Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Public Holiday 2024 Selangor

Public Holiday 2024 Selangor
Public Holiday 2024 Selangor 9

Public holiday 2024 Selangor merupakan cuti umum bagi negeri Selangor pada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan oleh Kerajaan negeri Selangor. Terdapat 22 tarikh cuti umum dan 53 minggu pada tahun 2024 di Selangor untuk diambil perhatian. Anda boleh mensetkan tarikh-tarikh ini untuk bercuti atau melakukan urusan tertentu.

Selangor Darul Ehsan merupakan sebuah negeri yang terletak di tengah Semenanjung Malaysia dan mengelilingi kota metropolitan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Betapa strategik sekali lokasi negeri ini, menjadikan ia kaya dengan pelbagai pusat pelancongan yang menarik untuk dilawati.

Berkenaan Publich Holiday 2024 Selangor

Senarai Public Holiday 2024 Selangor

Public Holiday 2024 Selangor 1
Public Holiday 2024 Selangor 10

Kerajaan Negeri Selangor telah mengeluarkan tarikh cuti umum 2024 yang berlaku di Selangor Malaysia. Tarikh ini boleh diubah suai jika perubahan rasmi diumumkan. Majikan harus sedar tentang cuti umum Selangor untuk mengurus jangkaan perniagaan dan keperluan kakitangan dengan lebih baik bagi memastikan proses peralihan yang lancar.

Public Holiday 2024 SelangorTarikhHari
New Year’s Day1 JanuariIsnin
Thaipusam25 Januarikhamis
Chinese New Year10 FebruariSabtu
Chinese New Year Holiday11 FebruariAhad
Chinese New Year Holiday12 FebruariIsnin
Nuzul Al-Quran28 MacKhamis
Hari Raya Aidilfitri10 AprilRabu
Hari Raya Aidilfitri Holiday11 AprilKhamis
Labour Day1 MeiRabu
Wesak Day22 MeiRabu
Agong’s Birthday3 JunIsnin
Hari Raya Haji17 JunIsnin
Awal Muharram7 JulyAhad
Awal Muharram Holiday8 JulyIsnin
Merdeka Day31 OgosSabtu
Prophet Muhammad’s Birthday15 SeptemberAhad
Malaysia Day16 SeptemberIsnin
Prophet Muhammad’s Birthday Holiday16 SeptemberIsnin
Deepavali31 OctoberKhamis
Sultan of Selangor’s Birthday11 DecemberRabu
Christmas Day25 DecemberRabu

Senarai Tempat Cuti Menarik di Selangor 2024

Public Holiday 2024 Selangor 2
Public Holiday 2024 Selangor 11

1. Muzium Sultan Alam Shah

Public Holiday 2024 Selangor 4
Public Holiday 2024 Selangor 12

Terletak di tengah-tengah bandaraya Shah Alam, adalah sebuah bangunan dengan reka bentuk unik seperti rumah tradisional Minangkabau, iaitu Muzium Sultan Alam Shah. Muzium ini menjadi simbol kepada budaya dan pembangunan negeri Selangor. Dibina pada tahun 1974, muzium ini diberi nama Muzium Sultan Alam Shah sempena nama Sultan Selangor yang ke-7 iaitu Sultan Hisamuddin Alam shah.

Berkeluasan 135,000 kaki persegi, muzium ini menempatkan 5 dewan pameran dan juga sebuah pameran terbuka. Secara keseluruhannya, muzium ini memiliki 4,000 buah artifak yang terdiri daripada peninggalan pra-sejarah, artifak berkaitan budaya dan seni etnik di Selangor, koleksi berkaitan kedatangan serta perkembangan Islam di Selangor dan banyak lagi.

Selain ruang pameran, muzium ini turut lengkap dengan pelbagai lagi fasiliti lain seperti pusat sumber, auditorium, dewan, bilik mesyuarat dan sebagainya.

  • Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Isnin (9.30 am – 5.30 pm) | Isnin (Tutup)
  • Bayaran: Percuma
  • Alamat: Sultan Alam Shah Museum, Persiaran Bandaraya, 40000 Shah Alam, Selangor

2. Mah Meri Cultural Village (Pulau Carey)

Public Holiday 2024 Selangor 3
Public Holiday 2024 Selangor 13

Mesti ramai yang tidak tahu bahawa di Selangor juga ada pulaunya. Di pulau yang dinamakan Pulau Carey ini terdapat sekumpulan masyarakat asli yang digelar Mah Meri. Nak tahu lebih banyak tentang masyarakat asli ni? Anda boleh meneruskan perjalanan ke Mah Meri Cultural Village.

Tapi untuk pengalaman yang lebih menarik, waktu terbaik untuk ke sini adalah sekitar bulan Mac ke April setiap tahun untuk melihat sambutan Hari Moyang, ketika musim perkahwinan atau Puja Pantai. Di dalam kawasan kampung ini juga terdapat sebuah muzium atau galeri kecil yang mempamerkan pelbagai koleksi seni, agama, budaya dan pelbagai lagi berkaitan dengan masyarakat asli Mah Meri.

  • Waktu Operasi: Sabtu, Ahad, Custi Umum: 10.00 am – 6.00 pm
  • Bayaran Masuk (Perlu Booking Awal Dari Isnin – Jumaat):
    • Masuk: Dewasa RM20 | Kanak-Kanak RM10
    • Mah Meri Traditional Village = RM 65 – RM 280
  • Alamat: Jln Kampong Orang Asli Sungai Bumbun, Kampung Manikavasagam, 42960 Pulau Carey, Selangor

3. Uptown Shah Alam

Public Holiday 2024 Selangor 5
Public Holiday 2024 Selangor 14

Uptown Shah Alam telah menjadi suatu tempat yang sinonim bagi penduduk Shah Alam. Kebiasaannya uptown ini akan dikunjungi oleh anak muda yang juga merupakan pelajar kolej dan universiti yang berada di Shah Alam untuk memberi barang yang murah, menjamu selera dan meluangkan masa bersama rakan.

Jika anda sedang berada di Shah Alam dan mahu mencari lokasi yang menarik pada waktu malam, anda disyorkan untuk cuba singgah di Uptown Shah Alam ini. Uptown ini terletak di Komplex Muhibbah, Persiaran Sultan, Seksyen 24, 40300 Shah Alam, Selangor.

  • Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00 pm – 3.00 am)
  • Alamat: LKSA, Section 24, 40300 Shah Alam, Selangor

4. Kuan Wellness Eco Park

Public Holiday 2024 Selangor 6
Public Holiday 2024 Selangor 15

Terletak di Tanjung Sepat, Kuan Wellness Eco Park merupakan sebuah destinasi pelancongan untuk mendekati alam semulajadi yang sangat menarik untuk dilawati. Dengan keluasan sebesar 5 ekar, taman ekologi ini menempatkan 3 1/2 tingkat rumah burung layang-layang yang dikelilingi oleh ladang buah-buahan tropika dan ladang kelapa sawit.

Di samping itu, anda juga dapat melihat galeri burung layang-layang, mendapat pengetahuan tentang penghasilan sarang burung, melawat zoo mini yang menempatkan pelbagai jenis haiwan dan banyak lagi tarikan menarik yang terdapat di sini.

  • Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Selasa & Rabu (9.00 am – 6.00 pm)
  • Bayaran Masuk: Mini Zoo RM5 | Swiftlet Home RM3
  • Alamat: Lot 408, Jalan Tanjung Layang, Kg Tanjung Layang, Mukim Batu, 42800 Tanjung Sepat, Selangor

5. Pantai Remis

Public Holiday 2024 Selangor 7
Public Holiday 2024 Selangor 16

Pantai Remis merupakan sebuah pantai yang indah dan sering menjadi tarikan ramai penduduk tempatan yang ingin berkelah pada musim cuti sekolah dan hujung minggu. Namun, kalau anda ingin berenang-renang, air di pantai ini agak tidak sesuai kerana ia ditambak oleh batu-batu besar.

Tapi, banyak aktiviti menarik yang lain yang boleh dibuat di sini seperti menikmati makanan laut di gerai-gerai di sekitar pantai, bermain layang-layang, memancing ikan, dan mencari kerang atau ala-ala.

Bukan itu sahaja, kalau anda ingin berseronok di pantai ini dengan lebih lama lagi, anda sekeluarga boleh menginap di penginapan kabin yang terdapat di sini yang lengkap dengan tempat untuk berBBQ dan kolam renang.

  • Alamat: Pantai Remis, 45800, Jeram, Kuala Selangor

Soalan Faqs Public Holiday 2024 Selangor

1. Berapakah hari public holiday 2024 Selangor?

Terdapat 22 hari cuti umum dan 53 minggu pada tahun 2024 di Selangor.

2. Bilakah hari Hari Keputeraan Sultan Selangor?

Jatuh pada hari Rabu 11 Disember 2024.

3. Apakah hari peristiwa penting negeri Selangor?

Hari Keputeraan Sultan Selangor.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati