Ramai yang tidak tahu fungsi TNG Refund yang membolehkan anda untuk mendapatkan balik baki duit yang tersisa dalam kad Touch n Go anda. Untuk pengetahuan anda kad Touch n Go anda mempunyai jangka hayat selama 10 tahun sahaja. Selepas sahaja melepasi tarikh luput kad anda tidak boleh digunakan dan anda perlu menggantikan dengan kak yang baru bagi meneruskan penggunaan perkhidmatan Touch n Go.
Sekiranya anda terdapat situasi yang mana mempunyai baki dalam kad yang telah luput rosak atau hilang, kini anda boleh membuat permohonan untuk mendapatkan baki duit tersebut. Dengan hanya beberapa langkah mudah secara online anda boleh menggunakan inisiatif tng refund yang berfungsi dan membantu anda mendapatkan kembali wang anda.
Dapatkan Kembali Wang Anda Melalui TNG Refund
Isi Kandungan
Apakah Itu TNG Refund?
TNG Refund adalah merupakan kemudahan yang disediakan oleh pihak Touch n Go untuk memudahkan pengguna meminta bayaran balik bagi masalah kad yang salah dalam kad Touch n Go, kad tamat tempoh atau tidak aktif dan juga kad hilang.
Ia akan memberi jaminan untuk pengguna mendapatkan balik wang daripada kad yang tidak boleh digunakan dengan hanya beberapa langkah sahaja.
Syarat untuk Buat Refund TNG
Bagi membuat refund TNG para pengguna perlu mematuhi syarat-syarat yang dibolehkan sahaja. Terdapat kes atau situasi yang mana para pengguna terpaksa untuk membuat permohonan refund TNG.
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk membuat refund tng:
- Kad yang sudah tamat tempoh
- Kad yang sudah tidak sah
- Kad yang tidak aktif
- Kad yang rosak atau patah
- Cip kad yang bermasalah
Kaedah Refund TNG yang Tersedia
Perkhidmatan refund tersedia untuk semua pengguna yang telah mendaftarkan kad Touch n Go secara sah di portal. Bayaran balik akan dikreditkan ke akaun pilihan pengguna berdasarkan maklumat seperti berikut:
Pemegang Akaun Malaysia
- sila pastikan nama pemegang akaun bank dan ID pengguna adalah sepadan dengan butiran pemilik kad yang berdaftar. Pembayaran kepada akaun pihak ketiga adalah tidak dibenarkan.
Bukan Pemegang Akaun Malaysia
- pembayaran ke akaun bank asing akan dibuat melalui pemindahan telegraf(TT). Pengguna perlu pastikan bahawa nama pemegang akaun bank nombor akaun bank nama bank alamat Bank dan kod Swift adalah sepadan dengan tiram kak yang telah berdaftar. Bayaran balik kepada akaun bukan Malaysia hanya terpakai bagi jumlah bayaran yang melebihi RM100.
Touch n Go ewallet
- Bayaran balik kepada akaun bukan Malaysia hanya terpakai bagi jumlah yang melebihi RM100 sahaja. Bayaran balik kepada touch and go ewallet hanya terpakai bagi akaun Touch n Go ewallet yang disahkan sahaja.
Panduan Refund TNG Bagi Pengguna Secara Online
7 Langkah Mudah Untuk Refund TNG
Bagi membuat refund TNG, pihak Touch n Go telah kongsikan cara mudah untuk anda mendapat bayaran balik wang anda dari kad Touch n Go anda! Berikut adalah beberapa langkah mudah yang anda boleh ikuti:
Langkah 1 : Pergi ke laman web Touch n Go dan pergi ke bahagian e-Refund.
Langkah 2 : Anda perlu mengisi Card Serial Number anda dan perlu memasukkan nombor kad pengenalan anda.
Langkah 3 : Anda akan diminta untuk membuat isian dan perlu memenuhi butiran dengan lengkap pada kolum mengikut bahagian seperti nama penuh, alamat, email dan lain-lain.
Langkah 4 : Dibahagian seterusnya anda akan diminta untuk menyesuaikan permohonan refund anda dengan memberi sebab-sebab dan jenis refund TNG anda. Beberapa maklumat seperti akaun bank anda juga akan diminta untuk diisi.
Langkah 5 : Sila semak dan sahkan maklumat yang anda isi dan berikan adalah betul dan klik ‘submit’.
Langkah 6 : Anda akan dihantar notifikasi email berserta nombor rujukan bagi urusan anda.
Langkah 7 : Penting untuk anda menerima dan mendapat makluman tindak balas dari pihak Touch n Go yang akan membantu anda memproses permohonan anda.
Setelah selesai membuat permohonan refund TNG, permohonan anda akan diproses dan dibayar kembali wang anda dalam tempoh 14 ke 30 hari.
Bagi membantu anda mendapatkan apa-apa bantuan, sila hubungi Touch n Go melalui:
• E-mel: [email protected]
• Facebook dan Twitter, @MyTouchnGo
Saya mempunyai 2 keping kad T&G yg tidak didaftarkan atas nama saya tetapi kad tersebut tidak lagi berfungsi walaupun mempunyai baki yang belum digunakan. Apa patut saya buat