Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official Jawatan Kosong PTPTN Eksekutif Pemasaran Tahun 2023

Jawatan Kosong PTPTN Eksekutif Pemasaran Tahun 2023
Jawatan Kosong PTPTN

Jawatan Kosong PTPTN Eksekutif Pemasaran Tahun 2023. Makluman terkini PTPTN mengenai pengambilan jawatan kosong di Malaysia kini telah dibuka peluang Kerjaya di bawah sebuah agensi Kementerian Pendidikan (KPM) yang menawarkan bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di institusi awam dan swasta dan kini telah mengemukakan peluang keemasan pekerjaan bagi tahun 2023 untuk rakyat Malaysia. Pemohon yang berminat boleh mengemukakan permohonan semasa tempoh permohonan berlangsung.

Jawatan kosong ini yang dibuka adalah peluang kerjaya buat mereka yang berminat bekerja di bawah kerajaan Malaysia. Ini adalah kerana peluang yang dibuka adalah peluang terbaik untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan. Bekerja di agensi tersebut yang juga memainkan peranan penting dalam hal pinjaman dan jaminan pendidikan akan memberi pengalaman baharu buat anda.

Untuk anda yang berminat bagi membuat permohonan jawatan kosong ,anda boleh dengan kadar segera ikuti makluman iklan jawatan yang telah kami sediakan di bawah dan sila pastikan permohonan anda adalah mengikut butiran yang disediakan.

Jawatan Kosong PTPTN Eksekutif Pemasaran Tahun 2023

Apa yang anda perlu lakukan dalam mengisi permohonan jawatan ini adalah dengan melakukan beberapa perkara seperti berikut:

Jawatan Kosong PTPTN
Jawatan Kosong PTPTN
  • Sediakan beberapa dokumen sebagaimana yang diminta dalam permohonan ini
  • Ikuti langkah dan cara yang tepat semasa membuat permohonan ini
  • Dan sila pastikan anda memenuhi syarat-syarat kelayakan dalam permohonan jawatan ini

Untuk pengetahuan anda, disarankan anda meneliti dengan baik dan mengikuti syarat-syarat yang telah diberikan agar borang permohonan anda berjalan lancar dan diterima oleh majikan.

Maklumat Ringkas Mengenai Jawatan Eksekutif Pemasaran PTPTN 

Apakah Jawatan Kosong Yang Ditawarkan?

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah merupakan sebuah organisasi dimana ia bertanggungjawab memberi pinjaman buat pelajar Institusi Pendidikan Tinggi yang layak dan menerima deposit di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

Kini, PTPTN telah mempelawa calon-calon warganegara MALAYSIA yang berkelayakan dengan memiliki minima SPM dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan bertaraf kontrak seperti yang diiklankan.

Ikuti perkongsian di bawah bagi maklumat lanjut jawatan yang telah ditawarkan dan cara untuk mohon.

Untuk pengetahuan kepada para calon, jawatan ini yang telah dibuka adalah boleh dimohon melalui saranan yang telahpun dimaklumkan di dalam iklan jawatan kosong yang telah ia dibuka sejak beberapa hari bulan November lalu. Permohonan jawatan kosong ini juga hendaklah dibuat dengan mengikuti kelayakan akademik seperti yang dikehendaki di dalam iklan tersebut.

Maklumat Jawatan Ini Adalah Seperti Berikut :

  • Nama majikan: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
  • Jenis Jawatan: Eksekutif Pemasaran (Kontrak)
  • Lokasi: PTPTN Pulau Pinang
  • Tarikh tutup permohonan: 10 Januari 2023
  • Gaji ditawarkan: RM1,600 sebulan
  • Insentif: Komisen berdasarkan prestasi

Syarat Untuk Lantikan:

Calon yang berminat hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup permohonan;
  3. Memiliki kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Lulus (sekurang kurangnya Gred 8/8E/E) dalam lima (5) subjek termasuk subjek Bahasa Malaysia pada peringkat SPM.

Keutamaan diberi kepada calon :

  1. – Berkelulusan dan berpengalaman dalam bidang pemasaran;
  2. – Perwatakan menarik;
  3. – Berkebolehan berkomunikasi dengan baik;
  4. – Boleh bertutur dalam pelbagai bahasa;
  5. – Mempunyai kemahiran berunding dan memujuk;
  6. – Berkebolehan menganalisa dengan baik;
  7. – Mempunyai lesen memandu dan kenderaan sendiri (keutamaan diberi kepada yang mempunyai kereta);
  8. – Sanggup bekerja mengikut shift dan bekerja pada hujung minggu serta kerja lebih masa selepas waktu pejabat ; dan
  9. – Keutamaan diberikan kepada calon yang telah mengambil Peperiksaan Asas Takaful atau Takaful Basic Examination (TBE) (keputusan LULUS)

Bagaimanakah Cara Untuk Membuat Permohonan ?

Bagi anda yang berminat dengan jawatan yang telah ditawarkan dan telah memenuhi syarat kelayakan boleh buat permohonan dengan kemukakan resume yang lengkap beserta 1 salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dan Lesen Memandu ke alamat email berikut:

[email protected]

Permohonan mestilah dihantar selewat-lewatnya 10 Januari 2023 (Selasa) jam 11 pagi bagi mengelakkan permohonan anda ditolak

Sila pastikan e-mel dan nombor telefon adalah aktif. Calon akan dihubungi melalui e-mel bagi urusan temu duga dan melalui telefon bagi makluman keputusan temu duga (bagi calon berjaya sahaja).

Screenshot 2023 01 09 16 11 33 490 edit com.android.chrome

Screenshot 2023 01 09 16 11 49 809 edit com.android.chrome

Screenshot 2023 01 09 16 12 08 648 edit com.android.chrome

Maklumat Lanjut Mengenai PTPTN 

Apakah Yang Perlu Diketahui Mengenai PTPTN?

Disamping anda memohon jawatan kosong ini, anda juga disarankan untuk mengetahui serba sedikit mengenai PTPTN supaya anda lancar semasa sesi temuduga. Kerna tidak mustahil anda akan ditanya mengenai latar belakang PTPTN sewaktu sesi temuduga nanti dan boleh jadi ia menjadi bonus markah buat kelulusan sesi temuduga anda. Jadi disini kami kongsikan sedikit info tentang PTPTN untuk membantu anda:

Ini adalah senarai kriteria kelayakan untuk permohonan PTPTN:

  1. Anda merupakan seorang warganegara Malaysia
  2. Anda juga berusia di antara 18 hingga 45 tahun
  3. Anda telah lulus sijil pra-universiti dengan sekurang-kurangnya 3.0 CGPA
  4. Anda mempunyai akaun simpanan SSPN-i atau SSPN-i Plus
  5. Anda telah menerima surat tawaran dari Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA), Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) atau Politeknik.
  6. Untuk IPTS: Anda pasti bahawa kursus atau institusi yang anda hadiri telah mendapat Sijil Akreditasi dari Agensi Kelayakan Malaysia
  7. Untuk IPTA: Anda pasti bahawa kursus dan institusi yang anda hadiri berdaftar dan telah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan
  8. Anda mempunyai tempoh waktu pembelajaran yang masih ada melebihi satu tahun
  9. Anda juga tidak menerima penajaan lain

Adakah PTPTN akan membiayai pendidikan luar negara saya atau kursus yang berkaitan?

a. Program Pra Universiti Negara Asing

PTPTN tidak membiayai program pra-universiti negara asing seperti A-levels, Sijil Pra Universiti (CPU), International Baccalaureate (IB) atau Matrikulasi Australia (AUSMAT).

b. Program Berkembar

Untuk program berkembar, PTPTN hanya membiayai kursus yang dihadiri di Malaysia. Contohnya, sekiranya anda menghadiri kursus Program Berkembar Kejuruteraan selama empat tahun dengan dua tahun pertama di Malaysia dan dua tahun kemudian di London, maka PTPTN hanya membiayai perbelanjaan untuk kursus dua tahun yang pertama. Anda harus membiayainya sendiri selepas itu, ataupun memohon biasiswa atau pinjaman pendidikan swasta.

c. Program Pendidikan Luar Negara

Sekiranya anda sedang merancang untuk belajar di luar negara sepenuhnya, maka ini tidak termasuk di lingkungan PTPTN. Anda harus bergantung kepada biasiswa atau pinjaman pendidikan swasta yang lain.

Anda boleh membuat rujukan penuh di sini

Akhir Kata

Semoga dengan maklumat dan perkongsian mengenai Jawatan Kosong PTPTN Eksekutif Pemasaran Tahun 2023 ini ia dapat membantu anda dalam proses membuat permohonan bagi jawatan ini dan segala maklumat dan info yang telah disediakan adalah rasmi daripada Majikan. Semoga anda berjaya dalam permohonan jawatan ini.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati