Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pencemaran Sungai Ngulang 2021: Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis Melakukan Siasatan Segera

Pencemaran Sungai Ngulang
Pencemaran Sungai Ngulang

Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis melakukan siasatan atas pencemaran Sungai Ngulang setelah mendapat aduan daripada orang tempatan.

Terdapat satu video tular di media sosial berkenaan dengan keadaan air sungai ngulang yang bertukar menjadi kehitaman daripada salah seorang penduduk di sekitar sungai tersebut.

Sungai Ngulang yang terletak di kawasan mata air padang besar ini bermula daripada Cuping dan berakhir di Sungai Perlis sebelum bertemu kawasan laut Kuala Perlis. Pada 19 Februari lalu, kualiti air sungai itu didapati berada pada tahap 1 di mana airnya adalah selamat untuk diminum.

Namun kelmarin, Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Teh Chai Ann berkata tahap kualiti air di sungai tersebut telah pun mencatatkan pada tahap ketiga.

Pencemaran Sungai Ngulang
Pencemaran Sungai Ngulang

Tindakan Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis

Keputusan tentang titik permulaan pencemaran sungai ini masih belum diketahui dan tindakan yang berat akan diambil oleh pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perlis kepada mana-mana pihak yang didapati bertanggungjawab akan pencemaran sungai ini, kata Exco Kesihatan dan Alam Sekitar, Teh Chai Ann semalam.

“Aduan orang ramai akan diambil serius dan tidak akan membiarkan pelaku terlepas jika bukti telah didapati” katanya lagi.

Setelah meneliti keadaan sungai ini menggunakan dron, pihak JAS mengatakan tiada tompok minyak di permukaan air dan air sungai tersebut juga tidak menghasilkan bau busuk.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis, Azman Shah Ismail menyatakan pencemaran sungai ini berkemungkinan berpunca daripada pembuangan sisa industri sekitar kawasan Sungai Ngulong ataupun berpunca daripada pelepasan sisa-sisa tidak terurai daripada kegiatan sawah bendang.

Namun perkara tersebut masih lagi tidak boleh disahkan sementara menunggu keputusan sampel air dikeluarkan. Sampel air Sungai Ngulang ini dihantar ke Jabatan Kimia di Alor Setar bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan dengan keadaan sebenar sungai ini.

Perubahan keadaan sungai ini disedari oleh penduduk Kampung Perawah, Encik Zubir Bidin yang melaporkan kepada JAS setelah beberapa hari mendapati keadaan sungai yang bertukar menjadi kehitamanan.

“Kesal dengan apa yang berlaku saya telah membuat aduan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perlis semalam dan Alhamdulillah kurang dari tempoh 24 jam, mereka segera mengambil tindakan melakukan siasatan punca pencemaran pada pagi ini” kata Encik Zubir Bidin.

Ujarnya, sungai ini menjadi sumber kegunaan harian penduduk kawasan daripada aktiviti pertanian sehinggalah kegunaan harian. Pencemaran yang berlaku di sungai ini sudah tentunya menganggu kegiatan penduduk kawasan.

Langkah Pencegahan Pencemaran Sungai Ngulang

Pencemaran Sungai Ngulang 1
Pencemaran Sungai Ngulang perlu di hentikan dengan segera untuk mengelakkan lebih banyak kemusnahan flora dan fauna

Disini kami kongsikan langkah-langkah yang dicadangkan oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Wilayah Kuala Lumpur yang boleh dilakukan oleh orang ramai untuk mengelakkan pencemaran air berlaku. Antaranya ialah:

  1. Pihak-pihak berwajib samada kerajaan mahupun swasta perlulah kerap menganjurkan kempen “Cintailah Sungai Kita” secara kerap melalui media-media massa untuk menimbulkan kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan sungai.
  2. Melakukan aktiviti membersihkan sungai bersama-sama tidak mengira lapisan masyarakat untuk menangani masalah sungai yang kotor.
  3. Penguatkuasaan melakukan tindakan yang tegas untuk setiap pihak yang bertanggungjawab atas kesalahan pencemaran sungai.
  4. Pihak berkuasa mempelbagaikan fungsi sungai seperti menjadikan sungai sebagai tarikan pelancongan, aktiviti sukan air dan perkelahan.

Akhir kata, semoga dengan berkongsian berkenaan dengan isu Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis melakukan siasatan atas pencemaran Sungai Ngulang ini dapat meningkatkan kesedaran tentan kepentingan menjada alam sekitar. Apabila alam sekitar tercemar, ianya akan memberikan kesan buruk kepada manusia sendiri. Tidak kira daripada aspek pelancongan mahupun domestik. Kesimpulannya, kita mestilah menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar.

Sebelum ini, kami ada berkongsi berkenaan isu Peruntukan RM700,000 Membaik Pulih Perumahan Nelayan di Melaka yang mengulas tentang perbuatan vandalisme yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Selain perkongsian di atas, kami berkongsi tentang permohonan Program Ijazah Sarjana Muda di Institut Pendidikan Guru 2021 yang membuka peluang daripada segi pendidikan kepada pelajar lepasan diploma, stpm, asasi dan matrikulasi.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati