Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Bantuan Asasi RM3920 : Mohon Sumbangan Daripada Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2022 l Pelajar Asasi Layak Memohon!

Bantuan Asasi RM3920
Bantuan Asasi RM3920

Bantuan Asasi RM3920 : Mohon Sumbangan Daripada Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2022 l Pelajar Asasi Layak Memohon!. Untuk makluman umum, berita baik kepada pelajar asasi tahun 2022, anda layak untuk membuat permohonan bantuan setahun sejumlah sehingga RM3,920.

Melalui Kementerian Pendidikan Malaysia, bantuan pelajar telah diumumkan bagi membantu mereka yang memerlukan mendapat sokongan dan bantuan dari segi bantuan kewangan. Kerajaan Malaysia sentiasa mengambil inisiatif bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bagi mereka yang berminat membuat permohonan, anda boleh merujuk maklumat lengkap dan lanjut dibawah.

Bantuan Asasi RM3920 : Mohon Sumbangan Daripada Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2022 l Pelajar Asasi Layak Memohon!

hands 2888625 640
Bantuan Asasi RM3920

Apakah Itu Bantuan Asasi?

Bantuan Kewangan Asasi ialah merupakan Bantuan Pelajar di 12 Pusat Pengajian Asasi Universiti Awam(UA). Bantuan ini diperkenalkan oleh KPM dalam usaha untuk membantu membiayai kos sampingan hidup kepada pelajar yang menepati syarat-syarat kelayakan sahaja. Bantuan Asasi merupakan inisiatif kerajaan Malaysia dalam usaha menyokong mereka yang melanjutkan pengajian diperingkat tinggi pengajian Asasi.

Apakah Syarat-Syarat Dan Kriteria Untuk Melayakkan Pelajar Mendapat Bantuan Asasi?

Bagi pemohon yang berminat untuk membuat permohonan bantuan asasi, anda boleh ikuti Syarat-syarat dan kriteria untuk memohon Bantuan Kewangan Asasi dibawah:

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia.
  2. Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar yang mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam dengan pendapatan keluarga dari kelompok B40 dan M40;
  3. Pelajar yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya; dan
  4. Kursus pengajian telah diperakui dan diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Berapakah Bantuan Kewangan Asasi Yang Akan Pelajar Terima Sepanjang Tempoh Pengajian?

Pelajar akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM 3,920 setahun/sepanjang tempoh pengajian. Pecahan kepada bantuan kewangan sebanyak RM3,920.00 adalah seperti berikut:

  1.  Elaun Wang Saku : RM 2,500.00 setahun
  2.  Yuran Pengajian dan Yuran Penginapan : RM1,420.00 setahun
  3. Tambang penerbangan sekali (pergi dan balik untuk pelajar Sabah, Sarawak dan Labuan atau sebaliknya).

Soalan Lazim & FAQ Berkenaan Bantuan Asasi KPM

Sekiranya Pelajar Menerima Bantuan Kewangan Asasi Dan Gagal Untuk Menamatkan Pengajian Dengan Jayanya, Adakah Pelajar Perlu Membayar Semula Bantuan Yang Telah Diterima Sepanjang Pengajian?

Ya. Pelajar perlu membayar balik jumlah perbelanjaan sebenar yang telah ditaja oleh KPM kepada pelajar sekiranya pelajar gagal menamatkan pengajian dengan jayanya.

Adakah Pelajar Boleh Menerima Tajaan/ Biasiswa Daripada Agensi Lain Sekiranya Telah Menerima Bantuan Kewangan Asasi Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia?

Pelajar tidak boleh menerima tajaan/biasiswa lain sekiranya telah menerima Bantuan Kewangan Asasi di bawah KPM. Pelajar perlu membayar balik kepada KPM sejumlah wang yang telah diberikan kepada pelajar sekiranya menerima tawaran tajaan/biasiswa lain ataupun pelajar perlu menolak tajaan/biasiswa lain sekiranya pelajar menerima Bantuan Kewangan Asasi di bawah KPM.

Cara-Cara Permohonan Bantuan Asasi RM3920

Jika anda berkelayakan dan menepati syarat yang ditetapkan, permohonan bantuan asasi ini boleh dibuat secara online melalui Portal Rasmi Bahagian biasiswa dan pembiayaan KPM.

Kepada pelajar yang ingin memohon perlu semak dan cetak sendiri dokumen tawaran anda. Selepas lengkap, anda perlu menghantar dokumen melalui Pejabat Pendaftaran Universiti (UA) masing-masing dan di dibenarkan mengemukakan terus ke pihak KPM.

Laman Web Rasmi KPM

Sebarang pertanyaan dan persoalan anda boleh rujuk di laman web rasmi KPM. Sila kongsikan perkongsian ini kepada mereka yang memerlukan.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati