Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Ulangan Tahun 2018

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Ulangan Tahun 2018. Terkini daripada Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia memaklumkan berkaitan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Ulangan bagi tahun ini.

Peperiksaan bertulis SPM Ulangan 2018 akan bermula pada 25 hingga 27 Jun 2018. Seramai 11,057 orang calon telah mendaftar untuk menduduki SPM Ulangan pada tahun ini di 213 pusat peperiksaan yang akan dibuka di seluruh negara. Seramai 1,649 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan dengan lancar. Tiga mata pelajaran dalam peperiksaan SPM Ulangan yang ditawarkan iaitu Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah.

Lembaga Peperiksaan ingin mengingatkan semua calon agar merujuk kepada jadual waktu peperiksaan untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan tersebut  berlangsung. Jadual waktu peperiksaan  boleh  dimuat  turun  daripada  laman  web  Lembaga  Peperiksaan  di alamat lp.moe.gov.my. Calon diingatkan supaya membawa kad pengenalan masing­ masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan dengan lancar.

Kenyataan Media

Sekian, semoga perkongsian ini iaitu Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Ulangan Tahun 2018 memberikan informasi terkini kepada anda khususnya kepada calon SPMU yang berkenaan. Semoga berjaya daripada kami dan kepada warga pendidik, semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahkan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.

 

telegram sistem guru online