Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pengambilan Terbuka TLDM Bakal Pegawai & Perajurit Muda Buat Lepasan SPM & Graduan Effective Februari 2023

Pengambilan Terbuka Bakal Pegawai & Perajurit Muda TLDM Buat Lepasan SPM & Graduan

Pengambilan Besar-Besaran TLDM Tahun 2023. Makluman berita baik untuk rakyat Malaysia. Khas sesiapa yang berminat dalam karier lasak dan mencabar fizikal dan mental, ini peluang anda untuk permohonan dalam pengambilan Bakal Pegawai & Perajurit Muda Pasukan Simpanan Sukarela TLDM. Terdapat pelbagai aktiviti dan latihan ketenteraan yang menarik menanti sekiranya anda sertai pengambilan PSSTLDM. Anda juga berpeluang untuk diserap menjadi anggota tetap TLDM!

Kini, pengambilan terbuka untuk bakal Pegawai dan Perajurit Muda PSSTLDM di negeri Johor yang akan dilakukan dalam masa terdekat ini. Kepada individu yang berminat, anda boleh isi borang pendaftaran secara atas talian dan hadir pada masa dan tempat yang ditetapkan seperti yang diiklankan.

Anda boleh membuat semakan syarat kelayakan pengambilan PSSTLDM dan info lanjut mengenai tarikh serta tempat pengambilan di bawah.

Pengambilan Terbuka Bakal Pegawai & Perajurit Muda TLDM Buat Lepasan SPM & Graduan

Jawatan Yang Ditawarkan

TLDM kini telah membuka peluang pengambilan jawatan dalam :

  •  Pegawai Kadet
  •  Perajurit Muda

Syarat Kelayakan

Untuk syarat kelayakan, calon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan dalam urusan pengambilan:

  1. Calon merupakan warganegara Malaysia
  2. Terbuka kepada lelaki dan wanita
  3. Berumur 18 hingga 45 tahun (Pegawai) dan 18 hingga 35 tahun (Anggota lain-lain pangkat)
  4. Mendapat gred kepujian dalam Subjek Bahasa Melayu SPM/SPMV/SKM
  5.  Ijazah Sarjana Muda dengan sekurang-kurangnya CGPA 2.7 Berkelulusan sekurang-urangnya SPM/ SPMV/ SKM dengan mendapat kepujian (Minima Gred C) dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik

Syarat Minima Ukuran Fizikal

Bagi pemohon yang berminat anda Mestilah melepasi syarat minimal dalam ukuran fizikal, di bawah dilampirkan bersama mengenai syarat minimal dalam ukuran fizikal;

Ketinggian:

  • Lelaki 1.62 M/ Wanita 1.57 M

Berat badan:

  • Lelaki 47.5 KG / Wanita 45KG

Body Mass Index:

  • 18 -26.9

Ukuran Dada:

  • 76.2CM – biasa/ 81.2 CM-tarikh nafas (lelaki sahaja)

Kelebihan Menyertai PSSTLDM

Bagi mereka yang melepasi syarat dan kelayakan akan dapat merasai kelebihan melalui inisiatif dan insentif yang disediakan oleh pihak TLDM. Berikut adalah kelebihan:

  • Elaun Latihan [RM8.00/jam (LLP), RM9.80/ jam (Pegawai)]
  • Saguhati Tahunan RM520.00
  • Pakaian seragam percuma
  •  Berpeluang mengikuti pelayaran bersama kapal-kapal TLDM
  • Pelbagai aktiviti dan latihan ketenteraan yang menarik seperti latihan menembak, renang dan kem tahunan.

Latihan Ketenteraan TLDM

Pelbagai latihan ketenteraan yang menarik disediakan seperti:

  •  Latihan menembak
  • Kem tahunan
  •  Latihan renang
  • Dan banyak lagi

Apakah Dokumen Diperlukan?

Kepada calon , anda mestilah hadir ke lokasi ditetapkan berserta SALINAN SEMUA DOKUMEN berikut:

  1. Kad Pengenalan
  2. Sijil asal SPM/SVM
  3. Sijil asal Diploma/ Sarjana Muda/ Sarjana/ PhD
  4. Transkrip Sarjana Muda
  5. Sijil asal berhenti sekolah

Dimanakah Lokasi Pengambilan PSSTLDM?

Pengambilan terbuka dialu-alukan kepada rakyat Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan dan berminat dengan pengambilan yang ditawarkan. Individu yang ingin dapatkan peluang penempatan jadi pasukan TLDM boleh hadir ke Ujian Kecergasan yang dijadualkan seperti berikut:

Tarikh: 25 Februari 2023 & 11 Mac 2023

Masa pendaftaran: 8.00 pagi hingga 9.00 pagi

Tempat: Markas Pasukan Simpanan TLDM Sg Lunchoo, Johor

Pakaian: Sukan dan Bekasut

Bagi yang berminat, jangan lepaskan peluang anda untuk menjadi sebahagian daripada pasukan TLDM melalui pengambilan yang dibuka ini! Pastikan anda buat pendaftaran secara online SEBELUM hadir ke pengambilan terbuka di pautan berikut:

Pautan Rasmi Permohonan Kemasukan PSSTLDM

Pengambilan Terbuka Bakal Pegawai & Perajurit Muda TLDM Buat Lepasan SPM & Graduan

Kelebihan Menyertai PSSTLDM!

Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSLDm) adalah salah satu unit yang terdapat di bawah jabatan Pertahanan Awam Malaysia. PSSLDm bertanggungjawab dalam mempertingkatkan kesedaran masyarakat tentang tanggungjawab bersama dalam menjaga keselamatan negara. Menyertai PSSLDm memberikan pelbagai kelebihan kepada individu yang menyertai program ini. Berikut adalah beberapa kelebihan menyertai PSSLDm:

  1. Membangunkan Kemahiran Diri: PSSLDm membantu individu untuk membangunkan kemahiran diri dalam bidang ketenteraan dan disiplin diri. Selain itu, anggota PSSLDm akan belajar cara untuk bekerja secara berpasukan dan juga menguruskan masa dengan lebih baik.
  2. Menjadi Anggota Keluarga Tentera: Menyertai PSSLDm memberikan peluang kepada individu untuk menjadi anggota keluarga tentera, meskipun hanya sebagai anggota simpanan sukarela. Anggota akan merasa menjadi sebahagian daripada keluarga besar tentera dan mengalami kehidupan tentera dengan lebih dekat.
  3. Meningkatkan Kesihatan: Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam PSSLDm melibatkan senaman dan aktiviti luar yang membantu meningkatkan kesihatan fizikal. Ini bermakna anggota PSSLDm akan memiliki tubuh yang sihat dan bertenaga.
  4. Menambah Kepelbagaian Kemahiran: Aktiviti-aktiviti dalam PSSLDm termasuk pelbagai kemahiran termasuk bidang kecemasan, kesihatan, kecergasan, kemahiran teknikal, dan sebagainya. Ini membuka peluang untuk anggota PSSLDm mempelajari kemahiran-kemahiran baru yang mungkin tidak dipelajari di tempat kerja atau di sekolah.
  5. Memperkukuhkan Patriotisme: PSSLDm membantu individu untuk memperkukuhkan patriotisme dan cinta kepada negara. Anggota akan belajar tentang sejarah dan kebudayaan Malaysia, serta bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan negara.
  6. Peluang Membantu Komuniti: Selain daripada mempertingkatkan kemahiran individu, PSSLDm juga memberikan peluang untuk membantu komuniti. Ini termasuk menyediakan bantuan kecemasan, menyumbang kepada aktiviti-aktiviti sosial, dan menyokong kempen-kempen kesihatan.
  7. Pengalaman dalam Menghadapi Cabaran: Aktiviti dalam PSSLDm mungkin melibatkan menghadapi cabaran yang berbeza-beza, seperti aktiviti berpusatkan kecergasan, simulasi kemalangan atau kecemasan, dan sebagainya. Pengalaman ini membantu individu untuk belajar cara menghadapi cabaran dan mengatasi rasa takut.
  8. Peluang untuk Membina Rangkaian Sosial: PSSLDm juga memberikan peluang untuk membina rangkaian sosial yang lebih luas. Anggota PSSLDm akan berinteraksi dengan orang-orang dari latar belakang yang berbeza dan membina hubungan yang baik dengan mereka.
  9. Memupuk Semangat Kebajikan: Melalui aktiviti-aktiviti dalam PSSLDm, individu akan memupuk semangat kebajikan seperti kerjasama, keikhlasan, dan kepimpinan. Ini memberikan peluang untuk membangunkan diri dalam aspek keperibadian dan moral.
  10. Peluang untuk Mencapai Matlamat Kerjaya: Bagi mereka yang berminat dalam bidang ketenteraan, menyertai PSSLDm memberikan peluang untuk mencapai matlamat kerjaya mereka. PSSLDm boleh menjadi pintu masuk untuk mempelajari lebih lanjut tentang kerjaya tentera dan mendapatkan pengalaman di bidang ini.

Kesimpulannya, Pengambilan Terbuka Bakal Pegawai & Perajurit Muda TLDM Buat Lepasan SPM & Graduan yang dibuka rakyat Malaysia boleh menyertai PSSLDm yang memberikan pelbagai kelebihan kepada individu yang ingin membangunkan diri dalam bidang ketenteraan dan disiplin diri, meningkatkan kesihatan, mempelajari kemahiran-kemahiran baru, dan memperkukuhkan patriotisme. Bagi mereka yang ingin menyertai PSSLDm, program ini adalah peluang yang baik untuk memperkayakan pengalaman hidup dan membangunkan diri secara menyeluruh.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati