Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

9 Tips Memohon Guru Cemerlang

9 Tips Memohon Guru Cemerlang
9 Tips Memohon Guru Cemerlang

9 Tips Memohon Guru Cemerlang ini dikongsikan oleh Cikgu Sharifah Aziah, Guru Cemerlang Sains Sekolah Rendah.

Berikut dikongsikan tips beliau.

Cerita lama untuk dikongsi. Lantikan GC saya berkuatkuasa 2019, tahun lepas punya cerita, bukan tahun ini. Pemantauan verifikasi pada tahun 2018, bukan 2019.
Patut saya hairan pakat ucap tahniah. Apapun, terima kasih.

Sebenarnya dah lama nak share tips, tapi masa mencemburui.  Boleh share untuk panduan mereka yang berminat ya. Baru-baru ini terima perkhabaran ramai rakan guru telah berjaya dan menerima pelantikan sebagai Guru Cemerlang gred 44/48/52/54. Tahniah diucapkan. Sesungguhnya percapaian itu adalah antara yang terbaik dan termanis hasil daripada usaha cikgu2 selama ini.

Ramai guru yang layak menjadi Guru Cemerlang, tetapi tidak memohon

Sebenarnya, ramai lg yang sememangnya layak menjadi Guru Cemerlang (GC), tetapi tidak memohon. Ya, utk pangkat GC ni mestilah memohon terlebih dahulu untuk melalui peringkat2 tapisan sebelum dilantik.

Ada yang 3-4 tahun berturut-turut memohon, sehingga ke peringkat pemantauan di sekolah, tapi tiada rezeki, tetapi alhamdulillah telah berjaya dalam lantikan GC pada tahun ini. Tahniah atas usaha dan semangat yg tidak pernah luntur.

Saya kongsi sedikit tips untuk rakan-rakan yang ingin mencuba memohon jawatan GC ini ya. Semoga boleh dijadikan panduan.

9 Tips Memohon Guru Cemerlang

Peringkat-peringkat yang perlu dilalui

Permohonan -> Saringan & Tapisan (Putrajaya) -> Pemantauan di sekolah untuk verifikasi (jika melepasi tapisan kelayakan) -> Keputusan & Pelantikan
Persediaan untuk memohon dan pemantauan:

1. Menepati syarat kelayakan (cukup tempoh untuk memohon) dan syarat-syarat umum lain

– Sah jawatan
– Telah dinaikkan pangkat ke gred semasa, tidak layak memohon jika sedang memangku
– Bebas tindakan tata tertib
– Lulus tapisan keutuhan SPRM
– Telah isytihar harta
– Markah prestasi sekurang-kurangnya 80% untuk 3 tahun kebelakangan
– Mendapat sokongan Ketua Jabatan

2. Sumbangan di peringkat sekolah, negeri, kebangsaan, antarabangsa.

Jangan lupa simpan semua sijil-sijil sumbangan, penyertaan di pelbagai peringkat untuk dokumentasi. Sebagai bukti sumbangan cikgu.
Paling penting: Kemenjadian murid-murid cikgu sendiri dari aspek peningkatan dalam peperiksaan, pencapaian murid dalam pertandingan dan sebagainya.
Walaupun kita terlibat dengan pelbagai aktiviti, tetapi kebajikan murid kita sendiri jangan diabai.
Sumbangan sebagai Ketua Panitia, JU Daerah, JU Kebangsaan, panel-panel KPM, semua itu ada kreditnya.

3. Anugerah / Pencapaian dalam Profession Perguruan

Sekiranya cikgu-cikgu pernah mendapat apa-apa anugerah, contohnya Guru Inovatif, Ikon, dan sebagainya, mohonlah cikgu. Ini antara kredit terbesar untuk berjaya. (Pendapat peribadi saya berdasarkan pemerhatian dan pengalaman)

4. Hasil Penulisan

Sekiranya cikgu-cikgu ada menghasilkan apa-apa bahan penulisan ilmiah, simpan cikgu, sebagai evidens.
Modul, buku kerja, laman blog, youtube channel,
bahan-bahan ceramah yang cikgu hasilkan sendiri.

5. Inovasi dalam Pdpc & Kajian Tindakan

Sebagai guru, kita memahami murid-murid kita sendiri. Kenalpasti kelemahan murid dan buatlah inovasi untuk membantu murid.
Bahan inovasi boleh dijadikan Kajian Tindakan. Dokumentasikan semuanya. Bahan inovasi ini juga boleh digunakan dalam pertandingan Anugerah Guru Inovatif Daerah/Negeri yang diadakan saban tahun, sebelum dipilih untuk ke peringkat kebangsaan.

6. Dokumentasi

Ini evidens paling penting untuk verifikasi semasa pemantauan. Saya pasti ramai antara kita yang kerjanya sangat cemerlang, tapi lemah dalam bahagian dokumentasi. Jujurnya, saya sendiri pernah terdetik rasa menyesal memohon, kerana perlu menyediakan dokumentasi yang lengkap dan tersusun. Tapi, alang-alang menyeluk pekasam kan.
Apa yang perlu ada semasa pemantauan?
Sediakan fail-fail berasingan untuk pemantauan:
1. Sumbangan peringkat sekolah (kurikulum, HEM & kokurikulum)
2. Sumbangan peringkat negeri
3. Sumbangan peringkat kebangsaan / antarabangsa
4. Sumbangan luar yang melibatkan komuniti
5. Sijil kursus-kursus peningkatan profesion yang pernah dihadiri
6. Hasil-hasil penulisan
7. Inovasi dan Kajian Tindakan
8. Rekod pencapaian murid (semua kelas yang cikgu ajar, terutamanya kelas peperiksaan)
9. Slide powerpoint (berdasarkan kehendak / syarat yang dikemukakan dalam surat makluman pemantauan)

7. PdPc – Pemantauan PdPc cikgu pun antara yang sangat penting dan perlu dititikberatkan.

Pastikan rph dan bbm cikgu lengkap. PAK21 dan teknologi dalam Pdpc sangat digalakkan.

8. Hubungan dengan rakan sekerja.

Pemantau akan turut bertemu dengan rakan-rakan sejawat kita untuk temuduga. Hubungan yang positif, ikhlas, inshaAllah akan membantu kita nanti.

9. Teruskan berdoa dan jangan berputus asa

Akhir sekali, teruskan berdoa, dan jangan putus asa. Allah SWT dah tetapkan rezeki masing-masing, dari pelbagai sudut, cuma cepat, atau lambat, bergantung kepada usaha dan semangat kita. InshaAllah.

Semoga tips2 ini sedikit sebanyak dapat dijadikan panduan dan membantu rakan-rakan yang ingin mencuba untuk permohonan. InshaAllah.  Usaha, doa, tawakal. Jaga niat, Allah pelihara.

Ikhlas,
Cikgu Sharifah Aziah
Guru Cemerlang Sains Sekolah Rendah

7 Kelebihan menjadi Guru Cemerlang

ec51166e 724e 46fc a8c0 b20773eba895
9 Tips Memohon Guru Cemerlang

Boleh rujuk perkongsian Cikgu Hailmi di SINI.

Penutup

Sekian. Semoga perkongsian pada kali ini iaitu 9 Tips Memohon Guru Cemerlang memberikan informasi terkini kepada anda semua. Admin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cikgu Sharifah Aziah kerana sudi berkongsi tips ini. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati