Panduan Asas Penulisan Karangan BM SPM

panduan asas penulisan karangan bm spm

Panduan Asas Penulisan Karangan BM SPM ini mengumpulkan nota-nota panduan asas yang bermanfaat yang dapat digunakan oleh para pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan bertulis SPM.

Para guru boleh memberikan nota panduan asas penulisan ini kepada para pelajar sebagai bahan yang dapat mereka baca sebelum memulakan penulisan karangan. Selain itu, para guru juga boleh membekalkan soalan-soalan SPM pada tahun-tahun yang lepas bagi membantu para pelajar meningkatkan kemahiran dalam penulisan karangan terutamanya bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.

 Tips Skor A dalam Peperiksaan

  1. Merangka jadual belajar dengan betul. Dalam merangka jadual pembelajaran, perlu dimasukkan waktu berehat, mata pelajaran yang perlu diutamakan bagi mengelakkan keletihan dari segi emosi dan minda. Apabila minda letih, usaha dalam mengulang kaji yang dilakukan akan menjadi sia-sia. Jadikan video pembelajaran yang terdapat di Youtube sebagai rujukan apabila terdapat kekeliruan semasa menjawab soalan dan fokuskan kepada melakukan latih tubi apabila anda mempunyai masa 2 bulan sebelum peperiksaan besar.
  2. Persediaan Mental pada hari pertama peperiksaan. Perkara ini adalah penting bagi mengelakkan perasaan gementar yang boleh menjadikan minda menghalang anda daripada mengakses memori untuk mengingati semula pembelajaran. Sediakan senarai semak sehari sebelum peperiksaan menjelang bagi memastikan semua dokumen penting telah tersedia.
  3. Ketahui Kaedah menjawab soalan dengan betul. Kaedah menjawab soalan yang betul terutamanya pada bahagian soalan adjektif adalah elemen penting bagi menunjukkan jawapan anda mempunyai struktur. Mulakan dengan pengenalan, diikuti dengan fakta dan huraian kepada setiap fakta yang dikemukan. Akhiri jawapan dengan penutup yang ringkas.

Dapatkan “Panduan Asas Penulisan Karangan BM SPM” di sini


Bahan yang dikongsikan ini adalah menepati keperluan pelajar dalam melakukan persediaan awal dalam menghadapi peperiksaan serta bagi meluluskan diri dengan cemerlang. Ibu bapa dan guru-guru boleh mendapatkan bahan ini melalui pautan-pautan yang telah disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download :

Diharapkan dengan perkongsian mengenai Panduan Asas Penulisan Karangan BM SPM ini akan dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam membantu meningkatkan kemahiran penulisan anak-anak serta meningkatkan kemahiran penulisan para pelajar yang menggunakan bahan ini sebagai rujukan.

Sebelum ini, kami juga ada berkongsikan beberapa info mengenai tips yang bermanfaat kepada para pelajar. Antaranya ialah:

Untuk mendapatkan informasi terkini mengenai bahan-bahan pendidikan yang bermanfaat, informasi berkenaan dengan bantuan kerajaan serta jawatan kosong, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan akses kepada informasi terkini seperti di atas.