
ePangkat KPM sebenarnya sudah lama diwujudkan dalam sistem, namun mungkin ramai lagi yang tidak tahu, tidak cakna atau tidak ambil tahu tentang keweujudannya. Sistem ePangkat KPM ini dibina khas bagi menguruskan urusan kenaikan pangkat guru. Ianya dibina untuk mengelakkan sebarang keciciran atau kesilapan dan pemudah cara dalam pengurusan.
Sebenarnya, ePangkat ini telah pertama kalinya berada di atas talian pada 21 Ogos 2008 di mana bagi mengelakkan kelemahan dalaman pengurusan pangkat seperti kelewatan memproses urusan dan juga kelewatan memperoleh kenaikan pangkat. Selain itu juga masalah seperti pertindihan urusan dalam pengesyoran dan proses kenaikan pangkat juga mampu menjejaskan imej KPM.
Sebelum ini, pelbagai masalah timbul hinggakan ada guru yang tidak dinaikkan pangkat kerana isu-isu seperti maklumat tidak lengkap, data yang dibekalkan tidak tepat, data yang disediakan pula ada yang tidak dikemaskini dan pelbagai lagi. Akibat keadaan yang tidak sistematik ini menyebabkan banyak pihak mengalami kerugian. Oleh sebab itu, tercetusnya idea dan terbinanya satu sistem hebat ini yang sekarang kita panggil sebagai ePangkat.
Login ePangkat KPM di sini
Login ePangkat
Login ke Sistem E Pangkat di sini: https://epangkat.moe.gov.my/login.php
ePangkat KPM dan Objektif Asalnya
Sebelum ini telah dikongsikan beberapa matlamat e-Pangkat KPM. Ianya diwujudkan untuk menjalankan beberapa fungsi penting seperti:
- Melakukan proses pemangkuan
- Menyelesaikan masalah isu kelewatan dan pertindihan urusan kenaikan pangkat
- Membuat kenaikan pangkat
- Memberikan penempatan pemangkuan
- Menyelesaikan isu pertukaran jawatan
- Memantau serta mengemaskini data-data kenaikan pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Sokongan (AKS) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Selain itu, objektif e-Pangkat KPM adalah untuk
- Mengautomasikan semua proses dan operasi urusan pemangkuan, kenaikan pangkat, penempatan pemangkuan dan pertukaran jawatan kenaikan pangkat.
- Membolehkan perancangan urusan pemangkuan, kenaikan pangkat, penempatan pemangkuan, pertukaran jawatan kenaikan pangkat dilaksanakan dengan cepat dan tepat pada waktunya.
- Membudayakan sistem kerja semua urusan naik pangkat yang cekap dan sistematik melalui aplikasi teknologi maklumat dan kumunikasi.
- Memupuk rasa tanggungjawab untuk mengemaskini dan melengkapkan data-data naik pangkat pada setiap peringkat.
- Menyediakan satu sistem maklumat kenaikan pangkat yang fleksibel dan kemas bagi memenuhi keperluan warga KPM dan stakeholders.
Semakan Keputusan ePangkat Melalui ePangkat Keputusan
Untuk menyemak status permohonan atau kemaskini terbaru, anda boleh login menggunakan nombor kad pengenalan anda ke portal ePangkat keputusan dibawah.
Sistem Guru Online mengucapkan tahniah dan syabas kepada yang berjaya!
Pengumuman Penting Terkini (Kemas kini 2021)
PERMOHONAN PEMANGKUAN KE GRED DG42 SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) OLEH PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG40, DG38, DG34, DG32 DAN DG29 YANG MEMPEROLEHI IJAZAH DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) URUSAN TAHUN 2021.
Merujuk kepada perkara tersebut di atas dan surat siaran Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), KPM rujukan KPM.BPSM.S.500-4/7/7 JILID 4 (33) bertarikh 09 Mac 2021 adalah berkaitan.
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan pemangkuan ke Gred DG42 (KUP) urusan tahun 2021 akan dilaksanakan secara dalam talian menerusi Sistem ePangkat di Modul DG42 bagi PPP Gred DG40, DG38, DG34, DG32 dan DG29 yang telah memperolehi ijazah/ diluluskan oleh senat institusi pengajian sebelum atau pada 31 DISEMBER 2020 dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran. Jadual pelaksanaan bagi urusan ini adalah seperti berikut:
Bagaimana Cara Menghubungi Bahagian ePangkat
Sebarang masalah semakan secara online bolehlah dialamatkan kepada alamat di bawah.
Cawangan Naik Pangkat,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4, Blok E12 Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaaan Persekutusan, 62604 Putrajaya.
Tel : 03-8884 7963 / 7863 / 7816
Email : cnp@moe.gov.my