Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official Bantuan Khas Aidilfitri Sabah RM500

Bantuan Khas Aidilfitri Sabah RM500

Bantuan Khas Aidilfitri Sabah RM500 ini adalah merujuk kepada Kenyataan Media Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah pada 23 April 2021 yang bertajuk ‘Bayaran Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri 2021‘. Hal ini merupakan kesinambungan daripada kenyataan media Pejabat Perdana Menteri pada hari sebelumnya berkenaan Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam RM500 dan Pesara RM250 untuk seluruh warga kerja perkhidmatan awam Malaysia.

Rentetan itu,Bantuan Khas Aidilfitri Sabah RM500 Kerajaan Negeri Sabah menyambut baik keputusan bayaran Bantuan Khas Kewangan bersempena Hari Raya Aidilfitri 2021 yang telah dibuat melalui Kenyataan Media Pejabat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 22 April 2021 tempoh hari.

Berdasarkan petikan dalam Kenyataan Media YAB Ketua Menteri Sabah ini, Kerajaan Negeri bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam negeri Gred 54 dan ke bawah berselerasan dengan pengumuman Kenyataan Media Pejabat Perdana Menteri sebelum itu.

Official Bantuan Khas Aidilfitri Sabah RM500

Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Aidilfitri Sabah

408964696 1544106823075643 55297355829405273 n

Pembayaran bagi Bantuan Khas ini akan dibuat bersama dengan hari pembayaran gaji bulan Mei, iaitu pada 7 Mei 2021.

Baca Juga: Bantuan One Off RM500 Mulai Jun 2021 dan Subsidi Pembelian Telefon RM300.

Untuk pengetahuan semua, pemberian bantuan khas ini adalah sebagai penghargaan terhadap khidmat bakti dan juga pengrobanan semua penjawat awam negeri yang telah melaksanakan tanggungjawab mereka sehabis baik dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa menghadapi pandemik COVID-19 di negeri Sabah.

Bantuan Insentif RM 700 Yang Boleh Anda Dapatkan Secara Automatik l Semak Kelayakan Permohonan Anda

Semoga dengan perkongsian Bantuan Khas Aidilfitri Sabah RM500 ini sedikit sebanyak dapat memberikan perkhabaran gembira khususnya buat golongan-golongan yang terlibat menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tak lama lagi.

Diharapkan dengan pemberian Bantuan Khas Kewangan ini dapat memberi rangsangan kepada seluruh warga kerja perkhidmatan awam negeri Sabah agar terus bersemangat dan berdedikasi menuju ke arah kecemerlangan sepanjang masa.

Semoga sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini dapat dinikmati dengan penuh kesyukuran meskipun kita semua masih belum pulih sepenuhnya daripada penularan virus COVID-19 ini. Oleh itu, anda semua diseru untuk mematuhi S.O.P yang telah ditetapkan sepanjang berhari raya kelak.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati