Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

PERMOHONAN BANTUAN I FITRI RM250-RM400 BAGI NEGERI TERENGGANU TAHUN 2022

Bantuan i Fitri
Bantuan i Fitri

Permohonan Bantuan I Fitri RM250-RM400 Bagi Negeri Terengganu Tahun 2022. Kerajaan Terengganu baru sahaja mengumumkan pengumuman terbaru berkenaan Bantuan bagi Bantuan dana raya,iaitu i-Fitri yang bernilai RM56 juta akan dibayar kepada 148,700  ketua isi rumah (KIR) berdasarkan beberapa kelayakan.

Sehubungan itu, Kerajaan Terengganu melalui pengumuman bajet tahun 2022 negeri Terengganu telah mengumumkan permohonan bagi memohon bantuan I-Fitri telah dibuka dari 22-31 Mac 2022. Bantuan I-Fitri merupakan bantuan khusus kepada rakyat Terengganu sahaja dibawah program prihatin kebajikan rakyat oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu.

Ini adalah berita gembira kepada rakyat Terengganu khusus kepada golongan yang berpendapatan rendah yang akan memanfaatkan sejumlah besar penerima rakyat Negeri Terengganu . Bantuan ini akan dapat menolong serba sebanyak mereka yang merupakan Ketua Isi Rumah (KIR).

bantuan i fitri terengganu
Bantuan i Fitri

Bantuan I Fitri Kepada Rakyat Terengganu

Rakyat dari negeri Terengganu khas yang dari Ketua Isi Rumah (KIR) dialu-alukan membuat permohonan Bantuan I-Fitri yang dibuka permohonannya dari 22-31 Mac 2022. Kerajaan Terengganu melalui rancangan bantuan kewangan kepada rakyat khusus negeri Terengganu telah memperuntukkan sekitar RM56 Juta khas kepada Ketua Isi Rumah (KIR) bagi membantu mengurangkan kos sara hidup penerima dengan pemberian bantuan yang bernilai hingga RM250-RM400.

Terdapat 2 kategori Bantuan I-Fitri iaitu :

  1. Kategori A : Pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,500
  2. Kategori B : Pendapatan isi rumah antara RM2,501 – RM5,000

Kadar Bantuan i Fitri 

Bantuan berjumlah RM400 akan diberikan kepada 128,450 isi rumah dari kategori A, berpendapatan kurang daripada RM2,500. Manakala, bantuan berjumlah RM250 akan diberikan kepada 20,250 isi rumah dari kategori B, berpendapatan RM2,501 – RM5,000.

Tempoh Permohonan 

Permohonan Bantuan I-Fitri dibuka selama 10 hari bermula dari hari selasa, 22 Mac 2022 sah sehingga 31 Mac 2022.

Permohonan Bantuan I Fitri Kepada Rakyat Terengganu

Permohonan Bantuan I-Fitri yang tempoh permohonannya dibuka dari 22 hingga 31 Mac 2022 boleh dimohon melalui secara atas talian (Online) di laman sesawang rasmi Ibantuan Terengganu :

Laman Web Rasmi Ibantuan Terengganu

Pemohon boleh membuat permohonan secara atas talian dengan melengkapkan isi maklumat dan dokumen-dokumen penting bagi memudah urusan Kerajaan dalam pemberian Bantuan I-Fitri.

Syarat-syarat Kelayakan Permohonan Bantuan I Fitri Tahun 2022

  1. Rakyat Terengganu yang menetap di Negeri Terengganu sahaja
    semasa memohon.
  2.  Pemohon merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) (boleh terdiri daripada
    ibu/bapa/datuk/nenek/adik-beradik dan lain-lain) dengan jumlah
    pendapatan bulanan isi rumah kurang daripada RM2500.00 sebulan
    (termasuk gaji dan semua elaun) bagi kategori A dan jumlah pendapatan bulanan isi rumah di antara RM2501.00-RM 5000.00 (termasuk gaji dan semua elaun) bagi Kategori B .
  3.  Berdaftar dalam sistem Profil Rakyat Terengganu 2020 (PRT20)
  4. Pemohon mestilah pengundi berdaftar di Negeri Teréngganu.
  5. Semua Penjawat Awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah TIDAK LAYAK memohon.
  6. Kontraktor berdaftar adalah tidak layak memohon.
  7. Peniaga berlesen adalah tidak layak memohon KECUALI pendapatan isi rumah kurang daripada RM2500.00 sebulan dan di sahkan oleh JPKK.
  8. Pemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu mengemukakan Surat Perakuan Pendapatan yang disahkan oleh Pengerusi JPKK.
  9. Borang permohonan hendaklah dicetak dan diserahkan kepada JPKK
    bersama-sama salinan dokumen berikut:
  10. Salinan Kad pengenalan /sijil kelahiran bagi pemohon dan
    tanggungan.
    1.  Salinan Slip gaji atau slip pencen terkini atau Surat Akuan Pendapatan
      a) salinan sijil atau surat nikah atau pengesahan status perkahwinan
      oleh JPKK
      b) Salinan SSM (bagi peniaga berlesen yang layak)
  11. Maklumat yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan
    ditolak.
  12. Kerajaan Negeri berhak menolak permohonan dan meminda apa-apa
    syarat di atas dari semasa ke semasa tanpa notis.

Rujuk Syarat-syarat kelayakan bagi Bantuan I-Fitri 2022 untuk mengetahui lebih lanjut.

Sebarang maklumat dan pertanyaan. Anda boleh merujuk di laman di bawah, dan boleh hubungi ditalian yang telah disenaraikan menurut daerah Negeri Terengganu :

Person In Charge (PIC) Khas Bantuan I-Fitri 2022

Kerajaan Cakna,Rakyat Dibantu “

Penghargaan harus diberikan kepada kerajaan Terengganu dengan pemberian Bantuan I-Fitri yang akan memanfaatkan isi rumah yang memerlukan pertolongan untuk meringankan beban.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati