Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

INSENTIF PERAK PRIHATIN TAHUN 2021

INSENTIF PERAK PRIHATIN
INSENTIF PERAK PRIHATIN

Seiringan dengan seruan kerajaan Malaysia untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan seperti golongan B40, INSENTIF PERAK PRIHATIN turut diwujudkan dibawah kerajaan Negeri Perak. Tujuannya adalah untuk mengurangkan kos sara hidup melalui bantuan kewangan Perak Prihatin dimana mereka akan mendapatkan akses kepada rawatan kesihatan dan pembelian barangan yang asas.

Penerima akan mendapat akses rawatan asas di klinik-klinik panel dan membeli barangan asas di kedai dan pasaraya yang berdaftar secara tanpa tunai (cashless).

cashless

INSENTIF YANG TERSEDIA :

  • Kad insentif perak prihatin
  1. Kad kesihatan dan makanan kepada yang memerlukan
  2. Pengguna boleh menggunakan kad ini untuk membeli keperluan asas/membiayai rawatan kesihatan asas mengikut bantuan bulanan yang diperuntukkan. (sejumlah wang akan dikreditkan ke dalam kad itu, separuh untuk rawatan dan separuh untuk pembelian barangan asas).

MANFAAT KAD KESIHATAN KESIHATAN DIBAWAH INSENTIF PERAK PRIHATIN

  • Rm300 had pembiayaan setahun
  • Rm50 had guna setiap kali rawatan
  • Tiada had jenis rawatan/perubatan bagi kesihatan asas

MANFAAT BANTUAN KAD MAKANAN DAN BARANGAN ASAS :

  • Baki urusniaga bulan terdahulu tidak akan di bawa ke bulan seterusnya
  • Urusniaga dalam bentuk cashless / tanpa tunai
  • Boleh digunakan di kedai / pasarayan berdaftar
  • Rm80 akan dikreditkan setiap bulan secara automatic
  • Akan diberikan kepada keluarga yang layak
  • Had bulanan Rm80 untuk pembelian barangan asas

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttp://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati