Permohonan pengambilan jawatan USM 2024 kini sedang dibuka untuk permohonan para calon. Pihak USM telah menyediakan portal permohonan khusus kepada para calon. Untuk membuat permohonan dan mengetahui lebih lanjut, anda boleh ikuti beberapa perkara seperti senarai jawatan, syarat kelayakan dan cara permohonan.
Tawaran Pengambilan Jawatan USM 2024
Isi Kandungan
Universiti Sains Malaysia(USM) adalah merupakan Universiti yang berasaskan perkembangan dunia Sains. Sinonim dengan melahirkan pelbagai tenaga kemahiran perubatan dan kesihatan, USM sentiasa komited dalam memberi sumbang yang terbaik kepada masyarakat.
USM mempunyai dua cawangan iaitu yang utama ada di USM Pulau Pinang dan cawangan lainnya adalah USM Kelantan. Dengan matlamat yang jelas, USM terus maju kehadapan membina insan yang berjaya dan menyumbang dunia kesihatan negara Malaysia.
Berkenaan Maklumat Pengambilan Jawatan USM 2024
Dibawah adalah merupakan senarai jawatan kosong yang dibuka secara besar-besaran untuk diisi oleh para calon yang membuat permohonan kerja kali ini.
Perkara | Maklumat |
---|---|
Jawatan Kosong | PEGAWAI KESELAMATAN KP41 JURURAWAT U29 PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29 PEGAWAI DIETETIK U41 PEGAWAI PSIKOLOGI S41 PENOLONG PEGAWAI FARMASI U29 PEMANDU KENDERAAN H11 PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U11 PEGAWAI FARMASI UF41 PEGAWAI PERGIGIAN UG41 PEMBANTU MAKMAL C19 |
Lokasi Penempatan | USM, Kubang kerian, Kelantan |
Majikan | Universiti Sains Malaysia, Kelantan |
Senarai jawatan kosong diatas adalah boleh dirujuk melalui siaran iklan yang disediakan oleh pihak USM. Anda boleh merujuk dibahagian iklan yang kami susun dibawah.
Tempoh Permohonan Pengambilan Jawatan USM 2024
Para calon yang ingin membuat permohonan jawatan kosong USM kali ini, diminta untuk cakna tempoh permohonan yang telah dibuka untuk umum. Permohonan dibuka bermula 12 Mac sehingga 26 Mac 2024. Oleh itu, para calon perlu membuat permohonan dengan kadar segera dan mestilah mematuhi etika permohonan.
Mohon juga para calon untuk merujuk kepada syarat-syarat kelayakan yang telah disenaraikan dibahagian bawah.
Syarat Kelayakan Kerja
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan permohonan kerja bagi pengambilan jawatan USM 2024. Mohon calon rujuk syarat kelayakan permohonan segera:
- Calon mestilah berumur 18 tahun keatas.
- Merupakan warganegara Malaysia.
- Mempunyai kelayakan akademik yang diiktiraf minima PMR, SPM, Diploma dan Ijazah.
Seterusnya, para calon boleh merujuk kepada siaran iklan rasmi dan cara permohonan dibahagian prosedur permohonan.
Prosedur Permohonan Pengambilan Jawatan USM 2024
Semakan Iklan Pengambilan Jawatan USM 2024
Dengan senarai kekosong jawatan yang disenaraikan sebanyak 11 jawatan, para calon boleh membuat semakan terperinci melalui siaran iklan bagi setiap jawatan. Peluang kerja USM ini perlu disemak dengan sebaik mungkin agar para calon tidak terlepas pandang dengan perkara-perkara penting.
Bagi merujuk siaran iklan terperinci untuk setiap jawatan bagi pengambilan jawatan USM 2024, anda boleh merujuk kepada klik butang-butang dibawah:
Cara Mohon Kerja USM 2024
Para calon boleh membuat permohonan secara atas talian melalui sistem e-recruit USM. Berikut adalah langkah-langkah permohonan kerja di USM:
1. Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna erecruit.
2. Staf USM yang sedang berkhidmat dan aktif sila daftar erecruit staff.
3. Pemohon TIDAK PERLU menghantar sebarang cetakan maklumat yang telah diisi melalui Sistem Erecruit kepada Pihak Bahagian Sumber Manusia USM;
4. Tarikh Permohonan adalah pada 12/03/2024 sehingga 26/03/2024 ;
5. Sukacita diingatkan bahawa maklumat yang diisi adalah LENGKAP dan BETUL dari segi EJAAN, PERKATAAN DAN NOMBOR;
6. Ditegaskan bahawa hanya maklumat permohonan yang LENGKAP dan BETUL serta memenuhi syarat skim perkhidmatan sahaja akan dipilih dalam proses penyaringan;
7. Ditegaskan bahawa hanya calon yang melepasi ujian saringan sahaja akan dipanggil ke sesi temuduga;
8. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh enam (6) bulan maka permohonan tersebut dianggap TIDAK BERJAYA .
Selepas membuat permohonan, kemungkinan para calon akan menghadapi ujian saringan, selepas lulus barulah akan dipanggil untuk urusan temuduga. Diharapkan calon membuat permohonan dengan betul serta maklumat yang benar.
Kenapa saya tidak dipanggil untuk ujian saringan
Pembatu perawatam kesihatan