Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Peluang Kerjaya Bersama KTMB Ambilan September 2023 Kini Dibuka

Peluang Kerjaya Bersama KTMB Ambilan September 2023 Kini Dibuka
Peluang Kerjaya Bersama KTMB

Assalamualaikum wbt. Kali ini admin ingin kongsikan satu lagi info terbaru mengenai Peluang Kerjaya Bersama KTMB Ambilan September 2023 ini. Pertamanya, mar kita kenali dahulu apa itu KTMB. KTMB  merupakan pengendali kereta api utama di Semenanjung Malaysia (West Malaysia).

Sahabat semua tahukah sejarah KTMB bermula sejak era zaman penjajahan British lagi, ketika laluan kereta api dibina bagi mengangkut bijih timah dari lombong ke pelabuhan.Perubahan nama ini ditukar oleh pihak british pada tahun 1962.

Oleh yang demikian,syarikat KTMB adalah satu syarikat pengangkutan keretapi yang lama di Malaysia dan mempunyai pelbagai,kelebihan jika anda bekerja dibawah seliaan mereka. Jadi kepada pemohon yang berminat untuk memohon diingatkan agar memerhati dan membaca satu persatu maklumat yang kami akan kongsikan dibawah,

Kepada mereka yang masih mencari peluang kerjaya mengikut minat anda, anda boleh rujuk telegram kami yang menyediakan pelbagai maklumat terkini berkaitan kerjaya swasta,part time atau dibawah sektor kerajaan:

Maklumat Penuh Mengenai Peluang Kerjaya Bersama KTMB

Maklumat Ringkas dan Padat Jawatan yang Dibuka

Berikut adalah senarai jawatan kosong yang telah diiklankan oleh majikan beserta penerangan ringkas:

JAWATAN KOSONGGREDSEKTOR
Pelatih Pengurus Stesen(GRED: N08G10)Jabatan Kawalan Operasi
Pelatih Eksekutif Operasi(GRED: N05AG07)Jabatan Kawalan Operasi
Pemandu Lokomotif Rendah(GRED A09G12)Jabatan Kawalan Operasi

Tarikh Tutup Permohonan KTMB

Untuk makluman kepada semua calon, tarikh permohonan kerjaya di Kereta Api Tanah Melayu Berhad ini pada 15 September 2023 pada hari Jumaat pukul 11:59 malam.Diminta kepada pemohon untuk segerakan permohonan anda agar proses pemilihan berjalan dengan lancar.

Semak Jadual Gaji Untuk Jawatan yang Baharu Dibuka

Untuk jawatan kali ini, terdapat beberapa skim perkhidmatan untuk anda terokai mengenainya lebih lanjut. Kami mudahkan anda untuk mendapatkan input berkenaan tawaran setiap jawatan yang dibuka.

Syarat Kelayakan yang Perlu Ada Pada Calon

Untuk permohoan jawatan kali ini, mestilah para calon mengikut kepada kriteria kelayakan yang telah ditetapkan. Perlu untuk pemohon cakna akan syarat permohonan seperti dibawah:

Pelatih Pengurus Stesen

  • Memiliki Sijil daripada Politeknik atau mana – mana institusi yang setaraf
  • Berumur tidak melebihi 28 tahun pada tarikh tutup iklan
  • Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  • Penglihatan V6/6 tanpa cermin mata dan tidak buta warna
  • Tidak mempunyai sebarang rekod jenayah/dadah.

Pelatih Eksekutif Operasi

  • Memiliki Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
  • Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan
  • Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  • Penglihatan V6/6 tanpa cermin mata dan tidak buta warna
  • Tidak mempunyai sebarang rekod jenayah/dadah.

Pemandu Lokomotif Rendah

  • Lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengannya dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia serta lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan salah satu subjek sains.
  • Berusia tidak melebihi 28 tahun pada tarikh tutup iklan
  • Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik
  • Penglihatan v 6/6 kedua-dua mata tanpa cermin mata dan tidak buta warna
  • Tidak mempunyai sebarang rekod jenayah/dadah

Spesifikasi Tugas Bagi Ketiga-tiga Jawatan diatas

Berikut kami sediakan beberapa spesifikasi kerja pada jawatan yang anda bakal mohon:

JAWATANTUGAS KERJA
Pelatih Pengurus Stesen● Membantu Eksekutif Operasi/Eksekutif Kanan Operasi di dalam mengurus dan menyelia
operasi tren termasuk kakitangan, stesen dan lain-lain perkara yang bersangkutan
supaya dapat memberikan perkhidmatan yang selamat, selesa, cekap dan efisyen
● Melapor tugas dan menyelaras waktu dengan Pengelola Tren / TCCC
● Melaporkan setiap insiden, kemalangan atau kemalangan terelak, kepada Pengelola
Tren / OPKT/ Penyelia TCCC / TCCC dan pegawai-pegawai Wilayah berkenaan
Pelatih Eksekutif Operasi● Memastikan kemahiran Pengurus Stesen dalam pengendalian panel semboyan stesen
● Membantu dalam penyediaan Perintah Kerja Stesen dan Arahan Kerja
Get mengikut sistem persemboyanan stesen yang diperlukan
● Menjadi ahli panel Ujian Aturan dan Peraturan peringkat wilayah
Pemandu Lokomotif Rendah● Bertanggungjawab kepada Pemandu Lokomotif
● Menentukan semua peralatan tren dan lokomotif dalam keadaan baik
supaya tren dapat sampai ke destinasi dengan selamat dan mengikut jadual
● Membantu Pemandu Lokomotif di dalam pemeriksaan jajaran tren

Langkah Permohonan Jawatan di KTMB

Iklan Permohonan Penuh Pelbagai Jawatan

photo 2023 09 12 09 36 01
Iklan KTMB

Sebelum memulakan urusan permohonan kerja adalah lebih baik untuk anda melihat terlebih dahulu siaran iklan yang dikeluarkan secara rasminya oleh pihak majikan. Penting untuk anda ketahui iklan yang dibuka dan akan ditutup untuk mengelakkan anda terlepas pandang. Berikut adalah iklan yang disiarkan:

Jika anda telah selesai membuat semakan iklan, maka anda hendaklah membuat permohonan terus agar anda tidak terlepas untuk mendapat pengalaman bekerja dibawah KTMB.

Permohonan Hanya Secara Online

Peluang Kerjaya Bersama KTMB
Peluang Kerjaya Bersama KTMB

Bagi para pemohon yang bersedia dan berminat membuat permohonan anda boleh ikuti langkah dan tatacara yang kami sediakan.

• Permohonan adalah secara online melalui portal permohonan kerja KTMB Disini

• Untuk memohon sila daftar masuk (login) atau jika anda belum mendaftar sebagai pencari kerja, sila daftar terlebih dahulu.

• Sila lengkapkan borang online dengan maklumat yang betul dan pastikan anda memenuhi syarat kelayakan (rujuk iklan) yang diberikan sebelum menghantar permohonan

• Pastikan anda telah melengkapkan borang permohonan dengan maklumat yang betul dan juga mengikuti syarat yang diberikan sebelum menghantar permohonan

• Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

• Sekiranya anda tidak menerima sebarang maklum balas dari pihak majikan dalam tempoh 3 hingga 6 bulan. Permohonan bolehlah dianggap tidak berjaya.

Kita sekarang berada di fasa mencari kerja agak susah untuk diterima walaupun ada pengalaman bekerja dan lagi kepada graduan yang baru habis susah mencari.Di sini admin,doakan kepada semua yang memohon jawatan dipermudahkan urusan anda lalu lulus diterima bekerja dibawah syarikat KTMB.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mr Deen
Mr Deen
Fulltime Writer. "Tidak perlu menjelaskan siapa dirimu kepada sesiapapun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu dan yang membencimu tidak akan percaya". Terus pandang ke depan!

Anda Mungkin Meminati