Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

15 Perkara Penting yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Kemasukan ke Tingkatan Enam

SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN DALAM TALIAN KE TINGKATAN ENAM 1
15 Perkara Penting yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Kemasukan ke Tingkatan Enam

15 Perkara Penting yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Kemasukan ke Tingkatan Enam ini disediakan khususnya untuk pengetahuan bersama bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ingin memasuki Tingkatan Enam.

15 Perkara Penting yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Kemasukan ke Tingkatan Enam
15 Perkara Penting yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Kemasukan ke Tingkatan Enam

Pengenalan

Umum sedia maklum,15 Perkara Penting yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Kemasukan ke Tingkatan Enam dan ia telah mula beroperasi di sekolah-sekolah menengah harian bantuan penuh kerajaan lebih daripada 50 tahun dahulu. Murid-murid yang telah menamatkan pengajian menengah atas dan telah menduduki peperiksaan Siji Pelajaran Malaysia (SPM), layak ditawarkan untuk meneruskan pendidikan pasca menengah iaitu Tingkatan Enam, jika menepati syarat-syarat umum dan khusus bagi jurusan, selama 3 penggal. Terdapat dua aliran yang ditawarkan untuk Tingkatan Enam di sekolah menengah harian iaitu aliran Sains Sosial (Kemanusiaan dan Agama) dan aliran Sains.

Perkongsian 15 Perkara Penting yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Kemasukan ke Tingkatan Enam ini adalah berdasarkan soalan-soalan yang sering dikemukakan berkaitan kemasukan ke Tingkatan Enam oleh pemohon kepada pihak Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH).

image 69
15 Perkara Penting yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Kemasukan ke Tingkatan Enam

Sehubungan dengan itu, berikut merupakan 15 Perkara Penting yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Kemasukan ke Tingkatan Enam:

15 Perkara Penting yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Kemasukan ke Tingkatan Enam

  1. Adakah perlu memohon untuk masuk ke Tingkatan Enam Semester 1 selepas keputusan SPM diumumkan?

Tidak perlu. Lepasan SPM yang layak dan mencukupi syarat ke Tingkatan Enam akan ditawarkan secara automatik. Semakan boleh dibuat dalam laman web KPM selepas 30 hari keputusan SPM diumumkan.

image 70
15 Perkara Penting yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Kemasukan ke Tingkatan Enam
  1. Bagaimana untuk mendapatkan Surat Tawaran Kemasukan ke Tingkatan Enam bagi tujuan pendaftaran masuk?

Surat tawaran boleh dimuat turun dan dicetak dari laman web KPM selepas 30 hari keputusan SPM diumumkan. Maklumat tawaran termasuk lain-lain maklumat yang berkaitan akan dinyatakan dalam surat tawaran yang dimuat turun.

  1. Apakah syarat-syarat kelayakan masuk ke Tingkatan Enam?
    • Syarat am (kecuali Murid Berkeperluan Khas) adalah Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
    • Berumur di antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari pada tahun permohonan.
    • Syarat khas mengikut jurusan boleh dirujuk di laman web KPM. 
  2. Bagaimana mengira nilai wajaran unit mata kognat untuk kiraan bagi kemasukan ke Tingkatan Enam?

Wajaran Mata Gred Sijil Pelajaran Malaysia

Gred Nilai Gred Purata Keseluruhan (GPK) Tahap
A+ 1 Cemerlang Tertinggi
A 1 Cermelang Tinggi
A- 2 Cemerlang
B+ 3 Kepujian Tertinggi
B 4 Kepujian Tinggi
C+ 5 Kepujian Atas
C 6 Kepujian
D 7 Lulus Atas
E 8 Lulus
G 9 Gagal
15 Perkara Penting yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Kemasukan ke Tingkatan Enam
image 71
15 Perkara Penting yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Kemasukan ke Tingkatan Enam
  1. Sekiranya ingin menukar jurusan yang ditawarkan. Bagaimanakah caranya?

Calon yang layak dikehendaki mendaftar di sekolah yang ditawarkan terlebih dahulu. Kemudian, lengkapkan Borang Permohonan  Rayuan Tukar Jurusan Tingkatan Enam (T6BRTJ) yang boleh dimuat turun dari laman sesawang moe.gov.my. Selepas lengkap diisi semua borang mesti mendapat pengesahan Pengetua sekolah asal. Alasan yang diberikan untuk bertukar jurusan perlu kukuh dan boleh diterima oleh Panel Jawatankuasa Rayuan. Alasan ‘Tidak Berminat’ dan seumpamanya tidak diterima. Hantar borang T6BRTJ yang telah lengkap ke Jabatan Pendidikan Negeri melalui sekolah masing-masing. Patuhi tarikh tutup yang ditetapkan bagi penghantaran dokumen. Permohonan yang layak dipertimbangkan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat di Sekolah Pusat Tingkatan Enam.

  1. Sekiranya jumlah mata kognat melebihi sepatutnya (tidak layak), bolehkah merayu untuk masuk ke Tingkatan Enam?

Anda boleh membuat permohonan rayuan dengan menggunakan Borang Rayuan Kemasukan  Ke Tingkatan Enam Tahun 2018 Bagi Calon Sekolah Kerajaan Berdasarkan Pencapaian Kokurikulum (T6BKK) yang diisi dalam laman sesawang moe.gov.my. Patuhi syarat-syarat yang ditetapkan pada borang tersebut. Patuhi tarikh tutup yang ditetapkan bagi penghantaran dokumen Permohonan yang layak dipertimbangkan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat di Sekolah Pusat Tingkatan Enam. Hantar borang yang lengkap melalui sekolah kepada:

  • Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk rayuan kemasukan ke Sekolah Menengah Harian dan Program Pendidikan Khas

Integrasi

  • Bahagian Pendidikan Islam untuk rayuan kemasukan ke SMKA, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.
  • Bahagian Pendidikan Khas untuk rayuan kemasukan ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas.
image 72
15 Perkara Penting yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Kemasukan ke Tingkatan Enam
  1. Bolehkah lepasan SPM dari calon persendirian/ sekolah swasta/ Sekolah Menengah Agama Negeri memohon untuk masuk ke Tingkatan Enam di sekolah kerajaan?

Lepasan SPM dari calon persendirian/  sekolah swasta/ Sekolah Menengah Agama Negeri boleh membuat permohonan dengan menggunakan Borang Permohonan

Kemasukan Tingkatan Enam Tahun 2018 Bagi Calon  Persendirian, Sekolah Swasta & Sekolah Menengah Agama Negeri (T6BCP). Patuhi syarat-syarat yang ditetapkan pada borang tersebut. Permohonan yang layak dipertimbangkan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat di Sekolah Pusat Tingkatan Enam. Borang yang lengkap disi hendaklah dikembalikan kepada:

  • Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk rayuan kemasukan ke Sekolah Menengah Harian dan Program Pendidikan Khas

Integrasi

  • Bahagian Pendidikan Islam untuk rayuan kemasukan ke SMKA, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.
  • Bahagian Pendidikan Khas untuk rayuan kemasukan ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas.
  1. Seseorang yang telah ditawarkan ke Tingkatan Enam tetapi berhasrat untuk bertukar sekolah pusat atas sebab-sebab tertentu, seperti mata pelajaran yang ingin diambil tidak ditawarkan di sekolah tersebut dan sebagainya. Bagaimanakah caranya?

Sila buat permohonan pertukaran murid secara biasa iaitu mengisi Borang PU(A) 275 Jadual Ketiga [Permohonan Untuk Bertukar Sekolah Oleh Murid Warganegara].

Serahkan borang tersebut kepada Bahagian (kecuali Sekolah Menengah Harian dan Sekolah Menengah Teknik)/ Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/ Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing untuk pertimbangan. Sekiranya pertukaran melibatkan pertukaran daerah/ negeri, serahkan borang kepada JPN/ PPD di daerah sekolah yang ingin dimohon itu berada.

  • Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk rayuan kemasukan ke Sekolah Menengah Harian dan Program Pendidikan Khas
image 73
15 Perkara Penting yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Kemasukan ke Tingkatan Enam

Integrasi

  • Bahagian Pendidikan Islam untuk rayuan kemasukan ke SMKA, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.
  • Bahagian Pendidikan Khas untuk rayuan kemasukan ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas.
  1. Saya bukan warganegara Malaysia. Apakah prosedur permohonan untuk ke Tingkatan Enam?

Bagi murid bukan warganegara ke Tingkatan Enam adalah merujuk kepada seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 Peraturan-peraturan Pendidikan (Penerimaan Masuk Murid ke Sekolah, Penyimpanan Daftar dan Syarat Bagi Pengekalan Murid Belajar Di Sekolah) 1998 serta tertakluk kepada syarat am yang telah ditetapkan. Anda boleh membuat permohonan dengan mengisi borang P.U(A)275-Jadual Pertama yang boleh diperoleh di Unit Perhubungan dan Pendaftaran, Sektor Pengurusan Sekolah, JPN. Pastikan segala butiran diisi dengan lengkap. Dokumen-dokumen yang diperlukan perlu disahkan seperti Surat Beranak murid, kad pengenalan murid, ibu dan bapa serta pasport murid, ibu dan bapa. Jika ibu bapa murid bekerja di negara ini, sila kemukakan bersama salinan pas pengajian, salinan pas tanggungan dan surat majikan yang telah disahkan. Sekiranya permohonan bukan dari ibu bapa murid, sila kemukakan dokumen-dokumen sendiri yang telah disahkan (surat beranak murid, kad pengenalan murid, ibu dan bapa, serta paspot murid, ibu dan bapa) dan salinan surat keterangan hubungan dengan murid tersebut yang telah ditentusahkan.

image 74
15 Perkara Penting yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Kemasukan ke Tingkatan Enam
  1. Saya terima tawaran ke Tingkatan Enam tetapi tiada penempatan. Apa yang harus saya lakukan?

Anda perlu segera ke Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) untuk maklumat lanjut.

  1. Apakah pakaian murid Tingkatan Enam?

Boleh dengan berpandukan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2 Tahun 2014 Etika Pakaian Murid Tingkatan Enam. Pakaian murid lelaki ialah baju kemeja berseluar panjang lengkap dengan kasut dan stoking. Pakaian murid perempuan ialah baju kurung, gaun, gaun labuh/ jenis jubah/ maksi, two-piece/ three piece suit pants lengkap dengan kasut atau pakaian tradisional kaum masing-masing yang bersesuaian dan lengkap. Sebarang pakaian yang menggunakan material jenis denim tidak dibenarkan. Jeans, cargo pants, seluar pendek, atau leggings tidak dibenarkan. Apa-apa pakaian yang menutup muka tidak dibenarkan. Murid dilarang memakai kemeja-T semasa menghadiri kelas. Murid hendaklah berpakaian kemas, sopan dan tidak mencolok mata. Pakaian yang jarang dan ketat juga tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, murid juga boleh mengenakan pakaian seragam sekolah sekiranya perlu (hak memilih terletak kepada murid).

  1. Saya telah menolak tawaran Universiti Awam/IPTA/IPTS, bolehkah saya memohon ke Tingkatan Enam?

Calon yang menolak tawaran Universiti Awam /IPTA/IPTS boleh membuat rayuan ke Jabatan Pendidikan Negeri berkenaan menggunakan borang T6BRU. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri sebelum tarikh yang telah ditetapkan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan permohonan anda tidak dipertimbangkan.

  1. Saya tidak menamatkan pengajian di Universiti Awam/IPTA/IPTS, bolehkah saya merayu untuk masuk ke Tingkatan Enam?

Calon tidak menamatkan pengajian di Universiti Awam/IPTA/IPTS boleh membuat rayuan ke Jabatan Pendidikan Negeri berkenaan menggunakan borang T6BRU. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan permohonan anda tidak dipertimbangkan.     15 Perkara Penting yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Kemasukan ke Tingkatan Enam

image 75
15 Perkara Penting yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Kemasukan ke Tingkatan Enam
  1. Saya telah ditawarkan ke Tingkatan Enam, bolehkah saya memohon penangguhan kerana kerjaya/ kursus/ masalah peribadi/ kesihatan?

Tiada penangguhan/ pengulangan untuk masuk ke Tingkatan Enam. Calon hanya boleh masuk ke Tingkatan Enam bermula dengan Semester Satu (1) setiap tahun. Jika anda tidak menerima pada tawaran pada tahun semasa, bermakna anda menolak tawaran tersebut. Bagi calon yang menolak tawaran pada tahun semasa anda boleh membuat permohonan rayuan memasuki Tingkatan Enam pada tahun berikutnya tertakluk kepada syarat am dan syarat khas yang telah ditetapkan serta kekosongan tempat di Sekolah Pusat Tingkatan Enam         

  1. Saya calon Sekolah Integriti bolehkah saya memohon untuk ke Tingkatan Enam?

Permohonan ke Tingkatan Enam boleh dimohon menerusi Sekolah Integriti masing-masing dan tertakluk di bawah kawalan Kementerian Dalam Negeri

Penutup

Sekian, semoga perkongsian ini iaitu 15 Perkara Penting yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Kemasukan ke Tingkatan Enam dapat memberikan informasi terkini buat semua khususnya kepada pelajar yang ingin memasuki Tingkatan Enam. Semoga berjaya. Semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahkan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati