Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Kerajaan Akan Naikkan Lesen B2 Naik Ke Lesen B Secara Automatik Mengikut Syarat

Kerajaan Akan Naikkan Lesen B2 Naik Ke Lesen B Secara Automatik Mengikut Syarat

Kerajaan Malaysia kini sedang mengkaji untik menyegerakan perancangan untuk menaik taraf lesen memandu motosikal kelas B2 kepada B secara automatik.

Ianya adalah satu usaha kerajaan untuk memudahkan pengurusan dan pengkelasan lesen B dengan syarat baharu. Terdapat beberapa pendekatan yang diambil oleh kerajaan Malaysia.

Berkenaan Dengan Pengkelasan Lesen Motosikal Tahun 2024

Cadangan Lesen B2 Naik Ke Kelas B

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata terdapat beberapa pendekatan kini sedang dikaji antarany melibatkan faktor umur dan tempoh untuk pemilikan lesen.

Kerajaan juga telah berbincang bahawa perlunya ada tempoh tertentu terutama dari segi:

  1. Umur pemohon yang mesti berumur 35 tahun keatas.
  2. Pemegang lesen B2 adalah perlu mengikut tempoh yang tertentu sebelum ianya layak untuk mendapat kelas B secara penuh.

Tarikh Bermulanya Naik Taraf Lesen B2 Naik Ke Lesen B

Kerajaan Akan Naikkan Lesen B2 Naik Ke Lesen B Secara Automatik Mengikut Syarat

Menurut Datuk Seri Zahid Hamidi perkara ini akan dimuktamadkan bila satu mesyuarat terperinci akan diadakan diantara Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) dan Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Traffik (JSPT).

Menurutnya, beliau serahkan kepada menteri pengangkutan, Datuk Seri Anthony Loke untuk menentukan tarikh. Cadangan menaik taraf lesen B2 naik ke lesen B ini adalah merupakan cadangan daripada beliau sendiri pada Ogos tahun 2023.

Sebab Kenapa Lesen B2 Naik Ke Lesen B Secara Automatik

Kerajaan Malaysia mengambil langkah berhati-hati dalam memberi lesen B kerana berdasarkan faktor kemalangan dan faktor lain. Semasa sesi libat urus, Datuk Seri Anthony berkata, keputusan untuk lesen B2 naik ke lesen B tidak mudah seperti yang dirancang.

Ini adalah kerana berdasarkan statistik JSPT menunjukkan bahawa kemalangan jalan raya paling banyak adalah melibatkan mereka yang berumur dalam kalangan 16 hingga 35 tahun.

Berdasarkan data tersebut, seandainya remaja yang baharu dapat lesen B2 diberi lesen B, kemungkinan mereka yang bertindak sewenang-wenangnya. Jikalau sudah berusia, mungkin seseorang itu akan memikirkan pengalaman, tanggungjawab kepada keluarga dan sebagainya untuk berhati-hati di jalan raya.

Untuk waktu ini, pihak JPJ telah mengklasifikasikan lesen memandu kelas B2 untuk motosikal tidak melebihi 250cc. Untuk kelas B pula ia melibatkan motosikal melebihi 500cc

28 KOMEN

  1. idea utk automatik menaik taraf B2 ke B sangat bagus utk mereka yg lama berpengalaman bawa motosikal lebih 10 tahun dan mereka ini ada yg nak beli motor kelas lebih tinggu 250cc keatas tapi disebabkan undang2 hanya membenarkan setelah membayar kos yg agak tinggi dan perlu menduduki ujain praktikal semula. Mereka yg dah lama memegang lesen B2 sangat berpengalaman tak perlu lagi ujian praktikal dsbnya. Selain itu, idea ini akan melebarkan pasaran jualan motosikal CC besar seluruh Malaysia. Bagi yang tak mampu walaupun anda ada lesen B, masih boleh pakai motosikal bawah 250cc tiada masalah.

  2. Aku tengok jer sandiwara politik pihak-pihak yang belah-belah atas ni. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, dan tahun pun dah bergantian tahun rupanya. Subjek ini masih menjadi satu topik kajian. Entah apa yang perlu dikaji lagi, kita pun tak diberitahu. Aku rasa lebih baik kalau kajian-kajian berkaitan kemalangan jalan raya, keselamatan penunggang, dan yang seumpamanya, selagi ia melibatkan pemegang lesen B2 atau B penuh, dilakukan oleh pelajar-pelajar peringkat sarjana dan yang seumpamanya. Paparkan keputusan kajian tersebut untuk tatapan umum, dan gunakan hasil kajian tersebut untuk penilaian pihak berwajib. Kongsikan statistik yang diperolehi, data-data, dan juga segala macam bentuk dapatan daripada kaji selidik itu untuk rujukan umum. Jangan sembang kosong, cakap kerajaan sedang mengkaji, tapi entah apa yang dikaji pun kita tak tahu, dan tak diberitahu, Akhirnya nanti, sembang kari ini akan berlanjutan sehingga bertukarnya PM10 ke PM11, dan polisi baru akan diperkenalkan bersempena dengan bertukarnya pucuk pimpinan. Kemudian kata-kata manis yang baru akan terucap, dan kajian baru akan dibuat, maka kajian akan berlarutan selama beberapa tahun sehingga PM11 bertukar ke PM12. Dan begitulah selanjutnya. Jadi, aku tak rasa kerajaan akan melaksanakan pertukaran B2 ke B penuh ni dengan segera. Jadi, kepada pihak yang berharap, sila teruskan mengharap. Harapan anda pasti didengar oleh oleh pihak yang diharapkan, tetapi pengharapan korang hanya akan tinggal harapan yang pastinya tiada kata putus segera dari pihak yang memberi pengharapan. Hehehehehehe……

    Pada aku, benda ni mudah jer. Kalau betul nak naik taraf secara automatik, aku cadangkan yang berikut :
    1. Umur ketika pertukaran status lesen : minima 35 tahun (OK jer).
    2. Pengalaman mengendalikan motorsikal : minima 10 tahun (OK jer).
    3. Tiada saman yang melibatkan kes-kes kamalangan, termasuk kemalangan maut.
    4. Saman laju : maksima 3 saman laju setahun untuk 5 tahun yang lepas berturu-turut.
    5. Bayaran naik taraf lesen : RM500~RM750 (sekali bayar ke mana-mana institusi belajar memandu sebagai pengesahan).
    6. Bayaran yuran naik taraf lesen tanpa ujian : RM20 (dibayar setiap tahun selama 5 tahun bertutu-turut ke JPJ). Tiada bayaran selepas tahun kelima.
    7. Dicatatkan ‘B Percubaan’ untuk 5 tahun di atas lesen. Sekiranya korang jadi penyebab kemalangan, maka lesen ‘B Percubaan’ automatik dibatalkan.

    Maka dengan ini, institusi belajar memandu dapat faedah, JPJ pun dapat bayaran masuk.

    Apa komen korang???

    • Ko ni bagi cadangan cam sial. Bayar 500-750 utk apa sial? Ko ni rakyat ke atau pemilik kelas memandu? Tulis cadangan u kat sekeping kertas, sapu jelly sikit lepas tu baring dan masukkan cadangan u sampai kedalam lubang punggung u.. biar kertas tu tak keluar cibai

  3. Cadangan tpm yang tak masuk akal..
    Lebih banyak malapetaka bakal diundang..
    Pulangkan balik segala kos kepada penunggang B full..aku salah seorang

  4. Bpak mngarut nk pngkelasan xrujuk statistik..bang awk tgk dlo usia 16-35 kmlangan ape jgn pkui rata..pehtu 35 je ade tnggungjwb kluarga bgai..tu la mahathir pun da ckp klu bodo tu mmg bodo pon

  5. Satu inisiatif yang baik untuk diimplimentasikan bagi kemudahan rakyat yang memerlukan kelayakan menunggang motosikal yang melebihi kuasa kuda 250cc tanpa perlu mengeluarkan wang untuk yuran ujian kecekapan yang kebiasaannya ada institut memandu mengenakan cas tidak kurang RM150/-. Bagaimanapun perlu dikenakan syarat-syarat munasabah seperti :
    A) Umur tidak kurang daripada 30th dan tidak melebihi 70th.
    B) Telah memegang lesen kelas B2 tidak kurang 10th
    C) Tidak terlibat kes kemalamgam melebihi 3 kes dan kena saman melebihi 10 kali.
    D) Had kuasa kuda tidak melebihi 500cc

  6. Saya cadangkan kerajaan adakan satu lagi kelas.contoh B full 500cc ke atas.B1 250cc hingga 500cc.dan B2 sehingga 500cc. Atau pun cadangan kedua B2 hingga 500cc dan B full 500cc ke atas..Cukup hanya tambah Cc saia kelas tetap spt sekarang.Biasanya penunggang motor 500cc keatas adalah yg berpendapatan kukuh.itu cadangan saja.

  7. Saya amat setuju dgn cadangan menaikan kelas B2 ke B secara bersyarat yg dijelaskan. Ini bermakna setiap pemilik lesen B2 perlu memohon jika berhajat kpd lesen B dan pihak JPJ akan menyemak pemohon telah memenuhi syarat² yg ditetapkan atau sebaliknya. Salah satu faktor penilaian yg menjadi keutamaan adalah usia lesen B2 yg dipegang, kedua usia pemohon. Umur 35 ke atas sangat sesuai. Selain dr itu perlu lihat juga rekod kesalahan trafik atau kemalangan sebab salah satu faktor terbesar sesuatu kemalangan itu berlaku adalah sikap dan kematangan penunggang itu sendiri.

  8. Just utk KERAjaan nak buat duit lagi dari hasil jualan seperti cukai n etc

    Bole bwk masuk & jual Moto cc lebih besar dari 250cc.

    Kan lebih baik KERAjaan buat system bantu owner + rider² Moto cc besar utk kurangkan harga roadtax n Insurance.

    Serta Moto atas 250 cc bole gunakan jalan yg sama dengan kereta tanpa menggunakan jalan motor. Cth kat Federal Highway agak bahaya selekoh jalan moto yg agak kecil utk Moto besar.

    • Ni baru betul..tolong geng² kaya ad motor cc besar..
      Hidup YB Bock Zailan.

      Cadangan motor 250cc ke atas tu bernas beras..lg bagus buat jalan khas utk 250cc ke atas..koner baring tak lepas accident mati sorg²..tak libat pemandu lain..

  9. Up grade B2 ke B…..pihak kementerian (JPJ) harus mengambil kira tempoh pemilikan Lesen asal B2…..
    Mungkin boleh di cadangkan tempoh pemilikan melebihi 20 tahun baru di naikan ke B.

  10. Saya sangat bersetuju pada pindaan lesen B2 kepada B sahaja yang lebih lojik. Umur 30 dan keatas munasabah juga tu.
    Banyak faktor lain penyebab terjadi kemalangan ni..Sikap berlebih kurang kenderaan yang lebih besar terhadap penunggang motor, keadaan jalan juga jadi faktornya.
    Saya suka sistem diThailand..kenderaan yang lebih besar hormat yang kecil dipraktik dinegara kita. t.kasih.

  11. Lebih praktikal kepada pemegang lesen B2 yang memiliki motosikal CC 250 ,mereka telah menjadi biasa mengawal menunggang motorsikal yang agak besar kerangkanya.

  12. Saya besar hati menghargai sumbangan kerajaan apa yang diberikan dan tindakan yang patut diberikan lesen B2 kepada lesen B mengikuti taraf umur 35 lebih atas pemerkiran bertolak ansur yang terbuka luas atas keselamatan di jalan raya..terima kasih atas kerajaan yang pengurusan semua berkenaan

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati