Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Panduan dan Tips Melancong Ke Ho Chi Minh yang Terbaik Untuk Rakyat Malaysia

Panduan dan Tips Melancong Ke Ho Chi Minh yang Terbaik Untuk Rakyat Malaysia
Panduan dan Tips Melancong Ke Ho Chi Minh yang Terbaik Untuk Rakyat Malaysia

Panduan dan Tips Melancong Ke Ho Chi Minh yang Terbaik Untuk Rakyat Malaysia! Ho Chi Minh, sebuah bandar yang kaya dengan sejarah dan budaya, semakin menjadi destinasi popular bagi pelancong Malaysia. Dengan penerbangan yang agak murah dan pilihan makanan halal yang meluas, Ho Chi Minh menawarkan pengalaman percutian yang menyeronokkan dan bermakna.

Artikel ini menyediakan panduan dan tips terbaik untuk melancong ke Ho Chi Minh, termasuk senarai itinerari yang boleh dijadikan rujukan.

Tips Melancong Ke Ho Chi Minh

Panduan dan Tips Melancong Ke Ho Chi Minh yang Terbaik Untuk Rakyat Malaysia
Bersepah kedai halal di Malaysia Street berhampiran Ben Thanh – Syed Amirul, facebook, Panduan dan Tips Melancong Ke Ho Chi Minh yang Terbaik Untuk Rakyat Malaysia

Berikut adalah perkongsian menarik daripada Saudara Syed Amirul berkenaan tips melancong ke Ho Chi Minh yang sangat menarik:

1. Penerbangan

Untuk penerbangan pergi balik ke Ho Chi Minh, anda boleh membudget sekitar RM500 termasuk bagasi. Adalah penting untuk merancang berat bagasi dengan bijak, terutama jika melancong secara berkumpulan. Sebagai contoh, untuk trip kami, kami membudget 12kg setiap orang semasa pergi dan menambah sedikit semasa balik.

2. Makanan

Panduan dan Tips Melancong Ke Ho Chi Minh yang Terbaik Untuk Rakyat Malaysia
Panduan dan Tips Melancong Ke Ho Chi Minh yang Terbaik Untuk Rakyat Malaysia

Tidak perlu risau tentang makanan halal di Ho Chi Minh. Di kawasan sekitar hotel, terdapat hampir 10 restoran halal yang boleh anda cuba setiap hari.

3. Membeli-belah

Hari pertama adalah masa terbaik untuk membeli-belah di Ben Thanh Market. Waktu operasi adalah dari 9 pagi hingga 9 malam, namun banyak kedai mula tutup sekitar jam 7 malam. Anda perlu tawar-menawar sekurang-kurangnya 60%. Pada waktu malam, anda boleh meneruskan membeli-belah di Malaysia Street yang buka sehingga 12 tengah malam. Kebanyakan kedai di sini menerima Ringgit Malaysia, jadi tidak perlu menukar banyak duit ke VND.

4. Barang Wajib Beli

Panduan dan Tips Melancong Ke Ho Chi Minh yang Terbaik Untuk Rakyat Malaysia
Panduan dan Tips Melancong Ke Ho Chi Minh yang Terbaik Untuk Rakyat Malaysia
  • Tempahan suit di sini sangat berbaloi, sekitar RM330 untuk satu suit dengan kualiti yang baik.
  • Kain cotton, linen, telekung, tudung Neelofa dan pelbagai barang lain yang murah.
  • Barang-barang berjenama tiruan juga banyak, sesuai untuk yang suka membeli-belah.

5. Hotel

Pilih hotel berdekatan dengan Ben Thanh Market kerana mudah untuk mencari makanan halal dan lokasi yang strategik untuk melawat tempat menarik. Kami menginap di dua hotel berbeza, Aluna dan Silverland, untuk merasai suasana yang berbeza.

6. Agensi Pelancongan

Kami menggunakan khidmat Helen Hang & Saigonese Tourist untuk transport, makan tengah hari, dan pemandu pelancong. Mereka menyediakan perkhidmatan yang memuaskan dengan pemandu pelancong yang fasih berbahasa Melayu.

7. Tempat Wajib Pergi

  • Mekong Delta Tour: Seharian trip termasuk naik bas, ladang lebah, naik bot, sampan, buggy, makan buah-buahan, dan singgah di Masjid Sungai Mekong.
  • City Tour: Melawat pejabat pos besar, Notre Dame, muzium perang, café apartment dan lain-lain.
  • Landmark 81: Menara tertinggi di Vietnam, nikmati panoramic view dari tingkat 76.
  • Chu Chi Tunnel: Lokasi sejarah perang Vietnam (kami tidak pergi kerana jarak yang jauh).
  • Night Life: Untuk yang berumur 18 tahun ke atas, kunjungi Bui Vien Walking Street.

Contoh Senarai Itinerari Ho Chi Minh

Berikut dibawah adalah merupakan senarai itinerari bagi Ho Chi Minh menurut perkongsian Syed Amirul:

Day 01:

  • 8.30am: Check in luggage di KLIA T2
  • 11.50am: Berlepas ke Ho Chi Minh
  • 12.55pm: Tiba di lapangan terbang
  • 1.45pm: Bertemu pemandu dan ke Ben Thanh
  • 2.30pm: Drop luggage di hotel dan makan tengah hari
  • 3.30pm: Ben Thanh Market
  • 5.30pm: Check in & berehat
  • 6.45pm: Makan malam
  • 8.00pm: Ben Thanh Night Market & Malaysia Street
  • 10.00pm: Balik hotel, tamat hari pertama

Day 02:

  • 8.00am: Sarapan di hotel
  • 9.00am: Berlepas ke Mekong Delta Trip
  • 5.00pm: Balik hotel
  • 6.45pm: Makan malam
  • 8.00pm: Sesi urut
  • 10.00pm: Balik hotel, tamat hari kedua

Day 03:

  • 8.00am: Sarapan di hotel
  • 9.00am: Check out hotel
  • 9.30am: City Tour termasuk Landmark 81
  • 5.30pm: Check in hotel, Silverland Hotel
  • 6.45pm: Makan malam
  • 8.00pm: Berjalan-jalan di Bui Vien Walking Street
  • 10.00pm: Balik hotel, tamat hari ketiga

Day 04:

  • 8.00am: Sarapan di hotel
  • 10.00am: Check out hotel dan berlepas ke lapangan terbang
  • 11.00am: Check in luggage
  • 1.25pm: Pulang ke Malaysia
  • 4.25pm: Tiba di KLIA T2
  • 5.00pm: Tamat perjalanan Ho Chi Minh

Sejujurnya, Ho Chi Minh menawarkan pengalaman yang lebih menarik daripada Bangkok. Dari segi makanan, membeli-belah, dan pengalaman keseluruhan, semuanya lebih menyeronokkan.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati