
- Semua pendeposit TH;
- Telah mendaftar haji; dan
- Telah mendaftar Aplikasi THiJARI (Hanya pendeposit akaun dewasa (18 tahun ke atas) sahaja boleh mendaftar THiJARI).
Kategori rayuan adalah seperti berikut:
- Suami menjadi mahram kepada isteri Terpilih
- Lelaki menjadi mahram kepada wanita Terpilih (44 tahun dan ke bawah)
- Isteri mengikut suami Terpilih
- Lelaki menjadi mahram kepada wanita Terpilih (45 tahun dan ke atas)
- Isteri mengikut suami dan madu Terpilih
- Bakal Haji Orang Kurang Upaya (OKU)
- Bakal Haji Muallaf
- Bakal Haji Lanjut usia (75 tahun dan ke atas)
- Bakal Haji Daftar Lama.
- Lain-lain Rayuan
Pendeposit hendaklah membuat rayuan menggunakan Aplikasi THiJARI. Pendeposit tidak boleh membuat rayuan melalui cawangan Tabung Haji. Pendeposit akan mendapat maklumbalas permohonan rayuan melalui paparan pengesahan rayuan yang boleh dimuat turun dan dicetak dan emel THiJARI kepada pemohon.
Pendeposit boleh menyemak semula status rayuan mereka dengan menggunakan Aplikasi THiJARI. Dokumen sokongan perlu disahkan dahulu dan hendaklah dihantar ke Pejabat TH Cawangan yang berhampiran. Dokumen sokongan yang diperlukan adalah berdasarkan arahan yang dikeluarkan dalam Surat Akuan Terimaan Rayuan mengikut kategori berikut:
- Suami menjadi mahram kepada isteri Terpilih
- Lelaki menjadi mahram kepada wanita Terpilih (44 tahun dan ke bawah)
- Isteri mengikut suami Terpilih
- Lelaki menjadi mahram kepada wanita Terpilih (45 tahun dan ke atas)
- Isteri mengikut suami dan madu Terpilih
- Bakal Haji Orang Kurang Upaya (OKU)
- Bakal haji Muallaf
Pendeposit perlu mengemukakan sendiri dokumen sokongan yang telah disahkan ke TH Cawangan yang berhampiran. Semua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A. Manakala bagi Borang Pengesahan Mahram hendaklah disahkan oleh:
- Pegawai Tadbir Agama Daerah
- Penghulu
- Penggawa
- Ketua Kampung
- Nazir/Imam Masjid
Jika pendeposit mahu membatalkan rayuan, pendeposit perlu hadir ke Pejabat TH Cawangan untuk kemukakan permohonan pembatalan rayuan, samada rayuan beliau telah diluluskan atau belum.