Seperti yang diumumkan dalam perbentangan belanjawan 2021, BPR atau Bantuan Prihatin Rakyat akan diberikan kepada Isi Rumah mengikut beberapa kategori dan syarat yang ditetapkan. Bagi anda yang layak menerima BPR, boleh membuat permohonan secara atas talian sebaik sahaja link talian diwar-warkan oleh pihak berwajib.
BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BELANJAWAN 2021) | CARA MOHON BPR
Setiap pemohon mestilah memahami syarat dan kelayakan yang ditetapkan sebelum membuat permohonan. BPR dikategorikan kepada 4 bahagian iaitu :
a)RM2500 KE BAWAH = RM1200 DAN RM1800 (LEBIH 2 ORANG ANAK)
b)RM2501-RM4000 = RM800 DAN RM1200 (LEBIH 2 ORANG ANAK)
c)RM4001-RM5000 = RM500 DAN RM750 (LEBIH 2 ORANG ANAK)
d)RM2500 (BUJANG 21 TAHUN KE ATAS) = RM350
Tarikh permohonan BPR dibuka adalah dijangka pada Januari 2021.