Kerajaan telah memperkenalkan struktur jadual gaji gred C SSPA baharu di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang melibatkan pelbagai gred perkhidmatan, termasuklah gred C dalam bidang sains. Struktur gaji ini diubahsuai untuk memastikan penjawat awam dalam sektor ini memperoleh gaji yang lebih kompetitif serta menepati keperluan ekonomi semasa.
Kenaikan gaji melalui SSPA ini juga bertujuan menggalakkan prestasi dan motivasi dalam kalangan pegawai sains yang memainkan peranan penting dalam pembangunan negara, terutamanya dalam bidang sains, teknologi, alam sekitar, dan meteorologi.
Senarai Skim Perkhidmatan Gred C SSPA Pemindahan Gred Bagi Skim Perkhidmatan Gred C Sains
Isi Kandungan
Berikut adalah senarai skim perkhidmatan yang terlibat dalam Gred C di bawah SSPA mulai 1 Disember 2024:
Skim Perkhidmatan | Gred SSM | Gred SSPA |
---|---|---|
Pegawai Geosains | C41, C44, C48, C52, C54 | C9, C10, C12, C13, C14 |
Pegawai Kawalan Alam Sekitar | C41, C44, C48, C52, C54 | C9, C10, C12, C13, C14 |
Pegawai Meteorologi | C41, C44, C48, C52, C54 | C9, C10, C12, C13, C14 |
Pegawai Penyediaan Makanan | C41, C44, C48, C52, C54 | C9, C10, C12, C13, C14 |
Pegawai Sains | C41, C44, C48, C52, C54 | C9, C10, C12, C13, C14 |
Pegawai Teknologi Makanan | C41, C44, C48, C52, C54 | C9, C10, C12, C13, C14 |
Penolong Pegawai Geosains | C29, C32, C38, C40 | C5, C6, C7, C8 |
Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar | C29, C32, C38, C40 | C5, C6, C7, C8 |
Penolong Pegawai Meteorologi | C29, C32, C38, C40 | C5, C6, C7, C8 |
Penolong Pegawai Penyediaan Makanan | C29, C32, C38, C40 | C5, C6, C7, C8 |
Penolong Pegawai Sains | C29, C32, C38, C40 | C5, C6, C7, C8 |
Penolong Pegawai Teknologi Makanan | C29, C32, C38, C40 | C5, C6, C7, C8 |
Pembantu Geosains | C19, C22, C26, C28 | C1, C2, C3, C4 |
Pembantu Makmal | C19, C22, C26, C28 | C1, C2, C3, C4 |
Jadual gaji baharu ini memberikan kejelasan kepada penjawat awam dalam bidang sains mengenai gred perkhidmatan mereka. Ini turut membantu dalam perancangan kerjaya serta penilaian terhadap prospek kenaikan gaji dan peningkatan gred sepanjang tempoh perkhidmatan.
Jadual Gaji Gred C SSPA Minimum dan Maksimum Perkhidmatan Sains
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang gaji minimum dan maksimum bagi Gred C dalam sektor Sains, anda boleh merujuk jadual yang telah disediakan oleh pihak kerajaan. Rujuk jadual gaji gred C SSPA minimum dan maksimum dibawah:
Jadual Gaji Gred C SSPA Minimum-Maksimum Bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional:
Gred Gaji | Gaji Minimum (RM) | Gaji Maksimum (RM) | Kadar KGT (RM) | Kadar KGM (RM) |
---|---|---|---|---|
15 | 7,030.00 | 16,350.00 | 400.00 | 374.25 |
14 | 6,560.00 | 15,360.00 | 320.00 | 362.13 |
13 | 6,210.00 | 14,370.00 | 290.00 | 339.96 |
13P | 4,430.00 | 13,640.00 | 280.00 | 322.17 |
12 | 5,530.00 | 13,540.00 | 270.00 | 320.25 |
11 | 3,320.00 | 12,760.00 | 255.00 | 302.25 |
10 | 3,840.00 | 12,150.00 | 250.00 | 286.80 |
9 | 2,250.00 | 11,110.00 | 225.00 | 262.68 |
Nota:
Selaras dengan perenggan 52, pegawai yang menerima kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) lebih tinggi daripada kadar KGT yang berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024 akan terus menggunakan kadar KGT tersebut di bawah skim Khas Untuk Penyandang (KUP).
Jadual Gaji Gred C SSPA Minimum-Maksimum Bagi Kumpulan Pelaksana:
Gred Gaji | Gaji Minimum (RM) | Gaji Maksimum (RM) | Kadar KGT (RM) | Kadar KGM (RM) |
---|---|---|---|---|
8 | 5,390.00 | 10,590.00 | 225.00 | 249.18 |
7 | 3,810.00 | 9,290.00 | 180.00 | 218.70 |
6 | 3,080.00 | 8,560.00 | 155.00 | 206.55 |
5 | 1,650.00 | 6,620.00 | 145.00 | 155.19 |
4 | 2,930.00 | 6,410.00 | 130.00 | 152.76 |
3 | 2,790.00 | 6,090.00 | 125.00 | 143.76 |
2 | 2,220.00 | 5,770.00 | 115.00 | 136.02 |
1 | 1,500.00 | 4,680.00 | 100.00 | 109.56 |
*Nota:
Selaras dengan perenggan 52, pegawai yang sedang menerima kadar KGT yang lebih tinggi daripada kadar KGT berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024 akan kekal menggunakan kadar KGT tersebut secara Khas Untuk Penyandang (KUP).
Selain itu, anda boleh merujuk pada pekeliling SSPA yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia.