Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

9 Cara Guna Portal DELIMa KPM

Portal DELIMa KPM
Portal DELIMa KPM

APA ITU DELIMa KPM

DELIMa merupakan singkatan kepada Digital Educational Learning Initiative Malaysia. Ia merupakan penjenamaan semula bagi platform MOE Digital Learning yang dibangunkan oleh KPM pasca Frog VLE.

DELIMa merupakan platform tunggal yang menyediakan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta sumber-sumber pembelajaran yang boleh digunakan oleh para pendidik dan juga pelajar untuk belajar secara dalam talian.

CARA AKSES Portal DELIMa KPM

Portal DELIMa KPM 2
Portal DELIMa KPM

Diakses menggunakan akaun Google sedia ada. Sepertimana MOE Digital Learning, DELIMa masih menggunakan platform yang sama iaitu halaman Google Sites sebagai tapak asas bagi platform ini. Oleh itu, guru dan pelajar boleh mengakses platform DELIMa menggunakan e-mel MOE Digital Learning (DL) yang telah dibekalkan sebelum ini.

Platform ini mengekalkan reka bentuk antaramuka sedia ada, cuma ia membawakan beberapa menu tambahan serta penampilan logo baharu DELIMa.

Anda hanya perlu ke https://sites.google.com/moe.edu.my/login/login

Guna id google classroom yang KPM bagi untuk masuk ke portal DELIMa

LOG MASUK/LOG IN PORTAL DELIMa KPM

Disokong tiga rakan strategik utama: Google, Microsoft dan Apple

Google menerusi Google for Education, Microsoft menerusi Microsoft Education dan Apple menerusi Apple Education menjalankan pelbagai program untuk pendidikan global sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat mereka.

Mereka menyokong inisiatif terkini KPM ini dengan menyediakan akses khas kepada sistem dan aplikasi-aplikasi pendidikan serta membekalkan idea serta modul-modul pembelajaran.

Penyertaan ketiga-tiga gergasi digital terkemuka ini sebagai rakan stategik membuktikan KPM kini lebih terbuka dalam penggunaan sebarang teknologi pembelajaran.

Google menawarkan pakej G-Suite for Education yang terbukti sebagai sebagai satu ekosistem pembelajaran online terbaik berasaskan perkomputeran awan (cloud computing).

Microsoft pula menawarkan alternatif kepada aplikasi daripada Google, manakala Apple menawarkan sumber pembelajaran berasaskan kreativiti kepada guru dan pelajar.

Anda hanya perlu ke https://sites.google.com/moe.edu.my/login/login

Guna id google classroom yang KPM bagi untuk masuk ke portal DELIMa

Cara Guna Portal DELIMa KPM,LOG MASUK/LOG IN SISTEM DELIMa,apa itu DELIMa
Portal DELIMa KPM

TATACARA MENGAKSES BAHAN DELIMa KPM

1.Log masuk laman sesawang DELIMa di http://bit.ly/DELIMaKPM

2.Klik Guru

3.Klik Sumber Rujukan PdP

4.Klik BPK

5.Klik Kursus Orientasi 2020

6.Pilih dan klik Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah

7.Klik Mata Pelajaran

8.Ikuti semua bahan kursus hingga selesai

9.Klik SPLKPM dan masukan nombor kad pengenalan

SENARAI RAKAN DALAM PENYEDIAAN KANDUNGAN DELIMa

Disokong oleh pelbagai rakan dalam penyediakan kandungan DELIMa

KPM menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak seperti MDEC, Digi, UNICEF, ASTRO dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) untuk membekalkan kandungan pembelajaran kepada para guru dan pelajar.

Kepada guru yang ingin belajar buat eRPH atau RPH ONLINE,boleh cuba CIDS ONLINE 

Sebagai contoh, PNM menawarkan beribu-ribu e-buku percuma kepada guru dan pelajar, MDEC menyediakan kandungan pembelajaran bagi subjek Reka Bentuk dan Teknologi manakala DIGI pula menyediakan modul Keselamatan Siber.

Banyak lagi rakan akan menyediakan kandungan pembelajaran di platform ini pada masa hadapan.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati