Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Garis Panduan Temu bual, Kenyataan Media dan Sidang Media oleh JPN, PPD dan Institusi Pendidikan di bawah KPM

KPM BERI KUASA KEPADA PIHAK SEKOLAH DALAM MENANGANI 1

Garis Panduan Temu bual, Kenyataan Media dan Sidang Media oleh JPN, PPD dan Institusi Pendidikan di bawah KPM ini merupakan Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 6 Tahun 2018 bertarikh 7 Jun 2018.

Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 6 Tahun 2018 Garis Panduan Temu bual Kenyataan Media dan Sidang Media oleh JPN PPD dan Institusi Pendidikan di bawah KPM1

Surat pekeliling lkhtisas ini dikeluarkan bertujuan memaklumkan pelaksanaan Garis Panduan Temu Bual, Kenyataan Media dan Sidang Media oleh Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Pengenalan

Garis Panduan Temu Bual, Kenyataan Media dan Sidang Media oleh Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Oaerah dan lnstitusi Pendidlkan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia ini adalah selaras dengan Transformasi KPM di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.

Langkah ini sejajar dengan penetapan semula peranan dan fungsi jabatan pendidikan negeri dan pejabat peodidikan daerah dengan memberikan lebih pengupayaan dalam membuat keputusan, keluwesan dan kebertanggungjawaban dalam menjalankan tugas bagi membolehkan penyelesaian yang sesuai dlrancang dan disampaikan kepada sekolah.

Tujuan

Garis Panduan Temu Bual, Kenyataan Media dan Sidang Media oleh Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan instilusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia ini bertujuan untuk:

  1. memberi panduan prosedur yang standard kepada pejabat pendidikan daerah (PPD), jabatan pendidikan negeri (JPN) dan institusi pendidikan di bawah KPM
  2. memastikan pihak PPD, JPN dan institusi pendidikan di bawah KPM mematuhi prosedur yang ditetapkan
  3. mempercepatkan proses maklum balas dalam menangani isu pendidikan dalam media.

Tarikh Berkuat kuasa

Surat pekeliling ikhtisas ini berkuat kuasa mulai tarikh surat ini diketuarkan iaitu bermula 7 Jun 2018. Dengan berkuatkuasanya surat pekeliling ikhtisas ini, maka Surat Pekeliling lkhtisas Bilangan 3/1985; Siaran Maklumat untuk Media Massa adalah dibatalkan.

Individu/Pihak yang Terlibat

Garis panduan ini terpakai kepada:

  1. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
  2. Pegawai Pendidikan Daerah (PPD)
  3. Pengarah Institut Pendidikan Guru (IPG)
  4. Pengetua Kolej Vokasional (KV)
  5. Pengarah Kolej Matrikulasi (KM)
  6. Guru Besar/Pengetua

Antara isi kandungan Surat Pekeliling ini adalah menyatakan bahawa bagi tujuan temu bual dan sidang media ini, GURU ADALAH DILARANG daripada memberikan temu bual atau mengeluarkan kenyataan media atau membuat sidang media. Sekiranya pihak guru tersebut ingin ditemu bual oleh media, kelulusan pihak JPN perlu diperoleh terlebih dahulu sebelum temu bual dijalankan.

Sehubungan dengan itu, muat turun Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 6 Tahun 2018 – Garis Panduan Temu bual, Kenyataan Media dan Sidang Media oleh JPN, PPD dan Institusi Pendidikan di bawah KPM pada pautan muat turun yang telah disediakan di bawah.

Dapatkan “Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 6 Tahun 2018 – Garis Panduan Temu bual, Kenyataan Media dan Sidang Media oleh JPN, PPD dan Institusi Pendidikan di bawah KPM” di sini

Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 6 Tahun 2018 Garis Panduan Temu bual Kenyataan Media dan Sidang Media oleh JPN PPD dan Institusi Pendidikan di bawah KPM1
Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 6 Tahun 2018 Garis Panduan Temu bual Kenyataan Media dan Sidang Media oleh JPN PPD dan Institusi Pendidikan di bawah KPM


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 6 Tahun 2018 – Garis Panduan Temu bual, Kenyataan Media dan Sidang Media oleh JPN, PPD dan Institusi Pendidikan di bawah KPM

SUMBER: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pihak yang terlibat hendaklah memastikan agar pelaksanaan Garis Panduan Temu Bual, Kenyataan Media dan Sidang Media oleh Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Institusi Pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dirujuk dan dipatuhi oleh semua pihak yang terlibat dan diharap dapat meningkatkan kefahaman dan pengetahuan yang lebih jelas dalam sesi temu bual dan menjalankan sidang media mengikut standard. Garis panduan ini dapat member! manfaat kepada semua pihak di bawah KPM dalam mempercepatkan proses maklum balas dalam menangani isu media.

Penutup

Sekian perkongsian pada kali ini iaitu Garis Panduan Temu bual, Kenyataan Media dan Sidang Media oleh JPN, PPD dan Institusi di bawah KPM. Semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahkan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati