Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Makluman Jawatan Kosong JPN Ogos 2024

jawatan kosong JPN Ogos 2024

Perkhabaran terbaru mengenai jawatan kosong JPN Ogos 2024! Anda boleh merujuk maklumat lengkap mengenai jawatan kosong JPN Ogos 2024 yang diumumkan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan tawaran kerja adalah tetap/kontrak dan kekosongan penempatan di Putrajaya dibawah skim Personel Mystep.

Anda boleh rujuk info kekosongan jawatan kosong JPN Ogos 2024 ini dengan lebih lanjut dibawah. Pengumuman terbaru untuk calon yang sedang mencari atau mendapatkan pekerjaan dibawah sektor Kerajaan. Sekarang dibuka pengambilan jawatan JPN bagi bulan Ogos 2024 yang merupakan jawatan kosong terbuka dibawah sektor kerajaan Malaysia.

Maklumat Jawatan Kosong JPN Ogos 2024

jawatan kosong JPN Ogos 2024

Bagi anda yang berminat dalam membuat permohonan jawatan kosong JPN Ogos 2024, adalah dibuka peluang kerjaya yang boleh dibuat permohonan secara atas talian. Kekosongan daripada jawatan minima Diploma dan Ijazah dengan taraf jawatan kosong adalah kontrak/tetap. Berikut adalah merupakan maklumat jawatan kosong JPN Ogos 2024 yang dibuka :

MaklumatPenerangan
Jawatan Kosong– Personel Mystep Pegawai Komunikasi Strategik(copywriter & editor)
– Personel Mystep Penolong Pegawai Komunikasi Strategik
Taraf JawatanTetap/Kontrak
Kelayakan AkademikDiploma dan Ijazah
PenempatanJabatan Pendaftaran Negara (JPN)

Tempoh Permohonan Kerja JPN Ogos 2024

Bagi tempoh permohonan jawatan kosong kali ini, jawatan JPN Ogos 2024 dibuka bermula 6 Ogos 2024 dan akan ditutup 12 Ogos 2024 serta permohonan boleh dilakukan secara atas talian atau online dan perlu menepati syarat yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Untuk calon pemohon anda boleh mengambil peluang mohon segera untuk membuat permohonan dengan segera sebelum tempoh permohonan jawatan tamat.

Skop Kerja Jawatan Kosong JPN Ogos 2024

Dibawah adalah merupakan senarai skop kerja bagi kedua jawatan kosong di JPN seperti berikut:

Personel Mystep Pegawai Komunikasi Strategik(copywriter & editor)

  • Menghasilkan Grafik dan Video Jabatan Pendaftaran Negara.
  • Perancangan kandungan kreatif JPN keseluruhanya.
  • Menghasilkan poster dan Infografik

Personel Mystep Penolong Pegawai Komunikasi Strategik

  • Membantu menyediakan bahan-bahan bertulis yang berkaitan dengan JPN seperti rencana untuk siaran dalaman dan luaran.
  • Membantu menyelaras Laporan Tahunan JPN dan Coffee Table Book.
  • Membantu melakukan kajian bagi penerbitan bahan bacaan yang berkaitan JPN.
  • Membantu menyelia siaran media dan skrip bagi bahan-bahan media publisiti.

Urusan kerja dibawah JPN mungkin memerlukan anda untuk melakukan tugasan yang sesuai dengan jawatan Pegawai Tadbir J41 dan mungkin akan dibantu oleh rakan sekerja yang lain untuk membimbing anda dalam melibatkan urusan kerja selaku pekerja baharu.

Syarat Kelayakan Permohonan Jawatan JPN Ogos 2024

Bagi para calon ketahui syarat kelayakan, Anda boleh membuat permohon berdasarkan rujukan syarat kelayakan mohon kerja yang ditetapkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN):

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  3. Mempunyai kelayakan akademik minima Diploma dan Ijazah.
  4. Mempunyai kemahiran dalam menggunakan komputer.
  5. Mempunyai kemahiran dalam bidang pengiraan, pelaksanaan dan kerja-kerja pentadbiran.
  6. Boleh melakukan kerja-kerja yang diberikan oleh majikan dari semasa ke semasa.

Rujukan Iklan Jawatan JPN Ogos 2024

Anda boleh mendapatkan input lebih lanjut dan adalah disarankan untuk membuat semakan. Pastikan para calon merujuk maklumat lengkap berkenaan tawaran jawatan kosong rasmi yang dibuka Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ini melalui laman mohon kerja dibawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia, Laman Mohon Kerja Myfuturejob:

Langkah-Langkah Permohonan Jawatan JPN

Untuk membuat permohonan jawatan JPN adalah bagi warganegara Malaysia, Calon juga dipelawa untuk mereka yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti maklumat diatas oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

  • Layari laman web Myfuturejob.
  • Rujuk senarai kekosongan kerja di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
  • Anda boleh membuat permohonan dengan klik ‘APPLY’.
  • Sila log masuk terlebih dahulu dan daftar akaun sekiranya belum mempunyai akaun.
  • Isi segala butiran dan sahkan permohonan anda.

Selepas siap membuat isian dan permohonan anda berjaya, anda perlu cakna dengan maklum balas oleh pihak majikan sekiranya anda berjaya dipanggil untuk bekerja atau temuduga.

3 KOMEN

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati