Kesilapan Lazim Matematik Sekolah Rendah

kesalahan lazim matematik sekolah rendah

Kesilapan Lazim Matematik Sekolah Rendah ini mengumpulkan kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan dalam mata pelajaran Matematik.

Senarai kesalahan yang ditunjukkan di dalam bahan ini boleh digunakan oleh para guru dan ibu bapa dalam membimbing murid dan anak-anak semasa melakukan latihan. Senarai kesalahan ini dapat menjadikan mereka mengenalpasti cara menyelesaikan sesuatu soalan dengan lebih mudah.

Matematik merupakan mata pelajaran yang melibatkan jalan pengiraan untuk semua jenis soalan. Semasa melakukan jalan pengiraan, murid akan berkemungkinan melakukan kesalahan yang dapat merosakkan jawapan/ menjadikan jawapan akhir tidak tepat. Dengan adanya senarai kesalahan lazim ini, murid dapat menjadikannya sebagai panduan dan langkah berhati-hati semasa mengulangkaji pelajaran.

Tips Kuasai Kemahiran Asas Matematik

Dalam membantu murid/anak-anak menguasai mata pelajaran Matematik, ibu bapa turut perlu memainkan peranan yang penting untuk mendidik anak-anak. Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan oleh ibu bapa dalam membantu anak-anak mengulangkaji pelajaran. Antaranya ialah:

  1. Bantu anak-anak untuk memahami daripada menghafal Matematik. Menghafal merupakan jalan mudah yang diambil oleh anak-anak tahap satu untuk mengingati susunan nombor dan sebagainya.
  2. Lakukan latihan dengan kerap. Ibu bapa perlulah memastikan anak-anak melakukan latihan matematik setiap hari sekurang-kurangnya sekali sehari.
  3. Jika anak-anak sudah menguasai latihan asas Matematik, ibu bapa boleh menambahkan latihan tambahan kepada mereka dengan menggunakan soalan yang lebih mencabar daripada yang pernah mereka lakukan.

Dapatkan “Senarai Kesilapan Lazim di dalam Matematik Sekolah Rendah” di sini


Di sini kami sediakan lampiran yang menunjukkan senarai kesalahan lazim dalam mata pelajaran Matematik bagi murid sekolah rendah. Bahan ini boleh dicetak dan dijadikan sebagai bahan rujukan oleh murid-murid untuk persediaan menghadapi ujian dan peperiksaan. Sumber bahan daripada Cikgu Kai. 

Sila muat turun bahan menggunakan pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : KESALAHAN LAZIM MATEMATIK SEKOLAH RENDAH

Diharapkan agar perkongsian mengenai Kesilapan Lazim Matematik Sekolah Rendah ini akan dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa serta membantu murid/anak-anak mengenalpasti kesalahan yang sering dilakukan dan dapat mengelakkan daripada melakukan kesalahan yang sama.

Pada perkongsian yang lepas, kami ada berkongsi bahan pendidikan seperti:

Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan lebih banyak lagi perkongsian bahan pendidikan seperti di atas.