Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Kisah Ringkas Kehidupan Sahabat Umar Al Khattab Di Sisi Rasulullah

Kisah Ringkas Kehidupan Sahabat Umar Al Khattab Di Sisi Rasulullah
Kisah Ringkas Kehidupan Sahabat Umar Al Khattab Di Sisi Rasulullah 8

Siapa yang tidak kenal sahabat seperjuang Nabi Muhammad SAW iaitu Saidina Umar Al Khattab. Pada awalnya, Umar al-Khattab merupakan tokoh Quraisy yang keras penentangannya terhadap Islam, tetapi akhirnya menjadi orang khalifah kedua selepas kewafatan Abu Bakar As Siddiq dalam Islam.

Jadi, ingin tahu lebih lanjut kisah hidup seorang sahabat Umar Al Khattab ini? Mari kita pelajari dan mengambil pelajaran dari riwayat hidup seorang khalifah ini.

Riwayat Hidup Saidina Umar Al Khattab Secara Ringkas

Biodata Lengkap Umar Al Khattab

Umar Al Khattab 1 1
Kisah Ringkas Kehidupan Sahabat Umar Al Khattab Di Sisi Rasulullah 9

Umar Al-Khattab atau “Umar Al-Faruq” demikian gelaran khalifah Islam kedua pada zaman pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin. Nama penuh putera Al-Khattab ini ialah Umar bin Khattab bin Naufal bin Abdul Uzaz bin Ribah bin Abdullah bin Qurat bin Zurah bin Ali bin Ka’ab bin Luway bin Fihr bin Malik. Salasilah keturunannya bertemu dengan salasilah keturunan Rasulullah SAW pada moyang mereka, Ka’ab, iaitu keturunan yang ketujuh daripada kerabat Nabi Muhammad SAW. (Haji Abdul Rani Mustaffa:2003)

Umar dilahirkan pada tahun 584 Masihi di kota Makkah. Ibunya pula bernama Hantamah binti Hisyam bin al-Mughirah bin Abdullah bin Umar bin Makhzum. Bani Makhzum merupakan satu anggota yang besar dalam kabilah Quraisy. Semasa zaman Jahiliyah, ia telah banyak melahirkan pemimpin-pemimpin yang hebat. Mereka terkenal dengan bilangan yang ramai dalam kepimpinan, masyhur dengan keberanian yang tiada tara, kuat dan keras sehingga kaum Quraisy menyerahkan tugas penjagaan tali gembalaan dan khemah-khemah kepada mereka. Pada saat sebelum Islam hampir menjelma, tugas ini berada di tangan Khalid bin al-Walid. (Mahmud Syakir:2004)

Nama penuh‘Umar bin al-Khattab bin Nufayl bin Abdul Uzza
Penaklukan23 Ogos 634 Masihi – 6 November 644 Masihi
Lahir582 Masihi (45 sebelum hijrah)
Tempat lahirMakkah, Semenanjung Arab
Meninggal dunia6 November 644 Masihi (26 Zulhijjah 23 Hijrah)
Tempat meninggal duniaMadinah, Semenanjung Arab
Lokasi pengebumianMasjid Nabawi, Madinah
PendahuluSaidina Abu Bakar
PenggantiSaidina Uthman Affan
AyahandaAl-Khattab bin Nufayl
IbundaHantamah binti Hisham ibn al-Mugheerah
Saudara lelakiZayd ibn al-Khattab
Saudara perempuanFatimah bint al-Khattab
Isteri• Zaynab bint Maz’un
• Umm Kulthum bint Ali
• Quraybah bint Abi Umayyah al-Makhzumi
• Umm Hakim bint al-Harith ibn Hisham
• Jamilah bint Thabit
• Atikah bint Zayd ibn Amr ibn Nufayl
• Luhyah
• Fukayhah
Anakanda lelaki• ‘Abdullah ibn `Umar
• ‘Abd ar-Rahman ibn ‘Umar
• ‘Ubaid Allah ibn ‘Umar
• Zayd ibn ‘Umar
• Asim ibn Umar
• Iyaad ibn ‘Umar
• ‘Abd ar-Rahman ibn ‘Umar
• Abd ar-Rahman (Abu Shahmah)
Anakanda perempuan• Hafsa bint ‘Umar
• Fatima bint ‘Umar
• Zaynab bint ‘Umar
KeturunanFarooqui
Gelaran lainAl-Farooq (“Pembanding diantara benar dan salah”)
Amir al-Mo`mineen (“Ketua orang-orang beriman”) [2]

Sewaktu kecilnya, Umar mengembala kambing. Apabila usianya berginjak remaja, beliau berjinak-jinak dengan dunia perniagaan dan sering berdagang ke Syam. Selain kedudukan keluarganya yang disegani, Umar juga dikenali sebagai pemuda Quraisy yang gagah berani. Malah, di pasar Ukkaz, beliau merupakan juara gusti yang paling perkasa. Sebelum memeluk agama Islam, Umar amat memusuhi Rasulullah SAW. Sikapnya sama seperti Abu Jahal. Umar menganiaya pengikut-pengikut Rasulullah tanpa belas kasihan, malah beliau pernah menyeksa hambanya yang bernama Labinah kerana memeluk agama Islam.

Ketika Muhammad Al-Amin diutus menjadi Rasul, usia Umar sudah menjangkau 27 tahun. Pada peringkat awal dakwah Islam, Umar merupakan penghalang besar kepada perjuangan Rasulullah SAW. Kebenciannya kepada agama Islam amatlah ketara. Beliau tidak segan silu menyeksa orang Islam dan beliau juga berpegang teguh dengan fahaman jahiliyahnya. Namun begitu, Umar tidak mampu untuk mengugat pendirian mereka terhadap agama Islam. (Mahmud Syakir:2004)

Sejerah Ringkas Umar Al Khattab Sebelum Memeluk Islam

Umar Al Khattab 2
Kisah Ringkas Kehidupan Sahabat Umar Al Khattab Di Sisi Rasulullah 10

Saidina Umar bin al-Khattab telah mendapat hidayat Islam pada tahun ke-6 kenabian (Nabi Muhammad s.a.w berusia 46 tahun ketika itu) ketika berumur 33 tahun. Beliau memeluk Islam setelah mendengar adik perempuannya membaca ayat-ayat al-Quran.

Menurut ahli sejarah Islam, semasa Saidina Umar dalam perjalanan untuk membunuh Rasulullah s.a.w., beliau bertembung dengan rakannya Nu’aim bin ‘Abdullah yang mengatakan bahawa beliau haruslah membetulkan adik perempuannya dahulu memandangkan adiknya telah memeluk Islam.

Saidina Umar pergi ke rumah adiknya serta suaminya dan mendapati mereka berdua dan Khabbab bin ‘Aratt sedang membaca al-Quran daripada Surah Taha. Dalam keadaan yang marah dan kecewa beliau memukul adiknya. Apabila melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf dan sebagai balasan beliau akan membaca secebis ayat Al Quran kepada adiknya. Beliau berasa terharu apabila mendengar ayat-ayat al-Quran yang begitu indah sehinggakan beliau memeluk Islam pada hari itu juga. Lalu Umar al-Khattab segera menuju ke rumah Nabi Muhammad SAW, bukan untuk membunuh Baginda tetapi untuk menyatakan keislamannya.  Ternyata doa Rasulullah  SAW telah diterima oleh Allah SWT. Umur Umar al-Khattab ketika itu ialah 27 tahun, dan di tahun ke-6 kenabian Rasulullah SAW. Selepas peristiwa terbabit, beliau berjanji akan melindungi Islam sehingga ke titisan darah terakhir. Peristiwa ini terjadi pada bulan Zulhijjah tahun keenam kenabian.

Berikut kisah Saidina Umar Al Khattab memeluk Islam dari channel Kisah Teladan.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabrani bahawa Rasulullah s.a.w juga pernah berdoa: Ya Allah , kuatkanlah Islam dengan Umar.

Sebuah hadis daripada Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila Umar memeluk Islam, Jibrail pun datang dan berkata: Ya Muhammad , sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan Islamnya Umar.

KIsah Umar Al Khattab Setelah Memeluk Islam dan Dipilh Menjadi Khalifah

Umar Al Khattab 7
Kisah Ringkas Kehidupan Sahabat Umar Al Khattab Di Sisi Rasulullah 11

Selepas beliau menerima Islam, Islam seolah mendapat ‘roh’ baru. Diriwayatkan, mereka tidak pernah merasakan kehebatan Islam ini melainkan setelah Umar al-Khattab memeluk Islam. Umar al-Khattab didoakan oleh Rasulullah agar menerima Islam, dan Islam bertambah kuat dengan adanya beliau.

Sewaktu Abu Bakar as-Siddiq jatuh sakit selama 15 hari, beliau berasakan harus mencari pengantinya. Beliau bimbang jika setelah ketiadaannya akan berlaku pertelingkahan dalam mencari penganti. Abu Bakar as-Siddiq berasakan Umar al-Khattab adalah pengantinya yang terbaik. Lalu beliau mengumpulkan beberapa para sahabat yang antaranya; Abdul Rahman bin Auf dan Uthman bin Affan daripada kaum Muhajirin dan Asid bin Khudair dari kaum Ansar.

Abdul Rahman bin Auf mengingatkan mengenai sikap Umar al-Khattab yang keras. Namun, Abu Bakar as-Siddiq menyakinkannya bahawa Umar al-Khattab pasti bersikap lembut apabila memerintah. Lalu semua sahabat setuju dengan pemilihan itu.

Khalifah Abu Bakar as-Siddiq meminta supaya berita itu tidak dihebahkan dahulu kepada umum serta memerintahkan Uthman bin Affan menulis perlantikan Umar al-Khattab bagi mengantikannya kelak. Apabila Abu Bakar as-Siddiq meninggal dunia, Umar bin al-Khattab dilantik sebagai khalifah yang kedua  secara rasminya dan dibaiah dalam Masjid Nabawi.

Kehidupan Umar Bin Al Khattab Sebagai Khalifah Selepas Kewafatan Nabi Muhammmad SAW

Kepimpinan Khalifah Umar Al Bin Khattab

Umar Al Khattab 5
Kisah Ringkas Kehidupan Sahabat Umar Al Khattab Di Sisi Rasulullah 12

Sebut saja nama Umar bin al-Khattab r.a, ramai orang mengenalinya bukan saja sebagai antara sahabat Nabi SAW yang utama. Malah, ramai mengaguminya sebagai pentadbir yang hebat semasa era Khulafa’ al-Rashidin. Dan banyak pengajaran urus tadbir yang boleh diambil dan diaplikasikan dalam kehidupan hari ini.

Ketika zaman pemerintahan Umar, empayar Islam sudah meluas sehingga ke bumi Iraq, Iran, Azerbaijan, Khurasan (bekas jajahan Parsi), Palestin dan Syria (dahulu Sham di bawah jajahan Rom) serta Mesir dan Libya di utara Afrika.

Berikut adalah merupakan kepimpinan Umar Al khattab pada negara Islam yang boleh dicontohi:

Kepimpinan Umar Al khattab
1. Amanah dan kebertanggungjawabanIsu amanah dan kebertanggungjawaban mungkin kelihatan perkara kecil tetapi itulah nilai utama yang harus ada dalam sesebuah pemimpin. Umar r.a amat mengambil berat tentang hal ini sehingga pernah mengungkapkan kata-kata ini, “Jika seekor keldai terjatuh ke dalam Sungai Furat, aku bimbang Allah akan menyoalku, kenapa aku tidak melakukan perkara itu dan ini.”
2. Pemerintahan secara kolektif dan menjaga keperluan individuSatu perkara yang disedari ramai pengkaji sejarah tentang Umar r.a ialah beliau amat menekankan soal pemerintahan secara kolektif. Nilai ini sebenarnya telah ditanam dalam dirinya menerusi pekerjaannya sebagai pengembala unta milik bapanya, al-Khattab bin Nufayl. Semasa mengembala, beliau sedar walaupun unta yang digembala kelihatan sama, hakikatnya unta juga mempunyai perangai tersendiri.
3. Pembahagian masaSebagai pemerintah, Umar r.a sedar keperluan mengimbangkan masa sebagai pemerintah dengan tanggungjawab-tanggungjawabnya lain termasuk sebagai suami dan ayah. Atas sebab itu, waktu siang diperuntukkan untuk urusan pentadbiran sementara malam pula digunakan untuk bermunajat kepada Allah s.w.t dan berehat. Kekuatan rohani yang diperoleh semasa tempoh berkenaan membantunya menanggung urusan pemerintahan sepanjang 10 tahun 8 bulannya itu.
4. Jangan takut kepada sesiapa dan buang sikap pilih kasihPerkara ini amat ditekankan Umar r.a dalam aspek pemerintahannya. Sekiranya sesebuah negara/kerajaan ingin memperjuangkan kebebasan dan keadilan, maka ia harus dimulakan dengan membuang dua sikap yang dinyatakan. Kerana dari situlah, keadilan dan kebenaran sebenar dapat dicapai sekaligus membuka jalan kepada kemakmuran sesebuah negara/kerajaan.
5. “Anda ialah khadam, bukan pemerintah”Bagi Umar r.a, pemerintahan ialah satu amanah dan bukannya peluang untuk mengkayakan diri sendiri. Beliau melihat dirinya sebagai pemegang amanah dan khadam kepada ummah dalam aspek pemerintahan sehinggalah ia beralih kepada pemerintah seterusnya. Ini bukan sekadar menguatkan lagi sifat berhemah dan rendah diri yang dimiliki sahabat Nabi s.a.w yang mulia itu, tetapi ia turut menunjukkan pemerintah sama saja dengan orang awam yang ditadbirnya.

Sumbangan Umar Al Khattab Dalam Pembaharuan Bidang Pentadbiran

Dalam setiap tindakan dan keputusannya Saidina Umar Al khattab merupakan hal terbaik dan memberi sumbangan yang sangat besar terhadap agama dan umat Islam ketika itu. Terdapat banyak pembaharuan yang dilakukan beliau yang menambaikkan kedudukan Islam dan umatnya, antaranya;

Umar Al Khattab 6
Kisah Ringkas Kehidupan Sahabat Umar Al Khattab Di Sisi Rasulullah 13

Pembaharuan Dalam Bidang Politik dan Pentadbiran.

  • Membentuk majlis syura.
  • Memperbaharui undang-undang pentadbiran tanah.
  • Melakukan polisi baru untuk golongan Dzimmi.
  • Mengasas takwim hijrah

Pembaharuan Dalam Bidang Sosial

  • Menaik taraf kedudukan golongan hamba
  • Menubuhkan jabatan aduan
  • Pembangunan sitem pendidikan
  • Menubuhkan ketenteraan setiap jabatan
  • Perundangan dan kehakiman

Pembaharuan Dalam Bidang Ekonomi

  • Penambahbaikan Baitulmal
  • Memajukan sistem pertanian

Penutup Kisah Kewafatan Umar Al Khattab Di Bumi Mekkah

Umar Al Khattab 4
Kisah Ringkas Kehidupan Sahabat Umar Al Khattab Di Sisi Rasulullah 14

Umar  al-Khattab meninggal dunia pada tahun 644, iaitu pada akhir bulan Zulhijjah tahun 23H ketika berusia 63 tahun. Beliau telah dibunuh dengan ditikam oleh Abu Lu’lu’ah sebanyak enam kali ketika sedang mendirikan solat subuh. Beliau dimakamkan berhampiran makam Rasulullah SAW.

Walaupun Umar al-Khattab sebelum pengislamannya adalah penentang utama dakwah Rasulullah SAW, tetapi setelah memeluk Islam beliau menjadi pembela pertama Islam, sehinggakan sedikit sebanyak perkembanagn Islam ketika itu turut dipengaruhi oleh kekuatan dan keberanian Umar al-Khattab.

Ternyata Umar al-Khattab bukan sahaja seorang sahabat, serta mukmin yang setia tetapi merupakan pemimpin berwibawa yang sangat didambakan oleh umat Islam. Bahkan sehingga kini tokoh seperti Umar al-Khattab masih belum berganti. Semoga akan muncul pemimpin  persis Umar al-Khatab suatu hari nanti demi mengembalikan kegemilangan Islam, Amiin.

Soalan FAQs Tentang Umar Al Khattab

1. Apakah yang membuatkan Umar Ibn Al-Khattab terkenal?

Umar adalah pengasas Fiqh, atau perundangan Islam. Beliau dianggap oleh Muslim Sunni sebagai salah seorang Faqih yang paling hebat.

2. Apakah nama sebenar Umar Ibn al-Khattab?

Nama peribadinya ialah ‘Umar, Faruq adalah gelarannya, dan Ibn Al-Khattab, nama keluarganya.

3. Mengapa Umar Ibn al-Khattab seorang pemimpin yang baik?

Umar Ibn al-Khattab terkenal dengan keaslian dan keikhlasannya sebagai seorang pemimpin. Dia mengamalkan prinsip yang dia anjurkan dan mendapat kepercayaan dan penghormatan pengikutnya.

4. Negara manakah yang diperintah oleh Umar bin Khattab?

Iraq, Iran, Azerbaijan, Armenia, Georgia, Syria, Jordan, Palestin, Lubnan, Mesir, dan sebahagian Afghanistan, Turkmenistan dan selatan pada masa kini barat Pakistan menjadi Khalifah.

5. Adakah Umar dapat menakluki Parsi?

Mengarahkan dari Madinah, beberapa ribu kilometer jauhnya, penaklukan pantas Umar ke atas Parsi dalam siri serangan yang diselaraskan dengan baik, pelbagai serampang menjadi kejayaan terbesarnya.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati