Soalan Percubaan Peperiksaan SPM Bahasa Melayu Kedah 2020

soalan percubaan spm kedah 2020 bahasa melayu

Soalan Percubaan Peperiksaan SPM Bahasa Melayu Kedah 2020. Bahan ini disediakan bagi memudahkan pelajar tingkatan 5 menguasai Bahasa Melayu sebelum peperiksaan menjelang.

Bahasa Melayu sering dianggap mudah di dalam kalangan para pelajar Sekolah Menengah. Namun, mata pelajaran ini perlulah diambil berat kerana Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran wajib lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia, SPM. Dalam menguasai Bahasa Melayu, terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan oleh pelajar. Antaranya ialah:

  1. Merangka karangan. Sebelum merangka karangan, pelajar perlulah membaca soalan dengan jelas dan pilih tajuk yang paling banyak maklumat atau yang pernah dilakukan oleh pelajar. Ketika merangka karangan, pelajar juga digalakkan untuk mencari fakta dan isi yang terbaik.
  2. Sekiranya pelajar memilih karangan berbentuk fakta, cari contoh yang terbaik berkaitan dengan fakta yang diberikan. Gunakan contoh global/universal dan gunakan peribahasa, pantun atau kata-kata hikmah orang ternama untuk menjadikan karangan lebih menarik. Pelajar juga perlulah memberikan huraiann yang lengkap dan padat dan tidak mengulangi isi yang dikemukakan.
  3. Jika pelajar memilih untuk menghasilkan karangan berbentuk cerita, pelajar perlulah memastikan bahawa jalan cerita hendaklah menarik dan mempunyai watak dan perkembangan kepada watak secara menarik. Cerita mempunyai klimaks dan tidak membosankan. Pelajar digalakkan untuk membayangkan diri terlibat dalam situasi cerita tersebut dan pastikan cerita mempunyai pengajaran yang bermanfaat.
  4. Kaedah umum menguasai Bahasa Melayu adalah pelajar digalakkan untuk mendalami tatabahasa, menggunakan ayat yang pendek, ringkas dan jelas. Justeru, mereka perlu mengetahui cara membuat ayat yang menarik.

Dapatkan “Soalan Percubaan Peperiksaan SPM Bahasa Melayu Kedah 2020” di sini


Di sini kami kongsikan bahan yang boleh digunakan oleh pelajar SPM yang sedang mencari bahan ulangkaji bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Para guru juga boleh menggunakan bahan ini untuk membekalkan kepada pelajar sebagai persediaan menghadapi peperiksaan.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : 

SUBJEK

SOALAN & SKEMA

 

Bahasa Melayu

 

 

Diharapkan agar perkongsian mengenai Soalan Percubaan Peperiksaan SPM Bahasa Melayu Kedah 2020 dapat memberikan manfaat kepada para guru, ibu bapa dan pelajar dalam mendapatkan bahan pendidikan yang dapat membantu menguasai Bahasa Melayu.

Pada perkongsian yang lepas, kami juga berkongsi beberapa bahan pendidikan yang dapat membantu pelajar SPM seperti:

Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan informasi terkini mengenai isu semasa, bantuan kerajaan dan bahan-bahan pendidikan yang bermanfaat.