Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jadual Lengkap Imunisasi Murid Sekolah Rendah dan Menengah di Klinik Kesihatan Tahun 2020

JADUAL LENGKAP IMUNISASI

Jadual Lengkap Imunisasi Murid Sekolah Rendah dan Menengah di Klinik Kesihatan ini merupakan jadual khas yang dikeluarkan oleh pihak KKM sendiri secara rasmi. Jadual ini digunakan sebagai rujukan buat semua ibubapa di Malaysia sahaja untuk memastikan anak-anak mendapat imunisasi sepatutnya mengikut umur anak-anak. Ya, kita sebagai ibubapa perlu tahu dan prihatin tentang kesihatan anak kita dan tidak letakkan semuanya di atas bahu guru di sekolah.

Umum mengetahui bahawa kaedah imunisasi ialah salah satu cara paling berkesan untuk membantu menyelesaikan masalah penyakit berjangkit yang banyak menyerang kanak-kanak di pelbagai peringkat umur.

Jadual Lengkap Imunisasi Murid Sekolah Rendah dan Menengah di Klinik Kesihatan

JADUAL LENGKAP IMUNISASI

Dengan kepakaran di Malaysia yang semakin meningkat, pelbagai imunisasi telah diberikan secara percuma oleh KKM semasa anak kita masih bayi lagi. Ya, sebab itu ibu-ibu di Malaysia selalunya akan kerap membawa anak ke klinik-klinik kesihatan untuk mendapatkan suntikan ini. Jadi, sepatutnya kesedaran tentang imunisasi ini sudah tinggi di kalangan masyarakat.

Untuk pengetahuan semua, dalam keadaan COVID19 ini di mana Malaysia sedang menghadapi wabak COVID-19 ini, proses imunisasi yang sepatutnya dibuat di sekolah nampaknya tidak dapat dilakukan seperti biasa. Hal ini kerana sekolah telah di tutup dalam tempoh yang lama.

subsidi penjagaan anak

Imunisasi Anak-anak Mengikut Umur

Berikut merupakan senarai pemberian imunisasi mengikut umur anak-anak :

  • Murid Tahun 1 : Imunisasi mencegah penyakit demam campak (Measles), Rubella, Difteria dan kancing gigi (Tetanus)
  • Murid perempuan Tingkatan 1 : Imunisasi Human Papillomavirus (HPV)
  • Murid Tingkatan 3 : Imunisasi ATT (dos tambahan vaksin Tetanus)

Jadual Lengkap Imunisasi Kebangsaan dari KKM

Program Jadual Lengkap Imunisasi Berjalan Seperti Biasa Semasa Covid19 (Walaupun Sekolah ditutup)

Buat semua ibubapa dan guru, KKM teleh mengumumkan bahawa program imunisasi kepada semua murid sekolah tetap di teruskan lagi sama ada sekolah di tutup atau sudah dibuka sekarang. Namun begitu, program imunisasi ini akan di dilakukan di Klinik Kesihatan(KK) ataupun Klinik Kesihatan Ibu dan Anak atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berhampiran dengan anda.

Untuk pengetahuan ibubapa semua, tahun 2020 ini diberikan keutamaan kepada pemberian imunisasi khas bagi murid Tahun 1.

Jadi, semua ibu bapa atau penjaga  haruslah membawa anak-anak dibawah jagaan mereka yang berumur 7 tahun untuk mendapatkan imunisasi wajib ini di Klinik Kesihatan berkaitan.

Peranan Ibubapa Bendung Covid19 dan Penyakit Berjangkit Serta Ikuti Jadual Lengkap Imunisasi

Semasa musim COVID19  ini, semua orang bergelut dengan pelbagai perkara sama ada SOP, kewangan, keselamatan dan sebagainya. Namun begitu, dalam keadaan sukar begini tanggungjawab kita sebagai ibubapa tetap perlu menjaga dan mengutamakan kesihatan anak-anak. Jadi bagi mencegah anak-anak kita dari terkena penyakit berjangkit maka kita sebagai ibubapa bertanggungjawab untuk membawa anak-anak kita pergi mendapatkan vaksi atau imunisasi agar mereka tidak terkena penyakit-penyakit merbahaya.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttp://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati