Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Teguran kepada Pelajar dan Guru Berkaitan Tarian Syantik ketika Hari Guru 2018

Teguran kepada Pelajar dan Guru Berkaitan Tarian "Syantik" ketika Hari Guru
Teguran kepada Pelajar dan Guru Berkaitan Tarian Syantik ketika Hari Guru

Teguran kepada Pelajar dan Guru Berkaitan Tarian “Syantik” ketika Hari Guru. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah, perkongsian ilmu diteruskan lagi. Kali ini, teguran daripada Tarbiah Sentap berkaitan Tarian “Syantik” yang ditarikan sempena sambutan Hari Guru baru-baru ini di beberapa buah sekolah.

Teguran kepada Pelajar dan Guru Berkaitan Tarian Syantik ketika Hari Guru

Teguran kepada Pelajar dan Guru Berkaitan Tarian Syantik ketika Hari Guru
Teguran kepada Pelajar dan Guru Berkaitan Tarian Syantik ketika Hari Guru

Berikut merupakan tarbiah tersebut:

Assalamualaikum. InsyaAllah, teguran ramadhan siri dua ini, kami ingin menegur satu budaya yang makin menular, di kalangan budak sekolah hinggalah yang sedang bekerja. Iaitu budaya MENARI.

Baru-baru ini, sempena hari guru, banyak sekolah meraikan hari guru dengan para pelajar melakukan tarian “Lagi Syantik”, diikuti dengan jeritan-jeritan wanita, dan yang lebih sedih ialah, para guru hanya melihat sahaja budaya itu tanpa melarang, seolah meraikan.

Sebelum ni, viral budaya menari panama dance dari budak sekolah hinggalah penjawat awam. Yang lebih memalukan, tarian itu bercampur laki dan perempuan. Menggelek-gelek, kemudian di upload kat media sosial. Dari wanita tak bertudung, hinggalah wanita yang bertudung. Bercampur lelaki dan wanita, dengan bangga dan tak rasa bersalah mereka melakukan tarian itu.

KINI, satu lagi tarian “Lagi Syantik” pula viral dan menjadi ikutan ramai anak muda. Wallahi, ia satu perkara yang cukup memalukan dan perlu di tinggalkan. Pelakunya perlu berasa malu, dan delete video-video tersebut. Lebih-lebih lagi wanita.

Teguran kepada Pelajar dan Guru Berkaitan Tarian Syantik ketika Hari Guru 2018
Teguran kepada Pelajar dan Guru Berkaitan Tarian Syantik ketika Hari Guru 2018

Benarlah, pesanan dan sabda nabi, MALU ADALAH AKHLAK yang cukup BERHARGA. Apabila hilangnya sifat malu, masyarakat akan rosak dari hari ke hari.

Nabi saw bersabda:

عَنْ أَبِيْ مَسْعُوْدٍٍ اْلأَنْصَاريِ الْبَدْرِيِّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ((إِنَّ مِـمَّـا أَدْرَكَ النَّاسُ مِنْ كَلاَمِِ النُّبُوَّةِ اْلأُوْلَى : إِذَا لَمْ تَسْتَحْيِ ؛ فَاصْنَعْ مَا شِئْتَ)). رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ.

Dari Abu Mas’ud ‘Uqbah bin ‘Amr al-Anshari al-Badri radhiyallahu ‘anhu ia berkata, “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Sesungguhnya salah satu perkara yang telah diketahui oleh manusia dari kalimat kenabian terdahulu adalah, ‘Jika engkau tidak malu, buatlah apa yang kamu suka”.
(Riwayat Bukhari)

BAHKAN, jika kita HILANG SIFAT MALU, iman juga akan mula menghilang dalam diri kita. Kerana iman dan malu adalah dua sahabat yang tak boleh di pisahkan.

Nabi saw bersabda:

اَلْـحَيَاءُ وَ اْلإِيْمَانُ قُرِنَا جَمِـيْعًا ، فَإِذَا رُفِعَ أَحَدُهُمَا رُفِعَ اْلاَ خَرُ.

“Malu dan iman senantiasa bersama. Apabila salah satunya dicabut, maka hilanglah yang lainnya”
(Riwayat Hakim. Sahih)

*****

TEGURAN KEPADA PELAJAR

Teguran kepada Pelajar dan Guru Berkaitan Tarian Syantik ketika Hari Guru 2018 di media sosial, banyak pelajar meraikan hari guru dengan menari tarian “Lagi Syantik” ini, menggelek-gelek badan, menjerit-jerit, bercampur lelaki dan perempuan.

Adakah itu caranya kalian MENGHARGAI JASA GURU KALIAN?

Jika dahulu, para ulama’ menghargai pengorbanan guru mereka dengan penuh cinta dan adab, dengan penuh kasih-sayang dan akhlak, mengapa generasi hari ini menghargai jasa guru dengan menari serta terpekik-terlolong excited dengan tarian tersebut?

Tidak ada cara yang lebih baik lagi kah untuk menghargai guru? Adakah ini budaya yang islam ajarkan? Adakah ini budaya yang membawa manfaat?

Lihatlah bagaimana para ulama menghargai guru mereka.

Al-Mughirah berkata:

“Kami menghormati Ibrahim an-Nakha‘ie(gurunya) sepertimana kami menghormati raja…”

Imam Asy-Syafi‘e pula berkata:

“Aku membelek kertas di hadapan Imam Malik perlahan-lahan kerana menghormatinya supaya dia tidak terdengar (bunyi belekan kertas tersebut)..”

Rabie‘ berkata:

“Demi Allah aku tidak berani meminum air sedangkan Imam Asy-Syafi‘e memandang kepadaku.”

Lihatlah bagaimana mereka amat menghormati guru-guru mereka. Tetapi generasi hari ini, ada yang troll dan prank guru mereka sebagai gimik persembahan hari guru, menari sini sana, menjerit sini sana.

Kami amat mengharap agar sama-sama kita berubah dan tak ulanginya di masa akan datang.

****

TEGURAN KEPADA GURU

Teguran kepada Pelajar dan Guru Berkaitan Tarian Syantik ketika Hari Guru 2018, apakah yang kalian rasa pabila melihat anak murid kalian menari-nari, menjerit-jerit di hadapan anda?

Adakah anda merasai ianya normal?

Adakah anda merasai budaya percampuran lekaki dan wanita menari dan menjerit itu budaya yang baik?

Adakah anda rasa di hargai dengan cara sebegitu? Teguran kepada Pelajar dan Guru Berkaitan Tarian Syantik ketika Hari Guru 2018 ini adalah satu keperluan.

SAYA YAKIN 100% majoriti guru-guru tak suka dengan perkara ini. Ada video yang para guru tertunduk malu bila melihat perbuatan anak murid mereka.

Ada sekolah yang pengetuanya tak tahan lalu keluar dari dewan akibat KECEWA dengan persembahan anak murid mereka.

Namun, ada sesetengah kes, bila ada para guru yang turut menari bersama dengan pelajar, serta di sambut dengan tepukan dan jeritan dari anak muridnya.

Wahai guru yang kami cintai..

Kami tak pasti, apakah tindakan yang kalian telah lakukan setelah melihat anak murid kalian lakukan sebegitu. Saya yakin, ada guru yang telah menegur pelajar. Semoga Allah kurniakan syurga kepada kalian.

Namun, kepada guru yang merasakan ianya satu budaya yang normal, nasihat kami, sama-samalah kita menegur dan membimbing anak murid ke arah islam yang sebenar.

Ajar mereka adab, akhlak, aqidah yang mantap, ibadah yang sohih. Jadilah qudwah pada mereka. Suburkan budaya amar makruf nahi mungkar.

Ya. Memang susah. Tapi sepanjang pihak kami jelajah lebih 500 buah sekolah, kami dah lihat banyak sekolah SMK yang subur di dalamnya suasana agama, lantaran ada guru yang menghidupkan dakwah di dalamnya.

Seorang guru tugasnya bukan sekadar untuk memastikan anak murid dapat skor A dalam exam. Tetapi, seorang guru tugasnya ialah untuk menyemai akhlak, membimbing, mengajak pada kebaikan dan mencegah kemungkaran, dan paling penting ialah MENJADI CONTOH dan QUDWAH kepada anak murid.

Kami doakan agar apa yang telah terjadi ini dapat di perbaiki bersama, agar kita dapat mendidik anak-anak muda ke arah budaya yang Allah dan rasul redhai.

Genggamlah nasihat Imam Syaf’i kepada guru yang mendidik anak-anak Khalifah Harun Ar Rasyid.

Imam Syafie berkata:

“Hendaklah yang pertama yang engkau ajarkan untuk memperbaiki anak-anak Amirul Mukminin ialah memperbaiki dirimu sendiri. Kerana, mata mereka terpikat denganmu. Apa yang baik menurut mereka ialah apa-apa yang engkau anggap baik. Dan, apa yang buruk menurut mereka ialah apa-apa yang angkau tinggalkan.”

****

TEGURAN KEPADA SELURUH NETIZEN

Nasihat kami, usahlah terikut-ikut segala benda yang sedang viral ni. Sebelum nak menari-nari, cuba fikir, apakah kebaikan yang kalian akan dapat?

Adakah dengan menari-menari, menggelek-gelek badan, bercampur lelaki dan perempuan, adakah itu semua membawa kebaikan pada kalian di akhirat?

Usahlah terlalu mudah terikut-ikut dengab budaya asing.

Benarlah sabda nabi saw, di akhir zaman, jika orang jahiliah masuk lubang biawak pun, akan ada orang yang ikut.

Nabi saw bersabda:

لَتَتَّبِعُنَّ سَنَنَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ دَخَلُوا فِي جُحْرِ ضَبٍّ لَاتَّبَعْتُمُوهُمْ قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ آلْيَهُودَ وَالنَّصَارَى قَالَ فَمَنْ

“Sungguh, kalian benar-benar akan mengikuti kebiasaan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun kalian pasti akan mengikuti mereka.” Kami bertanya; “Wahai Rasulullah, apakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani?” Beliau menjawab: “Siapa lagi kalau bukan mereka?” (HR Muslim)

Ikutlah sunnah Rasul. Tinggalkanlah budaya yahudi dan nasrani.

Adakah Allah dan rasul redha?

Adakah korang dapat pahala atau sebaliknya?

Bayangkan, apabila korang menari(terutama wanita) atau bercampur, kemudian kalian upload serta viral, kemudian orang mengikut jejak langkah kalian.

Betapa banyaknya saham dosa yang kalian dapat. Bila orang melihat aurat kalian, melihat gelekan dan tarian kalian, adakah Allah redha?

Nasihat kami, hentikanlah budaya mungkar ini.

Cukuplah. Jika sebelum ni panama dance, kemudian “Lagi Syantik” Dance, lepas ni apa pula?

Hiasi diri dengan sifat MALU.

Hayati sabda-sabda nabi tentang pentingnya sifat malu dalam hidup dan kebaikan jika kita bersifat dengan sifat malu.

1) MALU ADALAH SIMBOL AKHLAK ISLAM.

Sabda nabi:

إِنَّ لِكُلِّ دِيْنٍ خُلُقًا وَخَلُقُ اْلإِسْلاَمِ الْـحَيَاءُ.

“Sesungguhnya setiap agama memiliki akhlak, dan akhlak Islam adalah malu.”

Jika kita islam, hiasi diri dengan sifat malu.

2) MALU HANYA AKAN MENDATANGKAN KEBAIKAN.

Sabda nabi saw:

اَلْـحَيَاءُ لاَ يَأْتِيْ إِلاَّ بِخَيْـرٍ.

“Malu itu tidak mendatangkan sesuatu melainkan kebaikan semata-mata.” [Muttafaq ‘alaihi]

*****

Semoga Allah ampunkan dosa kita semua. Dan moga Allah beri kita taufiq dan hidayah untuk kita melaksanakan segala perintahNya dan mengikut sunnah Nabi saw, serta meninggalkan segala budaya-budaya yang tidak soleh.

Selamat berpuasa, dan moga kita semua dapat masuk syurga tanpa hisab insyaAllah.

Kami mencintai kalian kerana Allah.

Dari kami, team Tarbiah Sentap.

Penutup

Semoga teguran ini membuka fikiran, membuka minda dan hati kita bersama. Renung-renung dan fikirkanlah demi anak-anak kita, demi agama kita, demi masyarakat, demi negara kita. Ingat, didikan bermula dari rumah. Semoga kita dapat manfaat dan kebaikan melalui teguran ini. Sertai kami untuk mendapatkan informasi terkini lagi sahih dari semasa ke semasa di t.me/sistemguruonline.

CREDIT TO : TARBIAH SENTAP

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttp://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati