Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Makluman Jawatan Kosong TNB Oktober 2024

Makluman Jawatan Kosong TNB Oktober 2024

Info mengenai jawatan kosong TNB Oktober 2024. Jawatan kosong ini adalah satu tawaran terbaru di bawah sektor awam yang kini dibuka dan boleh dibuat permohonan oleh rakyat Malaysia pada bulan Oktober ini.

Makluman Jawatan Kosong TNB Oktober 2024

jawatan kosong TNB Oktober 2024

Siaran jawatan kosong ini adalah untuk jawatan minima SPM dengan taraf kontrak. Berikut adalah senarai jawatan kosong TNB yang dibuka pada bulan Oktober 2024:

  1. Pembantu Keselamatan (KONSTABEL POLIS BANTUAN)

Maklumat Jawatan TNB Oktober 2024

Berikut merupakan maklumat jawatan yang dibuka pada bulan ini:

MaklumatPenerangan
Taraf JawatanKontrak
Kelayakan AkademikSPM/SVM
PenempatanTenaga Nasional Berhad (TNB)

Tarikh Permohonan Jawatan

Berdasarkan iklan yang disiarkan, jawatan kosong TNB Oktober 2024 dibuka bermula sekarang dan akan ditutup pada 18 Oktober 2024. Permohonan boleh dilakukan secara atas talian dan perlu menepati syarat yang ditetapkan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Syarat Kelayakan Jawatan Kosong TNB Oktober 2024

Berikut merupakan senarai syarat kelayakan bagi jawatan kosong TNB Oktober 2024:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur di antara 18 hingga 26 tahun pada tarikh iklan ditutup
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV),
  • Kelayakan minima lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia dan Sejarah pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV)
  • Memenuhi semua syarat asas seperti di bawah

Syarat Asas Jawatan Polis

  • Ketinggian minima 168cm tanpa sepatu.
  • Berat badan sekurang kurangnya 54kg.
  • Mempunyai Ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
  • Ukuran dada biasa 81cm ke 86cm semasa menarik nafas.
  • Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketepatan V/6/9 tanpa menggunakan sebarang alat bantuan atau cermin mata.
  • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
  • Tidak mempunyai sebarang kecacatan pada tubuh badan dan mental.
  • Tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah
  • Memiliki lesen memandu kelas B2 dan D yang sah dan tidak disenaraihitam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah satu kelebihan.

Khusus bagi calon yang berminat, anda disarankan untuk merujuk makluman lengkap daripada TNB di laman rasmi mereka. Calon boleh mengetahui info dan kriteria jawatan yang ditawarkan untuk permohonan.

Senarai Skop Kerja Jawatan Pembantu Keselamatan (KONSTABEL POLIS BANTUAN)

Berikut adalah merupakan senarai tugasan atau skop kerja bagi jawatan pembantu keselamatan (Konstabel Polis Bantuan):

  • Menguatkuasakan undang-undang /arahan kepolisan serta peraturan / prosidur TNB bagi penempatan yang dipertanggungjawabkan dengan melaksanakan arahan-arahan serta garispanduan yang diberikan bagi tujuan pemantauan keselamatan terhadap instalasi dan premis TNB yang meliputi juga Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298), Arahan Keselamatan dan Arahan Tetap Sasaran Penting.
  • Pematuhan undang-undang serta peraturan kepolisan (Perintah Tetap Ketua Polis Negara H602), disiplin dan integriti yang tinggi
  • Melihat dan memeriksa  kejanggalan dan tahap risiko tempat dikawal dan tidak  dikawal.
  • Memberi khidmat nasihat bercorak teknikal kepada Bahagian/Jabatan/Unit di dalam kawasan yang dipertanggungjawabkan berkaitan hal-ehwal Keselamatan.
  • Melaksanakan  jadual  tugasan harian anggota kerja Polis Bantuan yang ditetapkan .
  • Membuat pemeriksaan berkesan  di  laluan-laluan rondaan yang dan mematuhi  jadual  kawasan rondaan yang ditetapkan.
  • Memberi perkhidmatan dan layanan yang berkualiti dan selesa kepada pengguna/pelanggan dan orang awam yang berurusan dengan TNB.
  • Menjawab pertanyaan dan panggilan telefon dengan sopan serta menyampaikan maklumat yang tepat
  • Menjaga kebersihan kenderaan  serta menjaga peralatan – peralatan dalam keadaan baik yang dibekalkan oleh pihak TNB.
  • Mematuhi dan melaksanakan arahan – arahan lain DARI MASA KE SEMASA yang tidak dinyatakan didalam perintah ini yang diarahkan oleh pegawai atasan TNB.
  • Membuat laporan (station diari/sitrep) dan majukan kepada penyelia pada setiap giliran.

Semak Iklan Jawatan Kosong TNB Oktober 2024

Seterusnya, anda boleh membuat rujukan lebih lanjut mengenai maklumat permohonan di laman web rasmi TNB. Pastikan calon merujuk maklumat lengkap berkenaan tawaran jawatan kosong yang dibuka oleh TNB melalui siaran iklan rasmi jawatan kosong:

Selepas mengetahui maklumat lengkap mengenai jawatan, para calon boleh mengemukakan permohonan jawatan kosong TNB Oktober 2024 dengan segera.

Cara Permohonan Jawatan Kosong TNB Oktober 2024

Pemohon yang berminat hendaklah mengemukakan permohonan dengan cara TNB tetapkan sebelum atau pada 18 Oktober 2024. Berikut adalah langkah-langkah permohonan kerja:

  • Selepas menyemak makluman iklan lengkap diatas, para calon boleh pergi ke laman mohon kerja TNB.
  • Calon akan diminta untuk log masuk atau daftar akaun sekiranya belum mempunyai akaun.
  • Apabila berjaya masuk di halaman utama, calon boleh menyemak bahagian permohonan.
  • Lengkapkan butiran diri dan buat permohonan.
  • Sahkan permohonan jawatan kosong anda.

Selepas membuat permohonan, anda perlu menunggu maklum balas daripada pihak TNB. Biasanya, calon yang berjaya akan dipanggil menghadiri sesi temuduga untuk membuktikan kelayakan mereka bagi jawatan tersebut. Oleh itu, diharapkan kepada calon untuk terus bersedia dan lakukan yang terbaik.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati