Demam denggi merupakan satu isu hangat yang tiada penghujungnya. Oleh kerana demam denggi ini amat berbahaya, orang ramai tertanya-tanya tentang apakah cara-cara merawat demam denggi bagi mengelakkan penularan penyakit ini. Tanpa kita sedari, demam denggi ini dapat menimbulkan kerisauan dalam semua lapisan masyarakat.
Demam denggi ini bukan sahaja pernah melanda Malaysia tetapi juga negara-negara seantero yang lain seperti di Geneva,Switzerland yang mencatat bilangan kes demam denggi yang tinggi pada tahun 2022. Oleh itu, perkongsian kali ini adalah untuk berkongsi maklumat tentang demam denggi kepada anda agar penyakit ini dapat kita jauhi dan bendung bersama-sama.
Demam Denggi dan Jenisnya
Isi Kandungan
Secara umumnya, demam denggi merupakan penyakit yang tersebar melalui nyamuk yang menjangkiti manusia. Tahukah anda bahawa kebanyakan individu yang dijangkiti demam denggi tidak mengalami sebarang gejala awal? Namun begitu, terdapat juga golongan yang menghadapi gejala demam denggi ini. Dalam beberapa kes, ada juga mereka yang dijangkiti yang mampu sihat dalam beberapa minggu selepas dijangkiti.
Walau bagaimanapun, kita tidak seharusnya mengambil enteng akan hal ini. Sebelum memulakan diskusi ini, adalah baiknya untuk kita terlebih dahulu mengetahui tentang apa sebenarnya demam denggi dan cara-cara merawat demam denggi dengan efektif.
Apa Itu Demam Denggi?
Demam denggi merupakan sejenis jangkitan virus yang disebabkan oleh Virus Asid Ribonukleik (RNA) yang disebarkan oleh nyamuk Aedes aegypti betina yang telah dijangkiti. Kemudian, nyamuk Aedes aegypti betina yang telah dijangkiti tadi akan menjangkiti manusia melalui gigitan.
Terdapat Empat Jenis Demam Denggi
Buat pengetahuan anda semua, demam dengi terbahagi kepada empat jenis iaitu demam denggi dengan demam biasa, demam denggi biasa, demam denggi berdarah dan sindrom kejutan denggi. Keaktifan virus demam denggi ini bergantung dengan faktor umur dan tahap antibodi individu melawan virus tersebut.
Berikut adalah empat jenis sengugut yang perlu anda ketahui:
Demam Denggi dengan Demam Biasa
- Untuk individu yang mengalami demam denggi buat pertama kali, biasanya akan mengalami demam biasa yang sukar untuk dibezakan dengan demam yang lain.
- Selalunya mengalami simptom seperti selsema yang cuma bertahan selama satu hingga dua hari
- Penghidap tidak mengetahui dirinya telah dijangkiti virus denggi
Demam Denggi Biasa
- Demam secara tiba-tiba selama tiga hingga tujuh hari
- Sakit kepala yang teruk khususnya di belakang mata
- Sakit otot dan sendi seperti di lutut dan siku
- Hilang selera makan
- Sakit perut, muntah-muntah dan cirit-birit
- Ruam-ruam pada tangan dan kaki
- Kulit menggelupas
- Keguguran rambut
- Haid yang banyak untuk kaum wanita
- Pendarahan pada hidung dan gusi
- Berasa letih yang melampau
Demam Denggi Berdarah
- Berlaku pendarahan secara tiba-tiba
- Simptom yang berlaku pada demam denggi biasa juga berlaku pada fasa ini
- Denyutan nadi yang laju dan sebaliknya
- Tekanan darah menjadi rendah
- Kulit menjadi lembap dan sejuk
- Sakit perut yang teruk
- Muntah yang berterusan
- Gusi berdarah
Sindrom Kejutan Denggi
- Mengalami demam selama dua hingga tujuh hari
- Perubahan warna kulit
- Pendarahan dalaman
- Pendarahan dari membran usus, tempat suntikan dan kawasan lain.
- Terdapat darah di najis dan muntah
- Kekurangan platelet darah
- Berlaku kebocoran plasma
- Nadi menjadi lemah
Gejala Demam Denggi
Bagaimana kita hendak tahu sekiranya kita dijangkiti demam denggi? Berikut merupakan simptom umum demam denggi yang perlu anda tahu.
- Demam tinggi secara tiba-tiba iaitu (40°C/104°F)
- Sakit kepala yang sangat teruk
- Sakit di belakang mata
- Sakit otot dan sendi-sendi
- Rasa mual dan muntah
- Berlaku kebengkakan di bahagian kelenjar
- Berlaku ruam-ruam pada badan
Bagaimanakah Demam Denggi Berlaku?
Umum mengetahui bahawa demam denggi berlaku disebakan oleh nyamuk Aedes betina yang telah terjangkiti kemudian mengigit manusia. Nyamuk pula dijangkiti setelah menghisap darah pesakit denggi dan kemudian mengigit individu yang tidak mempunyai virus denggi. Begitulah virus denggi ini berpindah dari satu individu kepada individu lainnya.
Harus diingatkan bahawa demam denggi ini tidak akan berjangkit secara langsung antara manusia tetapi memerlukan nyamuk sebagai medium perantara.
Cara Merawat Demam Denggi
Penularan demam denggi seharusnya kita hentikan secepat yang mungkin. Hal ini dikatakan demikian kerana demam denggi dapat mengancam tahap kesihatan seseorang. Contohnya, demam denggi ini boleh menyebabkan kematian.
Di bawah ini merupakan cara-cara mencegah demam denggi dengan mudah:
- Membuang bekas yang membolehkan air bertakung
- Memastikan tangki air dan bekas tadahan hujan ditutup dengan rapat
- Memastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan air dibuang sekurang-kurangnya seminggu sekali
- Memastikan saliran atap sentiasa mengalir
- Membela ikan jika terdapat kolam ikan di kawasan rumah untuk mengurangkan jentik-jentik
- Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk
- Memastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup
- Menyapu ubat penghalau nyamuk pada anggota yang berisiko terdedah kepada gigitan nyamuk
- Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang sewaktu keluar dari rumah
- Memasang ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup
Minuman Yang Dapat Merawat Demam Denggi
Walaupun demam denggi memerlukan rawatan profesional daripada doktor tetapi terdapat juga minuman yang dapat membantu pesakit yang menghadapi demam denggi ini.
Perkongsian di bawah ini merupakan minuman yang disarankan untuk diambil semasa dijangkiti demam denggi.
1)Jus jambu batu merah
Buah jambu batu merah mengandungi Vitamin C yang dapat membantu meningkatkan imuniti badan dan juga boleh menyembuhkan luka dengan cepat.
2)Minuman isotonik
Minuman isotonik dapat menambahkan tenaga sekali gus mengelakkan dehidrasi dalam badan.
3)Air Kelapa Muda
Air kelapa muda dapat menambah tahap mineral dalam badan dan dapat menyejukkan badan.
4)Jus Kurma
Buah kurma yang kaya dengan gula, zink dan vitamin dapat membantu mengurangkan kesan demam denggi kepada pesakit. Hal ini kerana buah kurma merupakan penawar kepada pelbagai jenis penyakit.
Sebagai penutup tirai, sampai di sini sahaja perkongsian kami pada kali ini. Diharapkan dengan perkongsian ini, anda dapat menimba ilmu baharu dan juga dapat anda kongsikan kepada mereka agar sama-sama dapat memperoleh ilmu. Secara tidak langsung, anda juga dapat menjadi penyalur ilmu kepada orang lain. Semoga bermanfaat!