Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Kalendar Akademik Sesi 2023/2024

Kalendar akademik 2023/2024
Kalendar Akademik

Kalendar Akademik Sesi 2023/2024. Adalah dimaklumkan bahawa kita bakal memasuki tahun yang baru iaitu tahun 2023. Oleh yang demikian itu, kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan secara rasminya kalendar akademik ataupun taqwim akademik bagi sesi 2023/2024.

Diminta kepada ibubapa serta guru-guru untuk cakna dengan kalendar akademik bagi sesi tahun 2023, supaya Anda semua boleh merancang dengan perancangan yang rapi dan kemas untuk tahun hadapan.

Kalendar Akademik Sesi 2023/2024

Takwim Akademik Bagi Tahun 2023..

Mengenai penyusunan takwim akademik sebenarnya mempunyai perubahan dan KPM telah bertanggungjawab dengan merangka secara rapi dan kemas untuk kalendar Akademik tahun hadapan dia di tahun 2023. Perubahan berlaku semasa bermulanya pendemik covid-19 yang bermula pada tahun 2020 bulan Mac.

Bermula dari situ tpm terpaksa memberi keringanan dan tidak terikat dengan penyusunan kalendar akademik demi untuk memberi keringanan kepada guru-guru dan anak murid yang semasa itu tiada pembelajaran di sekolah dan hanya berfokuskan secara atas talian semata.

Oleh itu, kita bakal membuka lembaran baru melalui kalendar Akademik sesi 2023/2024. Kerja anda yang ingin merancang cuti sekolah dan beberapa perancangan yang penting untuk anda lakukan bagi tahun 2023 anda boleh merujuk kepada kalendar Akademik yang Kami sediakan di bawah.

KUMPULAN A :

Sekolah-sekolah di negeri: Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu

Kalendar Akademik Sesi 2023/2024

KUMPULAN B :

Kalendar Akademik Sesi 2023/2024

Sekolah-sekolah di negeri: Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya

CUTI PERAYAAN SESI 2023/2024

Kalendar Akademik Sesi 2023/2024

CATATAN:

Hari Deepavali * : Tambahan cuti perayaan yang diperuntukkan oleh KPM bagiNegeri Sarawak. Negeri-negeri lain dalam

Kumpulan B memperoleh cuti berganti yang diperuntukkan oleh kerajaan.

Pesta Kaamatan(Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja): 30 & 31 Mei 2023 (Dalam Cuti Penggal 1, Sesi 2023/2024)

Perayaan Hari Gawai Dayak(Sarawak sahaja): 01 & 02 Jun 2023 (Dalam Cuti Penggal 1, Sesi 2023/2024)

Hari Krismas : 25 Disember 2023 (Dalam Cuti Penggal 3, Sesi 2023/2024)

Tahun Baru Cina : 10 & 11 Februari 2024 (Dalam Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2023/2024)

Muat Turun Kalender Akademik Dan Cuti Perayaan Sesi 2023/2024

Anda boleh dapatkan kalendar Akademik bagi sesi 2023/2024 yang kami sediakan dibawah:

Download Kalender Akademik 2023/2024

Baca juga :

Perancangan Tahun 2023, Semangat Baharu!

Tahun baru 2023Rancangan Apa Yang Anda Ingin Lakukan?

Bila memasuki tahun baru ramai yang sebenarnya mempunyai Azam dan semangat impian yang baru. Itulah kebiasaan setiap kali kita memasuki tahun baru seiring dengan berjalannya masa umur kita juga semakin bertambah dan pengalaman kita juga semakin meningkat.

Namun seringkali persoalan timbul dibenak fikiran kita semua “Apa Perancangan Aku Untuk Tahun Baharu?”

Itulah antara soalan yang selalu bermain di fikiran setiap kali kita memasuki tahun baru. Ada yang gusar, gundah , gelisah dan tidak tentu arah kerana tidak tahu apakah yang diri ini boleh dilakukan untuk menjadi lebih baik dan menjadikan tahun hadapan yang kita akan lalui adalah tahun yang terbaik.

Jom Rancang Tahun Baharu!

Jangan risau kita masih punyai masa kita mempunyai masa yang sekarang untuk kita tetapkan keputusan di masa hadapan. Kita semua mempunyai pilihan dan peluang untuk terus membaiki asalkan diri sedar akan kelemahan dan perlu untuk mencari solusi bagi menjadi insan yang Kamil.

Tanya Diri Apakah Yang Ingin Dicapai?

Kebiasaannya manusia sentiasa mencari apakah yang “aku belum capai?”. Kita telah melalui peredaran zaman dan masa yang panjang dalam generasi kewujudan manusia. Bermula daripada Adam dan Hawa manusia telah melalui pelbagai kreatif dan inovasi dalam kehidupan yang sekarang ini kita dapat mengecapi dunia moden.

Itulah betapa berkuasanya fikiran kita yang tidak pernah puas untuk kita penuhi atau untuk kita capai apa yang tidak kita capai. Kita mempunyai akal fikiran yang tuhan bagi untuk kita supaya kita dapat menggunakan ke arah jalan kebaikan. Kita fikirkan apakah yang kita boleh lakukan orang lain mendapat manfaat daripada apa yang kita lakukan dan capai. Itu adalah antara sebab untuk kita membina pencapaian kita sendiri.

Jadi, apa yang anda ingin capai tahun hadapan?

Disiplin Dengan Pilihan..

Apabila kita sudah berfikiran dan berfikir-fikir apa yang kita nak capai dan punyai matlamat yang jelas bagi tahun hadapan. Kita boleh teruskan tetapkan matlamat kita secara jelas dan juga pastikan kita mampu untuk mencapai matlamat tersebut. Kadang-kadang kita berfikir jauh supaya kita dapat mencapai itu dan ini namun hakikat nya kita hanyalah manusia yang mempunyai batasan tersendiri. Jadi, oleh  itu kita boleh disiplin Dengan pilihan.

Pilihan kita kita sudah pilih dan jelas baru kita nak capai, boleh tu tiada lagi perubahan dalam buat pilihan. Contohnya, Ali sudah menetapkan bahawa apa yang dia ingin capai pada tahun hadapan adalah untuk menjadi seorang yang rajin membaca. Memasuki tahun baharu, Ali pada awalnya mempunyai tekad yang tinggi untuk meluangkan masa membaca kerana beliau menjadi target kepada matlamat menjadi seorang yang rajin membaca. Ketetapan Ali adalah tegas seiring dengan matlamat beliau untuk terus rajin membaca.

Ya,kita Perlu Bertegas Dengan Pilihan Kita..

Tidak semua orang mampu untuk bertegas Dengan pilihan sendiri. Ia berkaitan dengan tegas dengan pendirian dan pilihan sendiri ia memerlukan kebertanggungjawaban yang tinggi dalam diri seseorang. “Aku sudah pilih pilihan ini maka aku akan teruskan” semaikan dalam diri kita bahaa kita tekad untuk membuat keputusan dan berterusan dengan pilihan kita..

Perancangan Kita Hanyalah Perancangan Manusia..

Simboliknya pendekatan dengan “manusia” ia mempunyai maksud bahawa kita tidaklah sempurna dan tidaklah dapat lari daripada berbuat kesilapan. Apatah lagi dalam urusan Perancangan kita untuk kita lakukan seperti apa yang kita ingini, kita boleh katakan ianya adalah kemungkinan ini adalah kerana kita adalah manusia yang lemah dan tidak sempurna.

Tetapi…

Bagi orang yang benar-benar tekad untuk menjadikan perancangannya berjalan seiring dengan kehendak dia, seseorang itu mestilah mempunyai mindset yang ‘tidak biasa’ seperti manusia biasa. Benar main seks bagi orang yang tidak biasa-biasa ataupun orang yang hebat kita akan ketahui bahawa “dia orang yang hebat”.

Kita mengakui beliau punyai kehebatan yang tidak semua manusia biasa ada yaitu ketekunan dan ke berterusan dalam melakukan hal-hal yang dia ingin. Ini tidak semua manusia ada.

Dan untuk memupuk bagaimana kita mempunyai semangat orang yang hebat semangat yang ingin berterusan melakukan hal-hal yang kita ingin capai dan Kita rancang, Kita mestilah menjadi satu tekad dan “big why” yang tinggi dan jelas. Oleh itu, pertama kali yang anda perlu lakukan adalah tetapkan diri anda. Selamat tahun baharu!

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati