Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Solat Jumaat: Syarat Wajib Dan Sah Solat Jumaat Beserta Niat Jumaat

Solat Jumaat: Syarat Wajib Dan Sah Solat Jumaat Beserta Niat Jumaat
Solat Jumaat: Syarat Wajib Dan Sah Solat Jumaat Beserta Niat Jumaat 6

Umat Islam dituntut untuk datang awal ke Masjid menunaikan solat fardu Jumaat bagi meraih ganjaran daripada Allah SWT. Solat ini wajib ditunaikan secara berjemaah di masjid dengan sekurang-kurangnya 40 orang jemaah yang tinggal tetap di kawasan tersebut.

Kepada yang tidak tahu apa syarat-syarat wajib dan sah solat Jumaat boleh boleh ketahui lebih lanjut di artikel ini. Di sini juga disertakan sekali dengan cara niat Solat Jumaat.

Pengertian Solat Jumaat

Solat Jumaat
Solat Jumaat: Syarat Wajib Dan Sah Solat Jumaat Beserta Niat Jumaat 7

Solat fardhu Jumaat ialah Solat dua rakaat berjamaah selepas mendengar khutbah, dalam waktu Zuhur pada hari Jumaat. Hukumnya “Fardhu Ain iaitu wajib dikerjakan oleh setiap orang lelaki yang mencukupi syarat-syarat yang tertentu.

Syarat-syarat Wajib Solat Jumaat

  1. Islam- tidak wajib bagi orang-orang kafir
  2. Lelaki- orang-orang perempuan tidak diwajibkan, tetapi sah jika mereka mengikut bermakmum solat Jumaat
  3. Baligh- tidak wajib ke atas kanak-kanak yang belum baligh
  4. Berakal- tidak wajib ke atas orang yang gila
  5. Bermukim (tinggal mentap)- tidak diwajibkan ke atas orang musafir
  6. Tidak uzur- orang yang sakit
  7. Merdeka- tidak diwajibkan ke atas hamba abdi

Syarat-syarat Sah Solat Jumaat

Solat Jumaat seseorang hanya sah dengan memenuhi syarat-syarat yang berikut:

  • Berjamaah- tidak sah jika solat itu seorang diri.
  • Jumlah jamaah yang mendirikan solat Jumaat itu sekurang-kurangnya 40(empat puluh) orang yang bermastautin (tinggal menetap) di tempat itu.
  • Solat Jumaat hendaklah didirikan dalam waktu Zuhur.
  • Solat Jumaat wajib didirikan pada tempat yang telah ditentukan seperti bangunan masjid dalam kawasan kediaman, sama ada di kampung, di kawasan perumahan atau di bandar.
  • Dalam satu kawasan hendaklah diadakan satu Jumaat sahaja.
  • Sebelum didirikan solat Jumaat hendaklah diadakan Khutbah dua kali(khutbah pertama dankhutbah kedua).

Catatan:

  1. Orang yang bermukim sementara (tinggal buat sementara waktu) di kawasan tersebut, hukumnya “fardhu Ain” atau wajib solat Jumaat tetapi ia tidak termasuk dalam bilangan 40 orang yang tinggal menetap.
  2. Orang musafir hukumnya sunat sahaja dapat bersam-sama mendirikan solat Jumaat. Ia juga tidak termasuk dalam bilangan 40 orang yang tinggal menetap.

Niat Solat Jumaat

Solat Jumaat 2
Solat Jumaat: Syarat Wajib Dan Sah Solat Jumaat Beserta Niat Jumaat 8

Maksudnya: “Sahaja aku solat fardhu Jumaat dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.”

Khutbah Jumaat dan Rukun-rukun Dua Khutbah Jumaat

Khutbah JUmaat ialah ucapan/syarahan atau ceramah yang wajib diucapkan oleh Khatib atau Imam; dan wajib didengar oleh para jemaah solat Jumaat tersebut. Khutbah hendaklah mengandungi nasiha-nasihat dan pengajaran di samping memuji Allah dan mengucap salawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Solat Jumaat 3
Solat Jumaat: Syarat Wajib Dan Sah Solat Jumaat Beserta Niat Jumaat 9

Kedua-dua khutbah Jumaat hendaklah dilaksanakan mengikut peraturan dan rukun-rukun yang telah ditentukan iaitu:

  1. Setiap Khutbah hendaklah dimulai dengan memuji Allah seperti ucapan: “Alhamdulillah”.
  2. Setelah memuji Allah SWT hendaklah diikuti dengan Salawat ke atas Nabi Muhammad SAW seperti ucapan “Allahumma Solli ‘Ala Muhammadin Wa ‘Ala Aali Muhammad”.
  3. Setiap khutbah Jumaat hendaklah mengandungi peringatan dan pesana kepada para jemaah supaya taat mematuhi segala perintah Allah dan meninggalkan nsegala larangan-Nya.
  4. Salah satu dari dua khutbah itu hendaklah mengandungi bacaan ayat-ayat Al-Quran serta tafsirannya sebaik dalam khutbah yang pertama.
  5. Dalam Khutbah yang kedua hendaklah mendoakan sekalian orang-orang yang beriman, mukminin dan mukminat.

Syarat-syarat Sah Dua Khutbah Jumaat

Khutbah Jumaat hanya sah dilaksanakan dengan syarta-syarat yang telajh ditentukan iaitu:

  1. Khatib atau Imam yang membaca Khutbah hendaklah lelaki. Tidak sah jika perempuan.
  2. Ketika membaca Khutbah hendaklah berdiri (bagi orang yang berkuasa berdiri).
  3. Pembaca Khutbah hendaklah duduk duduk sebentar selepas membaca khutbah pertama sebelum diikuti khutbah yang kedua (duduk antara dua khutbah).
  4. Pembaca khutbah hendaklah dalam keadaan suci badan, pakaian dan tempat daripada najis.
  5. Pembaca khutbah hendaklah dalam keadaan menutup aurat.
  6. Suara pembaca khutbah hendaklah nyaring supaya dapat didengar oleh para jemaah.
  7. Rukun-rukun khutbah hendaklah dibaca dalam bahasa asal (bahasa Arab) demikian juga ayat-ayat Al-Quran.
  8. Membaca khutbah Jumaat hendaklah telah masuk waktu Zuhur dan dilakukan sebelum solat Jumaat.
  9. Hendaklah berturut-turut rukun-rukunnya iaitu didahului khutbah pertama, khutbah kedua dan solat Jumaat.

Peringatan Penting Semasa Khutbah dan Semasa Masuk Ke Masjid

Solat Jumaat 4
Solat Jumaat: Syarat Wajib Dan Sah Solat Jumaat Beserta Niat Jumaat 10

Semasa Imam atau khatib sedang membaca khutbah, para jemaah wajib mendengar dengan kusyuk dan teliti, tidak dibenarkan berbual-bual atau bercakap-cakap walau sepatah pun. Rasulullah SAW pernah mengingatkan dalam sabdanya yang bermaksud:

“Apabila Khatib menaiki mimbar, janganlah seseorang dari kamu bercakap-cakap; dan sesiapa yang bercakap maka sia-sialah ia; dan sesiapa yang sia-sia maka tiadalah pahala Jumaat baginya”.

1.Solat Sunat Tahiyyatul Masjid

Setiap kali masuk ke dalam masjid, sebelum duduk, disunatkan solat sunat dua rakaat bagi mnghormati masjid; dunamakan solat sunat Tahiyyatul Masjid.

Lafaz niatnya:

أُصَلِّى سُنَّةَ التَّحِيَّةَ الْمَسْجِدِ رَكْعَتَيْنِ لله تعالى

Arab Latin: Ushallii sunnatat tahiyatal masjidi rak’ataini lillahi ta’aala

Ertinya: “Sahaja aku solat sunat Tahiyat-Masjid dua rakaat, karena Allah Ta’ala”.

2. Niat I’tikaf Bila Masuk Masjid

Setiap kali masuk ke dalam masjid, disunatkan berbuat i’tikaf (berhenti dalam masjid).

Lafaz niatnya:

نَوَيْتُ الاِعْتِكَافَ فِي هذَا المَسْجِدِ لِلّهِ تَعَالى

Arab latin: Nawaitul i’tikāfa fī hādzal masjidi lillāhi ta‘ālā.

Ertinya: “Sahaja aku berniat i’tikaf di masjid ini karena Allah SWT.”

Amalan-amalan Sunat Hari Jumaat

Mereka yang mengerjakan solat Jumaat akan mendapat tambahan pahala sunat dengan melakukan perkara-perkara berikut:

  1. Mandi sunat
  2. Memotong kuku dan bercukur
  3. Membaca Surah al-Kahfi
  4. Perbanyakan bersedekah
  5. Memakai pakaian yang elok
  6. Memakai wang-wangian
  7. Perbanyakkan Zikrullah dan Doa
  8. Hadir awal ke masjid
  9. Memperbanyakkan solat sunat
  10. Berselawat

Semua maklumat ini dirujuk dari sumber Buku Terbitan DARUL NU’MAN (Panduan Lengkap Ibadah Solat). Semoga dengan info ini kita lebih mendekatkan diri dengan Allah sebagai hamba yang patut syariat-Nya.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati