini adalah berdasarkan kerajaan Malaysia melalui kajian bahawa penjawat awam juga layak mendapat bantuan kerana masing-masing mempunyai tanggungan serta menampung perbelanjaan harian yang kian meningkat.
  2. Bantuan RM250 khas kepada pesara kerajaan. Seperti sedia maklum kerajaan Malaysia juga cakna kepada mereka yang sudah tamat perkhidmatan kepada kerajaan. Ini adalah kerana kerajaan memainkan peranan dalam memastikan setiap rakyat layak mendapat bantuan dan inisiatif. Pesara kerajaan harus diberi perhatian lantaran dunia kini masih terkesan kerana pandemik COVID19 yang banyak menjejaskan kehidupan harian kita.

Pemberian Kerajaan Adalah Tanda Penghargaan Kerajaan Kepada Pekerja Awam Dan Pesara Awam

Pengumuman kerajaan dengan bantuan khas aidilfitri merupakan tanda penghargaan jasa kepada mereka yang telah memberi khidmat kepada kerajaan dan rakyat Malaysia. Usaha mereka dalam memberi khidmat yang terbaik harus kita hargai. Kerana khidmat pekerja awam kita dapat merasa mudah di dalam urusan membabitkan sektor kerajaan.

Bantuan Kerajaan Memastikan Kelansungan Hidup Masyarakat Malaysia”

Bantuan Khas Aidilfitri 2022 : RM500 Penjawat Awam dan RM250 Pesara. Berita gembira kepada penjawat awam dan pesara kerajaan. Ini adalah kerana sebelum ini tiada inisiatif di dalam bajet perbelanjawan tahunan kerajaan. Kini luahan dan rintihan mereka didengari dan kerajaan sedia memberi bantuan khas kepada penjawat awam dan pesara kerajaan yang harus diberi perhatian kerana ada juga dikalangan mereka yang layak menerima imbuhan dari kerajaan.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati