Tarikh Semakan Keputusan MUET Sesi 1 2018. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, admin mengongsikan berkaitan tarikh keputusan bagi Malaysia University English Test atau akronimnya, MUET bagi tahun ini.
Tarikh Semakan Keputusan MUET Sesi 1 2018
Isi Kandungan
Semakan keputusan MUET Sesi 1 2018 boleh dilakukan bermula 10 MEI 2018 (Khamis) pada pukul 10:00 pagi. Untuk membuat semakan, anda boleh ikuti langkah di bawah iaitu sama ada melalui SMS atau secara dalam talian (online).
SMS
MUET<jarak>RESULT<jarak>NO. KP dan hantar ke 15888
ONLINE
http://webmpm1.mpm.edu.my/muet_result/
MUET (Malaysian University English Test) ialah ujian bahasa Inggeris yang dijalankan di peringkat pra-universiti, matrikulasi, asasi, diploma, dan STPM. MUET diperkenalkan untuk mengukur tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi dan juga untuk mereka yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi . Peperiksaan MUET ini wajib diambil oleh mereka yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat ijazah di institut pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan.
Terdapat empat jenis ujian dalam MUET iaitu:
- 800/1 (Listening/Pendengaran) – ujian mendengar selama 30 minit
- 800/2 (Speaking/Lisan) – ujian lisan selama 30 minit
- 800/3 (Reading/Pemahaman) – ujian pemahaman yang melibatkan soalan objektif selama 90 minit
- 800/4 (Writing/Penulisan) – ujian penulisan yang memerlukan kamu menulis esei selama 90 minit
Ujian MUET akan diberi markah berdasarkan berikut:
- 800/1 (Listening/Pendengaran) – 45 markah
- 800/2 (Speaking/Lisan) – 45 markah
- 800/3 (Reading/Pemahaman) – 120 markah
- 800/4 (Writing/Penulisan) – 90 markah
Jumlah mata penuh ialah 300 markah, dan keputusan akan diberi berdasarkan gred yang dinamakan sebagai Band.
Berikut merupakan band berserta penjelasan secara terperinci :
Band 6
Pengguna yang sangat Bagus (Jumlah markah: 260-300) Penguasaan bahasa yang amat bagus. Fasih, tepat dalam penggunaan bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa yang sesuai :hampir-hampir tiada kesilapan. Pemahaman yang amat bangus tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan amat baik dalam bahasa.
Band 5
Pengguna yang Bagus (Jumlah markah: 220-259) Penguasaan yang bagus. Fasih, tepat dalam penggunaan bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa yang sesuai tetapi ada sedikit kesilapan. Pemahaman yang baik tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan baik dalam bahasa.
Band 4
Pengguna yang Kompeten (Jumlah markah: 180-219) Penguasaan yang memuaskan. Fasih, tepat dalam penggunaan bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa yang sesuai tetapi ada beberapa kesilapan. Pemahaman yang memuaskan tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan kompeten dalam bahasa.
Band 3
Pengguna yang Sederhana (Jumlah markah: 140-179) Penguasaan yang sederhana. Sederhana dari segi ekspresi, kefasihan dan penggunaan bahasa Inggeris yang sesuai tetapi ada kesilapan yang ketara. Pemahaman yang sederhana tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan sederhana dalam bahasa.
Band 2
Pengguna yang terhad (Jumlah markah: 101-139) Penguasaan bahasa yang terhad. Kurang ekspresi, kefasihan dan ketepatan. Pengunaan bahasa yang tidak tepat yang menyebabkan salahfaham dalam komunikasi. Pemahaman yang terhad tentang bahasa dan konteks. Keupayaan yang terhad dalam bahasa.
Band 1
Pengguna yang amat terhad (Jumlah markah: bawah 100) Penguasaan bahasa yang lemah. Tidak berupaya untuk mengekspresi. Pengunaan bahasa yang tidak tepat yang menyebabkan kerap salahfaham dalam komunikasi. Pemahaman yang sedikit atau lemah tentang bahasa dan konteks. Hampir tidak berfungsi di dalam bahasa Inggeris.
Semoga perkongsian pada kali ini iaitu Tarikh Semakan Keputusan MUET Sesi 1 2018 bermanfaat buat kita semua. Teruskan menyokong kami, Sistem Guru Online, Komuniti Pendidikan Malaysia.
SUMBER : MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA