Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Tebus Skim Perubatan Madani Percuma untuk Semua Rakyat Malaysia B40

Skim Perubatan Madani
Tebus Skim Perubatan Madani Percuma untuk Semua Rakyat Malaysia B40 4

Kerajaan Malaysia telah melancarkan bantuan kewangan dari segi kesihatan untuk membantu meringankan beban rakyat Malaysia. Inisiatif ini telah mendapat sokongan ramai berikutan ia akan dapat membantu rakyat yang mengalami penyakit kesihatan.

Skim Perubatan MADANI adalah sebuah inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Inisiatif ini bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan B40 terutamanya dalam penyediaan Penjagaan Kesihatan Primer Akut, yang merangkumi Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut.

Tebus Skim Perubatan Madani Percuma untuk Semua Rakyat Malaysia B40

Skim Perubatan Madani
Tebus Skim Perubatan Madani Percuma untuk Semua Rakyat Malaysia B40 5

Rawatan Kesihatan di Klinik Swasta

Khas untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dari kalangan B40, kini anda boleh mendapatkan rawatan di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar dibawah Skim Perubatan MADANI oleh Kerjaaan Malaysia.

Seramai 700,000 isi rumah boleh mendapatkan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut yang diperlukan di GP secara percuma sahaja dan ianya juga akan dapat mengurangkan beban kos rawatan kesihatan selaras dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan kesejahteraan golongan berpendapatan rendah.

Skim Perubatan MADANI memberi tumpuan kepada jalinan kerjasama diantara sektor awam dan swasta, terutamanya dalam penyampaian perkhidmatan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut.

Kelayakan Skim Perubatan MADANI

Untuk menerima dan mendapatkan inisiatif ini, adalah perlu bagi rakyat Malaysia ikuti syarat kelayakan yang telah ditetapkan secara rasmi oleh kerajaan Malaysia. Untuk itu, adalah disarankan untuk anda untuk menyemak kelayakan dibawah.

Kelayakan Khas Skim Perubatan Madani
Untuk kelayakan, adalah wajib daripada Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang.
Kelayakan adalah secara automatik tanpa perlu permohonan.
Bagi kalangan B40 yang layak WAJIB membuat pengisytiharan bahawa mereka TIDAK menerima mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti Skim ini daripada mana-mana skim oleh majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan lain.

Rawatan yang Disediakan Melalui Skim Perubatan Madani

Melalui inisiatif kerajaan yang berusaha mengurangkan beban rakyat melalui rawatan pesakit luar kes-kes akut yang merangkumi seperti berikut:

  • Demam dan Selsema
  • Cirit Birit dan Muntah
  • Terseliuh
  • Sakit Kepala
  • Trauma Ringan seperti luka ringan dan lain-lain

Untuk penyediaan dalam skim ini, hanya rawatan pesakit seperti diatas sahaja yang ditanggung oleh kerajaan Malaysia.

Bagi Rawatan yang tidak termasuk ialah sepeti dibawah:

  1. Imunisasi Rutin
  2. Saringan Kesihatan
  3. Rawatan Susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Rutin
  4. Rawatan Susulan Ibu dan Anak Rutin
  5. Perancangan Keluarga Rutin
  6. Perkhidmatan Rehabilitasi
  7. Permintaan Ubat tanpa konsultasi doktor
  8. Permintaan Suplemen

Manfaat Rawatan Skim Perubatan MADANI

Bantuan untuk Pelbagai Golongan

Kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk memberikan bantuan kepada pelbagai golongan rakyat Malaysia melalui penyediaan skim ini. Sejumlah RM100 juta telah diperuntukkan untuk memastikan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang mendapat manfaat daripada program ini. Berikut adalah butiran lanjut mengenai peruntukan bagi masing-masing golongan:

Isi Rumah Berkeluarga

Bantuan sebanyak RM250 akan diberikan kepada isi rumah yang telah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN). Ini adalah untuk membantu meringankan beban kewangan isi rumah berkeluarga dalam pelbagai aspek kehidupan mereka.

Warga Emas (tanpa pasangan)

Warga emas yang berumur 60 tahun ke atas akan menerima bantuan perubatan sebanyak RM125. Ini adalah tindakan penghargaan terhadap golongan ini yang telah menyumbang kepada masyarakat dan negara sepanjang hayat mereka.

Bujang

Bujang berumur antara 21 hingga 59 tahun akan diberikan bantuan sebanyak RM75. Tambahan pula, bujang yang merupakan OKU (Orang Kurang Upaya) berumur antara 19 hingga 59 tahun juga akan menerima bantuan sebanyak RM75. Ini bertujuan untuk membantu golongan ini dalam menjalani kehidupan harian mereka dengan lebih selesa.

Skim Perubatan Madani

Cara Untuk Dapatkan Rawatan Skim Perubatan Madani

Ikuti Langkah Mudah Dapatkan Rawatan Percuma

Kerajaan telah menetapkan cara untuk menerima rawatan percuma melalui inisiatif ini. Anda cuma perlu mengikut langkah-langkah seperti dibawah:

Langkah 1, Semak Kelayakan

Sebelum memulakan proses, langkah pertama adalah untuk memeriksa kelayakan anda. Anda boleh melakukan semakan kelayakan ini dengan mudah melalui laman sesawang rasmi Skim Perubatan MADANI atau menggunakan aplikasi MySejahtera. Ini adalah langkah penting untuk memastikan bahawa anda memenuhi syarat-syarat yang diperlukan untuk mendapatkan bantuan rawatan perubatan.

Langkah 2, Hadir Ke Klinik

Setelah anda pastikan bahawa anda layak, langkah seterusnya adalah untuk menghadiri mana-mana Klinik yang berdaftar dengan Skim Perubatan MADANI. Anda boleh mengenal pasti klinik-klinik ini dengan melihat pelekat Skim Perubatan MADANI yang mereka miliki. Ketika anda merancang untuk menghadiri klinik, pastikan anda membawa kad pengenalan atau dokumen yang diperlukan untuk tujuan pengesahan identiti anda. Langkah ini memudahkan proses pendaftaran dan memastikan anda mendapatkan akses kepada rawatan perubatan yang diperlukan.

Langkah 3, Terima Rawatan

Apabila anda telah berada di klinik yang berdaftar, anda akan menerima rawatan perubatan yang diperlukan jika anda memenuhi syarat-syarat. Skim Perubatan MADANI menyediakan rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut secara percuma, yang bermaksud anda akan menerima penjagaan perubatan berkualiti tanpa sebarang bayaran. Ini adalah faedah penting yang boleh membantu anda mendapatkan rawatan perubatan yang anda perlukan tanpa mengenakan beban kewangan yang besar.

Langkah 4, Baki Manfaat

Had manfaat Skim Perubatan MADANI anda akan ditolak selepas anda selesai menerima rawatan. Untuk pengetahuan anda,manfaat Skim Perubatan MADANI adalah tertakluk kepada Terma & Syarat daripada pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd.

Dengan mengikuti langkah-langkah ini dengan teliti, anda dapat memanfaatkan Skim Perubatan MADANI dengan lebih efisien dan mendapatkan rawatan perubatan yang berkualiti tanpa menghadapi kesulitan dalam proses permohonan dan penggunaan manfaat.

Soalan FAQs Berkenaan Skim Perubatan Madani

Apakah senarai bagi rawatan yang tidak termasuk dalam manfaat Skim Perubatan MADANI?

Senarai rawatan yang tidak termasuk dalam manfaat Skim Perubatan MADANI adalah seperti berikut:
-Imunisasi/Vaksin Rutin
-Saringan Kesihatan
-Rawatan Susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Rutin
-Rawatan Susulan Ibu dan Anak Rutin (Contoh: Pemeriksaan Kandungan Berkala)
-Perancangan Keluarga
-Perkhidmatan Rehabilitasi (Contoh: Fisioterapi dan Terapi Pemulihan Carakerja)
-Permintaan Ubat tanpa konsultasi Doktor
-Permintaan Suplementasi

Apakah senarai untuk simptom yang boleh dirawat di bawah pakej Skim Perubatan MADANI?

Skim ini merangkumi Rawatan Pesakit Luar Kes-kes Akut seperti:
-Demam dan Selsema
-Cirit-birit dan Muntah
-Terseliuh
-Sakit kepala
-Trauma Ringan seperti luka ringan dan lain-lain

Adakah pakej untuk rawatan Skim Perubatan MADANI juga melibatkan prosedur perubatan, ujian, dan ubat-ubatan?

Ya, pakej rawatan Skim Perubatan MADANI termasuk konsultasi dan sebilangan ubat-ubatan, prosedur rawatan, dan ujian yang boleh diberikan di klinik swasta.

Had setiap rawatan yang ditanggung oleh Kerajaan melalui klinik swasta adalah seperti berikut:
-Jumlah had konsultasi dan ubat-ubatan – RM70; atau
-Had konsultasi – RM35
-Had ujian – RM50
-Had prosedur rawatan – RM50 Ini bermakna jumlah had maksimum setiap lawatan yang dibayar oleh Kerajaan adalah sehingga RM170.

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya caj pakej rawatan yang dikenakan melebihi had manfaat lawatan yang ditetapkan?

Klinik Perubatan Swasta dilarang mengenakan caj tambahan kepada penerima Skim Perubatan MADANI. Jadi, anda tidak perlu membayar melebihi had manfaat lawatan yang telah ditetapkan.

Adakah penerima Skim Perubatan MADANI boleh mendapatkan rawatan di mana-mana Klinik Perubatan Swasta?

Ya, penerima boleh mendapatkan rawatan Skim Perubatan MADANI di mana-mana Klinik Swasta yang berdaftar di bawah Skim ini. Anda boleh menyemak senarai klinik yang berdaftar di laman sesawang rasmi Skim Perubatan MADANI. Ini memberikan fleksibiliti kepada penerima untuk memilih klinik yang sesuai dengan lokasi mereka.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati