Apa itu air mineral?
Isi Kandungan
- 1 Apa itu air mineral?
- 1.1 Air mineral ialah air yang dipam naik daripada sumber bawah tanah yang kemudiannya akan diproses untuk membuang bakteria dan kuman. Air mineral ini sangat diperlukan dalam kehidupan seharian manusia untuk kesihatan tubuh badan kita, kerana ianya mengandungi mineral semula jadi.
- 1.2 Air mineral mengandungi kandungan mineral yang baik untuk tubuh badan kita seperti Kalsium, Sodium, Magnesium, dan Potassium.
- 2 Manfaat air mineral untuk kesihatan anda!
- 3 1. Melancarkan Peredaran Darah
- 4 2. Melancarkan Sistem Pencernaan Yang lebih Baik dan Sihat
- 5 3. Mengurangkan risiko Sakit Jantung
- 6 4. Mengurangkan Lemak Badan
- 7 5. Menguatkan Tulang
- 8 6. Menghasilkan Tubuh Badan yang Lebih Cergas
- 9 7. Kulit Lebih Sihat
- 9.1 Waktu Minum Air Yang Betul
- 9.2
- 9.3 SOALAN FAQ MENGENAI AIR MINERAL
- 9.4 Apakah itu air mineral?
- 9.5 Adakah air mineral boleh memberikan kesihatan kepada tubuh badan kita?
- 9.6 Berikan 7 manfaat air mineral kepada kesihatan kita?
- 9.7 Bilakah waktu minum yang betul?
- 9.8 Adakah air mineral dapat membantu menurunkan berat badan anda?
Air mineral ialah air yang dipam naik daripada sumber bawah tanah yang kemudiannya akan diproses untuk membuang bakteria dan kuman. Air mineral ini sangat diperlukan dalam kehidupan seharian manusia untuk kesihatan tubuh badan kita, kerana ianya mengandungi mineral semula jadi.
Air mineral mengandungi kandungan mineral yang baik untuk tubuh badan kita seperti Kalsium, Sodium, Magnesium, dan Potassium.
Manfaat air mineral untuk kesihatan anda!
1. Melancarkan Peredaran Darah
Air mineral sangat baik untuk peredaran darah kita kerana ia mengandungi kalsium, sodium, magnesium dan potassium yang berfungsi untuk melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan manusia. Kalsium sangat penting dalam proses pembinaan dan pengekalan ketahanan tulang. Kalsium juga dapat membantu mengatur kadar degupan jantung manusia.
2. Melancarkan Sistem Pencernaan Yang lebih Baik dan Sihat
Air mineral, sememangnya mengandungi magnesium yang tinggi. Oleh itu, kandungan magnesium yang mencukupi hasil daripada minum air mineral yang agak banyak ini akan dapat mengurangkan risiko sembelit dan dapat membaik pulih tahap kesihatan sistem pencernaan kita.
Hal ini kerana, magnesium berfungsi untuk membekalkan air kepada usus, sekaligus membantu proses buang air besar yang konsisten. Magnesium juga dapat mengerakan usus dengan lebih sekata dan dapat melegakan otot usus kita.
Selain itu, apabila anda kerap minum air mineral dalam kuantiti yang banyak ianya akan membantu pergerakan usus yang lebih kerap dan membantu mereka yang mempunyai sembelit membuang air besar dengan lebih mudah dan selesa, hal ini kerana, ia ini mengandungi magnesium sulfat dan sodium sulfat.
Disamping itu, bagi sesiapa yang mempunyai masalah air kencing pekat, hendaklah minum air mineral yang banyak untuk menghasilkan air kencing yang lebih jernih dan sihat. Hal ini kerana, masalah air kencing pekat ini merupakan petanda bahawa anda kekurangan air dalam tubuh badan dan solusi perkara ini ialah dengan sering minum air dengan kuantiti yang lebih banyak.
3. Mengurangkan risiko Sakit Jantung
Air mineral sememangnya dapat menghasilkan tindakbalas metabolisme lalu hal ini dapat mengurangkan lemak badan (body fat). Hal ini adalah untuk menghalang kolestrol yang tidak baik daripada tubuh badan kita. Hal ini kerana, kolestrol yang tidak baik atau LDL akan menyebabkan saluran darah dalam tubuh badan kita mengecil.
Oleh itu, kolestrol yang tidak baik ini adalah faktor tekanan darah meningkat dan meningkatkan risiko sakit jantung kepada manusia. Justeru itu, dengan kerap minum air mineral dalam kehidupan seharian kita ini akan dapat menghalang dan mengurangkan lemak LDL daripada kapilari darah manusia. Hal ini dapat membesarkan semula saluran darah yang mana dapat mengurangkan risiko sakit jantung.
4. Mengurangkan Lemak Badan
Air mineral merupakan air yang mempunyai 0 kalori dan air yang bebas lemak. Ia juga mempunyai kandungan mineral yang membantu proses metabolisme untuk memecahkan lemak dalam tubuh badan anda. Ia juga dapat meleraikan lemak yang membantu untuk membakar lapisan lemak pada tubuh badan.
Oleh itu, dengan kerap dan konsisten minum air mineral akan dapat mengurangkan berat badan anda kerana ia telah membakar lemak badan dalam tubuh kita. Justeru itu, jika anda hendak menurunkan dan mengawal berat badan maka anda perlulah minum air mineral dengan lebih kerap dalam kehidupan seharian anda.
5. Menguatkan Tulang
Air mineral yang sememangnya mengandungi kalsium dapat menguatkan tulang kita. Apabila tisu tulang rosak, maka tubuh kita akan membina tisu tulang yang baru. Selain itu, kandungan magnesium juga dapat membantu menguatkan tulang anda.
Semasa kita kecil, tulang baru dapat dihasilkan dengan lebih cepat. Namun pada usia 20an ke atas , kadar kerosakan tulang adalah lebih cepat berbanding pembinaan tulang baru yang mana ini menyebabkan tulang orang dewasa lebih rapuh dan lemah. Oleh itu, anda hendaklah minum air mineral dengan banyak untuk menguatkan tulang dan membantu proses pembinaan tulang.
6. Menghasilkan Tubuh Badan yang Lebih Cergas
Air mineral mempunyai pelbagai kandungan mineral termasuklah magnesium dan potassium. Mineral diperlukan untuk pertumbuhan dan bantu otot berfungsi dengan baik. Ia dapat membantu kadar maklum balas otot yang lebih baik kerana otot sentiasa akan mengecut dan mengembang.
Justeru itu, dengan minum air mineral ini akan dapat meningkatkan kecerdasan fizikal dan keseimbangan kesihatan. Apabila anda melakukan senaman atau melakukan sesuatu kerja yang meletihkan pastinya akan cepat dehidrasi kerana banyak melakukan aktiviti fizikal.
Oleh itu, jika minum air RO ketika letih ianya kurang membantu anda untuk mengurangkan keletihan. Namun, ia sangat berbeza dengan air mineral yang mana ia dapat mengembalikan tenaga pada tubuh badan anda dengan lebih efektif dan cepat. Hal ini kerana, ianya mengandungi kandungan mineral yang tinggi.
7. Kulit Lebih Sihat
Air Mineral mengandungi kandungan silika yang tinggi. Partikel Silika merupakan ‘rahsia’ bagi kecantikan kulit kita. Silika dapat membekalkan kolagen pada kulit manusia.
Kolagen yang diperolehi ini akan dapat mengurangkan kulit kusam, kedutan dan tomboh hitam pada kulit wajah anda. Selain itu, kulit anda juga akan lebih berseri dan lembap.
Waktu Minum Air Yang Betul
- Minum 2 Gelas air setelah bangun daripada tidur membantu menggiatkan organ dalaman.
- Minum 1 gelas air 30 minit sebelum makan membantu penghadaman.
- Minum 1 Gelas air sebelum mandi membantu menurunkan tekanan darah.
- Minum 1 Gelas air sebelum tidur mengelakan serangan angin ahmar dan serangan jantung.
SOALAN FAQ MENGENAI AIR MINERAL
Apakah itu air mineral?
Air mineral ialah air yang dipam naik daripada sumber bawah tanah yang kemudiannya akan diproses untuk membuang bakteria dan kuman.
Adakah air mineral boleh memberikan kesihatan kepada tubuh badan kita?
Ya, kerana air mineral mengandungi sumber mineral yang baik kepada tubuh badan kita seperti Kalsium, Sodium, Magnesium, dan Potassium.
Berikan 7 manfaat air mineral kepada kesihatan kita?
1. Melancarkan peredaran darah
2. Melancarkan sistem pencernaan yang baik dan sihat
3. Mengurang risiko sakit jantung
4. Mengurangkan lemak badan
5. Menguatkan tulang
6. Menghasilkan tubuh badan yang lebih cergas
7. Kulit lebih sihat
Bilakah waktu minum yang betul?
1. Minum 2 Gelas air setelah bangun daripada tidur membantu menggiatkan organ dalaman.
2. Minum 1 gelas air 30 minit sebelum makan membantu penghadaman.
3. Minum 1 Gelas air sebelum mandi membantu menurunkan tekanan darah.
4. Minum 1 Gelas air sebelum tidur mengelakan serangan angin ahmar dan serangan jantung.
Ya, kerana air mineral yang banyak dalam tubuh badan kita akan dapat membakar lemak badan dalam tubuh badan kita. Oleh itu, jika lemak badan banyak terbakar hasil daripada kerap minum air mineral ianya akan dapat mengurangkan berat badan kita.