Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Penjawat Awam Tidak Boleh Terima Duit Raya dan Penerangan Hadiah Penjawat Awam

Penjawat Awam Tidak Boleh Terima Duit Raya dan Penerangan Hadiah Penjawat Awam

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa penjawat awam tidak boleh terima duit raya. Perkara ini telah dijelaskan oleh Unit Integriti MAFI. Perkara ini juga telah termaktub dalam pekeliling perkhidmatan bilangan 3 tahun 1998.

Pegaiwai awam tidak boleh terima duit raya atau beri hadiah dalam apa jua bentuk sekalipun seperti hamper, duit raya dan lain-lain berkaitan dalam tugas rasmi. Ikuti ulasan lebih lanjut apakah jenis hadiah dan kenapa penjawat awam tidak boleh terima duit raya.

Penerangan Hadiah Penjawat Awam dan Penjawat Awam Tidak Boleh Terima Duit Raya

Terdapat beberapa larangan kepada penjawat awam selain daripada penjawat awam tidak boleh terima duit raya, ada juga situasi dimana penjawat awam tidak boleh terima segala bentuk hadiah. Perkara ini telah diterangkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 tahun 1998.

Apakah itu Hadiah Penjawat Awam?

penjawat awam tidak boleh terima duit raya

Hadiah penjawat awam adalah menurut maksud Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) merupakan bentuk pemberian. Bagi hadiah termasuklah seperti dibawah:

  • Wang
  • Tambang percuma
  • Saham
  • Tiket loteri
  • Kemudahan perjalanan
  • Hiburan
  • Perkhidmatan
  • Keahlian kelab
  • Apa-apa bentuk komisen
  • Hamper
  • Barang kemas
  • Perhiasan
  • Benda yang bernilai

Segala bentuk perkara yang diberi kepada diterima pegawai itu adalah diperkirakan sebagai hadiah. ( Rujuk : Perenggan 4(a) – MyPPSM UP.7.2.5)

Penjawat Awam Terima Hamper, Adakah Rasuah?

Dalam konteksi penerimaan atau pemberian hadiah kepada penjawat awam tidak kira kecil atau besar nilainya adalah menjadi satu kesalahan rasuah seandainya pekerja yang mempunyai majikan menerima atau memberi hadiah untuk sesuatu perkhidmatan atau tugasan rasmi daripada pembekal atau pemberi hadiah.

Perkara ini juga merangkumi dalam konteks penjawat awam, swasta dan orang awam. (Rujuk : Perenggan 12 – MyPPSM UP.7.2.5)

Adakah Penjawat Awam Tidak Boleh Terima Duit Raya Semasa Musim Perayaan?

penjawat awam tidak boleh terima duit raya
penjawat awam tidak boleh terima duit raya

Pegawai awam tidak boleh terima duit raya atau menerima hadiah dalam apa bentuk sekalipun seperti hamper, Limau Mandarin, Ang Pau dan lain-lain yang ada hubungan dengan tugas rasminya. ( Rujuk : Perenggan 5 – MyPPSM UP.7.2.5)

Bagaimana Penjawat Awam Terima Hadiah Semasa Tiada Kaitan Dengan Tugasan Rasmi?

Bagi seseorang penjawat awam, Boleh diterima namun hendaklah sepadan iaitu nilainya mestilah kurang ¼ daripada emolumen atau kurang RM500.00. Seandainya hadiah tersebut tidak sepadan iaitu melebihi emolumen atau melebihi RM 500.00, maka penjawat awam perlu melapor kepada Ketua Jabatannya untuk kelulusan melalui Borang Lampiran UP.7.2.5(A). (Boleh rujuk contoh surat lampiran dibawah).

Walau bagaimanapun sekiranya nilainya melebihi RM 500.00 ianya boleh diterima dalam keadaan tertentu seperti hadiah diterima dari rakan sempena persaraan, pertukaran, pertunangan pegawai dan perkahwinan pegawai. ( Rujuk : Perenggan 7 – MyPPSM UP.7.2.5)

Seandainya terdapat keraguan, maka boleh melaporkan penerimaan hadiah itu kepada Ketua Jabatan. (Rujuk : Perenggan 8 – MyPPSM UP.7.2.5)

Penjawat Awam Terima Hadiah Misteri

Bagi keadaan sedemikian, pegawai disarankan untuk melaporkan kepada Ketua Jabatannya untuk membuat keputusan. Perlu berbuat sedemikian bertujuan untuk menyelamatkan pegawai daripada ditohmah oleh pihak tertentu. (Rujuk : Perenggan 6 – MyPPSM UP.7.2.5)

Penjawat Awam Terima Hadiah Seperti Duit Raya Dan Ang Pow Semasa Majlis Rasmi

Tatacara Pemberian dan Penerimaan Hadiah Dalam Perkhidmatan Awam, pegawai awam tidak boleh menerima atau memberi atau melalui pihak lain yang ada kaitan tugas rasminya. Walau bagaimanapun dalam keadaan yang sukar ditolak, dan merasa ragu-ragu maka dengan seberapa segera melaporkan secara bertulis kepada Ketua Jabatannya untuk kebenaran.( Rujuk : Perenggan 9 – MyPPSM UP.7.2.5)

Penjawat Awam Terima Hadiah Kurang RM 100.00

Seandainya nilainya kurang RM 100.00 perlu lapor tanpa kebenaran melalui Borang Lampiran UP.7.2.5(B). (Rujuk : Perenggan 10,11 – MyPPSM UP.7.2.5)

Jemputan Penjawat Awam Hadir untuk Berbuka Puasa, Adakah Boleh Hadir?

Seandainya ia tidak mempunyai urusan rasmi pegawai berkenaan boleh hadir. Walau bagaimanapun seandainya pegawai atau jabatan mempunyai urusan rasmi jabatan wajar dirujuk kepada Ketua Jabatan untuk kebenaran supaya tidak menimbulkan tohamahan. Dalam situasi ini, ianya berbentuk keraian dan bukan hadiah. (Perenggan 14 – MyPPSM UP.7.2.5)

Berkenaan Kesalahan Terima Hadiah Bagi Penjawat Awam

Peruntukan Undang-Undang Bagi Kesalahan Terima Hadiah

Berikut merupakan undang-undang, peraturan atau pekeliling yang memperuntukkan kesalahan berhubung pemberian dan penerimaan hadiah:

  • Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Seksyen 16, Seksyen17, Seksyen 20, Seksyen 21 dan Seksyen 23)
  • Kanun Keseksaan (Seksyen 165)
  • Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (Peraturan 8 dan Peraturan 9 )
  • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1998
  • Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2008
  • Akta Kastam 1967 (Seksyen 137); dan
  • Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 (Seksyen 10).

Hukuman Bagi Penjawat Awam yang Terima Hadiah dan Pemberi Hadiah Dengan Tujuan Rasuah

penjawat awam tidak boleh terima duit raya
penjawat awam tidak boleh terima duit raya

Mana-mana orang yang melakukan kesalahan memberi atau menerima rasuah apabila disabitkan kesalahan di bawah ASPRM 2009, seperti dibawah:

  • Boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun
  • Didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika dapat dinilai atau berbentuk wang, atau sepuluh ribu ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi (Rujuk: Seksyen 24, ASPRM 2009).

Oleh itu, dinasihatkan kepada penjawat awam untuk peka dengan penjawat awam tidak boleh terima duit raya dan apa-apa bentuk hadiah. Kemungkinan segala pemberian adalah mempunyai tujuan cenderung kearah rasuah.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati