Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Slip Gaji Online dan Laporan

slip penyata gaji online

Slip Gaji Online atau lebih dikenali dengan epenyata gaji telah digunakan penjawat awam untuk memuat turun slip penyata gaji pada setiap bulan. Perkhidmatan ini juga disediakan secara percuma kepada semua kakitangan awan oleh Jabatan Akuantan Negara Malaysia (ANM).

Dengan ada kemudahan ini, kakitangan awam boleh menyemak jumlah gaji yang diperolehi pada bulan semasa lebih awal daripada gaji dimasukkan ke dalam akaun. Oleh yang demikian, kita dapat membuat perancangan kewangan dengan lebih awal sebelum tarikh pembayaran gaji penjawat awam.

Hal ini juga memudahkan kakitangan awam dalam berurusan menggunakan slip penyata gaji kerana dimana sahaja, slip penyata gaji dapat dicetak dengan syarat mempunyai rangkaian internet. Tidak perlu lagi untuk ke pejabat meminta dengan kerani.

Selain itu, melalui sistem ini jugan kakitangan awam dapat melihat penyata pendapatan tahunan dan boleh mencetak sendiri. Kelebihan sistem ini juga, ianya menyimpan semua slip penyata dan slip pendapatan tahunan. Sekiranya slip yang telah dicetak telah hilang, pengguna masih boleh membuka dan mencetak semula.

Menyemak Penyata / Slip Gaji Secara Online

Isi Kandungan

  1. Sila layari portal rasmi Jabatan Akuantan Negara Malaysia (ANM) di pautan berikut:
a
Portal Rasmi JAN

2. Klik pada pautan “sistem e-penyata gaji dan laporan”, dan anda akan dibawa ke laman daftar masuk.

C
Klik Sistem e-penyata gaji dan laporan
b
Laman Daftar Masuk

3. Bagi pengguna baru anda perlu mendaftar terlebih dahulu melalui pautan “Pertama Kali Mendaftar”.

4. Setelah mendaftar anda boleh log in dengan mengisi maklumat yang diminta iaitu nombor kad pengenalan dan kata laluan.

5. Setelah itu, anda boleh memilih slip gaji pada bulan berapa yang mahu dimuat turun untuk dicetak.

# Update 3/9/2019

17 Perkara yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Sistem ePenyata Gaji

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan maklumat NO. GAJI bagi tujuan pendaftaran?

Pihak tuan/puan dipohon menghubungi pegawai/kakitangan di Unit Gaji tempat pihak tuan/puan bertugas.

Bagaimana untuk mengakses Sistem ePenyata Gaji dan Laporan melalui aplikasi smartphone?

Sekiranya anda menggunakan telefon pintar, dimaklumkan bahawa bagi mengakses dokumen penyata gaji adalah bergantung kepada aplikasi telefon anda. Sekiranya aplikasi telefon anda tidak menyokong untuk membaca format PDF, anda akan gagal mendapatkan penyata gaji anda. Oleh itu sila pasang aplikasi pdf reader didalam telefon pintar anda terlebih dahulu.

Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya mendapat sms/emel yang memberitahu Perkara: Reset Kata Laluan di Sistem ePenyata Gaji & eLaporan dengan disertakan kata laluan untuk memasuki sistem?

Ini bermakna anda telah mengetik Lupa Kata Laluan dan sistem telah menghantar kata laluan sementara melalui emel atau/dan sms kepada alamat atau/dan no telefon yang didaftarkan didalam sistem.

Sekiranya anda telah mendaftarkan emel dan no telefon anda yang sah didalam sistem dan sebenarnya anda tidak pernah pun mengetik Lupa Kata Laluan, sila abaikan sms/emel yang anda terima. Anda masih boleh memasuki sistem menggunakan kata laluan sedia ada.

Apakah maklumat yang perlu disertakan semasa mengemukakan masalah/aduan?

Anda dikehendaki menyertakan maklumat berikut untuk tujuan semakan:

a. NO.Kad Pengenalan;
b. NO. GAJI;
c. NO. KOD PEJABAT PERAKAUNAN; dan
d. NO.KOD PUSAT PEMBAYAR.

Maklumat tersebut boleh diperolehi daripada Unit Gaji tempat anda bertugas.

Bagaimanakan cara untuk menghubungi pihak pentadbir Sistem ePenyata Gaji dan Laporan sekiranya terdapat masalah/aduan?

Anda dikehendaki mengemukakan masalah/aduan tersebut kepada Unit ePayslip dialamat emel [email protected] 

Bolehkah suami/isteri/rakan/saudara mendaftar/mendaftar semula sebagai pengguna Sistem ePenyata Gaji dan Laporan bagi mewakili saya?

Berdasarkan polisi keselamatan pihak pentadbir Sistem ePenyata Gaji dan Laporan tidak akan memberi maklum balas kepada pengadu yang bukan pengguna berkenaan. Oleh demikian, bagi pengguna yang ingin mendaftar pertama kali/daftar semula atau menghadapi masalah terhadap ePenyata, dipohon pengguna membuat aduan sendiri kepada ePenyata melalui portal utama Jabatan Akauntan Negara Malaysia di pautan Aduan Dan Maklumbalas atau emel kepada alamat [email protected] menggunakan emel rasmi/peribadi masing-masing.

Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya terlupa Kata Laluan atau menghadapi masalah No. Akaun tidak wujud?

Sila ikuti langkah-langkah berikut:

a. Pihak tuan/puan dinasihatkan mencuba sekali lagi dengan menggunakan link Lupa Kata Laluan dan mengikuti arahan seterusnya dengan memasukkan Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Gaji;

b. Sila pilih Soalan Keselamatan dan masukkan jawapannya untuk mendapatkan Kata Laluan Asal. Jika anda lupa, sila klik Reset Kata LaluanKata Laluan Sementara akan dihantar melalui sms/emel yang telah didaftarkan.

Pastikan anda mendaftar masuk dengan Kata Laluan Sementara dalam tempoh tiga (3) hari, dan seterusnya menukar Kata Laluan Sementara dengan Kata Laluan Baharu.  

Berapa lama tempoh Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan disimpan di dalam Sistem ePenyata Gaji dan Laporan?

Anda boleh memuat turun dokumen Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan dalam tempoh berikut:

a. 18 bulan terkini bagi Penyata Gaji Bulanan; dan

b. 7 tahun terkini bagi Penyata Pendapatan Tahunan.

Adalah menjadi tanggungjawab individu/penjawat awam untuk memuat turun kesemua penyata yang dikeluarkan bagi tujuan simpanan SEBELUM dilupuskan daripada sistem ePenyata Gaji & Laporan. Permohonan untuk mendapatkan semula ePenyata SELEPAS tempoh tersebut adalah TIDAK DILAYAN.

Bagaimana cara untuk mendaftar kali pertama sebagai pengguna Sistem ePenyata Gaji dan Laporan?

Sila klik “Pertama Kali Mendaftar” di Sistem ePenyata Gaji & Laporan.

Sebelum mendaftar, pastikan pihak tuan/puan mempunyai maklumat seperti berikut:

  a. No. Kad Pengenalan (seperti tertera dalam kad pengenalan)
b. No. Gaji
c. Alamat emel yang sah dan betul (Mohon menggunakan emel jabatan bagi tujuan berurusan dengan unit  ePayslip supaya maklumbalas daripada pihak ePayslip tidak disalahguna oleh pihak ketiga).

Bagi anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang pertama kali mendaftar, sila gunakan No. Gaji baharu. Contoh seperti berikut:

Contoh No.Gaji BAHARU yang dimaksudkan:

No.Gaji PDRM : 00123456 (8 digit)
No.Gaji BARU : 80123456 (8 digit – Batalkan digit ‘0’ yang pertama daripada No.Gaji PDRM
dan diGANTIkan dengan digit ‘
8)

Siapa pengguna Sistem ePenyata Gaji dan Laporan?

Pengguna Sistem ePenyata Gaji dan Laporan terdiri daipada PENJAWAT AWAM PERSEKUTUAN seperti Jabatan Kewangan, Jabatan Pelajaran, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Jabatan atau Kementerian seumpamanya TIDAK TERMASUK kerajaan negeri, badan berkanun, agensi berkanun dan tentera.

Tatacara penggunaan Sistem ePenyata Gaji dan Laporan boleh diakses di lama web Jabatan Akauntan Negara Malaysia di pautan berikut:

http://www.anm.gov.my/images/PDF/Tatacara%20Penggunaan%20Sistem%20ePenyata%20Gaji%20dan%20eLaporan%2001122016.pdf

Bagaimanakah cara untuk membuat pembetulan/pindaan No. Kad Pengenalan dalam Penyata Gaji kerana berbeza dengan No. Kad Pengenalan asal?

Anda dinasihatkan supaya menghubungi pegawai/kakitangan Unit Gaji/Pentadbiran anda supaya mengemaskini maklumat No.Kad Pengenalan anda yang sebenar. Kegagalan pengemaskinian ini akan menjejaskan capaian anda kepada ePenyata Gaji masing-masing.

Bagi tujuan ini;
i. Pengemaskinian ini turut perlu dilakukan di HRMIS oleh anggota sendiri.
ii. Pengemaskinian oleh Unit Gaji/Pentadbiran PDRM HQ,  anggota PERLU mengemukakan salinan kad  pengenalan masing-masing.

Maklumat di Sistem ePenyata Gaji hanya akan dipinda setelah proses pembayaran gaji bulan berikutnya dan tindakan perkara (i) diambil oleh anda.

Bagaimanakah cara untuk membuat pembetulan/pindaan ke atas maklumat yang salah dalam Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan?

Contoh pembetulan maklumat: Nama penuh seperti dalam kad pengenalan, Potongan gaji, Jantina dan Tuntutan elaun.

a. Maklumat dalam Penyata Gaji yang dimuat naik ke dalam Sistem ePenyata Gaji & Laporan adalah berdasarkan  maklumat yang dikemaskini di dalam  sistem gaji di pejabat perakaunan tuan/puan.  

b. Anda dikehendaki menghubungi pegawai/kakitangan di Unit Gaji tempat anda bertugas untuk sebarang  pembetulan atau pindaan maklumat dalam Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan.

c. Unit ePayslip TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG AUTHORITY / KUASA dalam apa jua pindaan atau penambahan maklumat di dalam Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan.

Semasa mengakses Sistem ePenyata Gaji dan Laporan, anda mendapati masalah Penyata Gaji anda tidak wujud. Kenapa masalah ini berlaku?

Penyata gaji bulanan diproses setelah Unit ePayslip mendapat maklumat gaji dari Pejabat Perakaunan. Penyata gaji tersebut akan dimuat naik sebaik sahaja pemprosesan berkaitan selesai.

Ianya boleh dicapai selewat-lewatnya sehari sebelum gaji kakitangan awam bulan berkenaan.

Sila layari  http://www.anm.gov.my/index.php/khidmat/pembayaran-gaji untuk mendapatkan maklumat tarikh pembayaran gaji bagi tahun semasa.

Bagaimana untuk memperolehi Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan yang lama iaitu sebelum tahun 2010?

Sistem ePenyata Gaji dan Laporan digunakan secara rasmi oleh penjawat awam mulai bulan Oktober tahun 2010. Sistem ini dilaksanakan selaras dengan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 2 Tahun 2010 ketika itu.

Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan yang dikeluarkan pada tahun-tahun SEBELUM Oktober 2010 adalah secara manual (hardcopy). Hanya SATU penyata sahaja yang dikeluarkan kepada setiap individu/penjawat awam. Tiada salinan simpanan yang disimpan oleh pihak Jabatan Akauntan Negara. Tanggungjawab menyimpan dan melupus penyata tersebut adalah di bawah tanggungjawab individu sendiri.

Apakah yang perlu dibuat sekiranya menghadapi masalah selepas login?

Anda yang menggunakan Internet Explorer versi 6 sehingga versi 9 yang menghadapi masalah paparan ePenyata Gaji atau eLaporan masing-masing, sila kemaskini (updates) perisian Microsoft Security mengikut versi browser  Internet Explorer yang digunakan, sebagaimana yang disarankan oleh Microsoft Security Network (MSN).

Anda juga digalakkan agar sentiasa membuat Clear Browsing Data / History browser yang digunakan pada komputer masing-masing agar tidak mengganggu capaian pengguna ke Internet. Sebarang masalah berkaitan updates perisian Microsoft Security dan Clear Browsing Data / History, anda perlu merujuk kepada Juruteknik atau Pegawai IT di tempat anda bertugas.

Bagaimana cara untuk memperbaharui peranan sebagai Pentadbir ePenyata Gaji di Pusat Pembayar masing-masing?

Sila kemukakan permohonan tersebut kepada Pentadbir Sistem Pejabat Perakaunan JANM Cawangan negeri masing-masing bagi penetapan peranan tersebut. Anda dipohon mengemukakan bersama surat iringan dari ketua tempat bertugas yang menerangkan tujuan/maksud tersebut.

Borang tersebut boleh dimuat turun melalui:

http://www.anm.gov.my/index.php/khidmat/muat-turun/borang-borang

Saya ingin mendapatkan penyata gaji saya yang lama namun tidak terdapat didalam sistem. Apakah yang membolehkan saya mendapatkannya semula?

Sistem hanya menyimpan maklumat penyata gaji bulanan bagi tempoh 18 bulan terakhir manakala maklumat Penyata Pendapatan Tahunan bagi tempoh 7 tahun  terakhir. Sistem akan mengeluarkan maklumat yang melebihi dari tempoh tersebut secara otomatik.Adalah menjadi tanggungjawab tuan/puan untuk memuat turun penyata gaji bulanan dan penyata pendapatan tahunan ke dalam hardisk atau pendrive tuan/puan sebelum ia dikeluarkan dari sistem.

Sila dapatkan maklumat penyata gaji bulanan dan penyata tahunan pendapatan yang melebihi tempoh yang dinyatakan di atas daripada Pejabat yang membayar gaji dimana tuan/puan berkhidmat ketika itu.

Saya telah membuat reset katalaluan, namun tiada maklum balas yang diterima melalui emel atau sms. Apakah yang perlu saya lakukan?

Maklum balas tidak diterima kemungkinan disebabkan oleh perkara-perkara berikut iaitu

a. Maklumat nombor telefon atau emel tidak dimasukkan kedalam sistem semasa tuan/puan membuat pendaftaran kali pertama; atau
b. Maklumat nombor telefon atau emel yang didaftarkan didalam sistem tidak lagi sah atau bukan kepunyaan tuan/puan menyebabkan maklum balas tidak sampai kepada tuan/puan.Tuan/puan perlu melaporkan perkara ini kepada [email protected] bagi membolehkan tuan/puan mendaftar semula dalam sistem. 

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2019 (Satu Tarikh Gaji untuk Semua Negeri)

BULAN

TARIKH

HARI

CATATAN

Januari

24.01.2019

Khamis

Februari

25.02.2019

Isnin

Tahun Baru
Cina 5 & 6 Februari 2019 (Selasa & Rabu)

Mac

25.03.2019

Isnin

– 

April

25.04.2019

Khamis

Mei

23.05.2019

Khamis

Hari Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei 2019 (Khamis & Jumaat)

Jun

25.06.2019

Selasa

Hari Gawai 1
& 2 Jun 2019 (Sabtu & Ahad)
Hari Raya Puasa 5 & 6 Jun 2019 (Rabu & Khamis)

Julai

25.07.2019

Khamis

Ogos

22.08.2019

Khamis

Hari Raya
Haji 11 Ogos 2019 (Ahad)

September

25.09.2019

Rabu

Oktober

17.10.2019

Khamis

Hari
Deepavali 27 Oktober 2019 (Ahad)

November

25.11.2019

Isnin

 

Disember

18.12.2019

Rabu

Hari Krismas
25 Disember 2019 (Rabu)

Sistem Slip Penyata Gaji Online Membantu Penjawat Awam

Sistem ini sangat membantu kakitangan awam dalam mendapatkan slip gaji. Kelebihan ini perlu digunakan dengan sebaiknya. Bagi kakitangan awam yang tidak tahu untuk menggunakan sistem ini boleh rujuk kepada mereka yang lebih tahu.

Kelemahan sistem ini jika berlaku sistem down atau tiada rangkaian internet. Pernah terjadi dimana sistem ini mengalami masalah dan kakitangan awam tidak dapat mencetak slip penyata

gaji. Namun, masalah itu dapat diatasi dengan pantas oleh pihak Jabatan Akauntan Negara.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak Jabatan Akauntan Negara melalui email di alamat [email protected] ataupun dengan menelefon 03-88821000. Diharap artikel ini dapat membantu semua kakitangan awam.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati

Pengurusan sistem gaji online yang terbaik. Segala urusan dipermudahkan.Slip Gaji Online dan Laporan