Semakan Tawaran Calon Berjaya PISMP Ambilan Jun 2018 Mulai 13 Jun

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

 

Semakan Tawaran Calon Berjaya PISMP Ambilan Jun 2018 Mulai 13 Jun.Terkini daripada Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2018.

Sukacita dimaklumkan bahawa semakan boleh dilakukan bermula 13 Jun 2018 mulai jam 10 pagi sehingga 24 Jun di URL PISMP.

Calon akan mendaftar pada 26 Jun 2018 di kampus Institut Pendidikan Guru (IPG) yang telah ditetapkan oleh pihak IPGM, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Seterusnya, calon akan mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) Ambilan Jun 2018 selama 1 tahun (2 semester) dan akan menyambung pengajian ke peringkat Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2019 (selama 4 tahun iaitu 8 semester) sekiranya lulus pada peringkat PPISMP.

Tempoh pengajian keseluruhan adalah 5 tahun (10 semester).

Sekian, semoga perkongsian ini iaitu Semakan Tawaran Calon Berjaya PISMP Ambilan Jun 2018 Mulai 13 Jun dapat memberikan informasi terkini buat semua. Tahniah kepada calon yang berjaya. Semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahkan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.

 

telegram sistem guru online