Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cara Kira OT yang Betul dan Terbaru Mengikut Pindaan Akta Kerja 2022

cara kira ot

Pengiraan OT adalah salah satu cara kira OT bagi kerja lebih masa yang dilakukan oleh pekerja. Mengenai cara kira OT ia akan dapat membantu para pekerja untuk mengetahui anggaran pendapatan tambahan yang bakal diterima oleh mereka.

Bagi setiap syarikat atau majikan mereka mempunyai HR atau unit kewangan yang dipertanggungjawabkan bagi mengurus hal ehwal berkenaan gaji. Pengetahuan pengiraan OT adalah sangat penting untuk memastikan kiraan OT adalah bertepatan dan menepati dengan masa kerja yang dilakukan oleh para pekerja. Kali ini kami kongsikan kepada anda cara kira OT yang sebenar dan maklumat berkenaan OT.

Berkenaan Penetapan Mengenai Over Time (OT)

Apakah Itu OT?

Cara Kira OT yang Betul dan Terbaru Mengikut Pindaan 2022

Berdasarkan undang-undang terdapat satu akta mengenai kerja lebih masa atau urutan yang telah disebut dalam akta kerja 1955 di bawah ordinan buruh Sabah dan ordinan buruh Sarawak. Untuk makluman semua faedah OT adalah wajib diberikan kepada mereka yang dilindungi oleh akta dan ordinan tersebut.

Golongan yang tidak dilindungi pula adalah merujuk kepada golongan kontrak kerja dan juga melihat kepada majikan yang bermurah hati untuk membayar kepada kadar yang lebih tinggi bagi hal kerja lebih masa oleh pekerja.

Nota : Akta kerja telah dipinda kepada akta baharu iaitu pindaan akta kerja 2022 yang anda boleh merujuk dibawah.

Jumlah Jam Bekerja yang Dibenarkan Dalam Sehari

Peruntukan untuk jumlah jam bekerja bagi mana-mana pekerja adalah tidak melebihi 8 jam sehari. Terdapat penerangan mengenai jumlah jam bekerja yang dibenarkan dan tidak dibenarkan.

Berikut adalah penerangan mengenai jumlah jam bekerja yang ditetapkan dan sah mengikut akta kerja 1955:

  • Mestilah tidak melebihi dari 5 jam secara berturut-turut tanpa ada rehat dan tidak kurang daripada 30 minit.
  • Mestilah tidak melebihi tempoh 10 jam dalam satu hari
  • Mestilah tidak melebihi 48 jam dalam satu minggu
  • Tidak boleh juga untuk melebihi 12 jam sehari bagi pekerja yang bekerja syif.

Ketahui Cara Kira OT Yang Betul Selaras Undang-undang

Asas Pengiraan Over Time (OT)

cara kira ot

Secara asasnya pengiraan OT perlu melibatkan beberapa perkara. Berikut adalah beberapa perkara asas yang diperlukan dalam pengiraan OT:

  • Gaji
  • Kadar gaji sehari (Ordinary Rate Of Pay)
  • Kadar gaji dalam sejam (Hourly Rate Of Pay)

Dalam membuat kiraan OT adalah perlu untuk beberapa asas seperti di atas barulah pengiraan OT adalah sah.

Contoh dalam Kiraan OT:

Gaji Kamarul sebulan adalah RM1,100. Pada selasa yang lalu, Kamarul diarahkan untuk bekerja 2 jam tambahan selepas tamat masa kerja kebiasaan.

Gaji Kamarul sebulan : RM1,100

Gaji untuk sehari (OPR) Kamarul : RM1,100 / 26 = RM42.31

Gaji sehari (HRP) Kamarul : RM42.31/8 (Jika masa untuk kerja sehari adalah 8 jam) = RM5.29.00

Maka bayaran tambahan OT yang diterima Kamarul adalah RM5.29 X 2 jam x 1.5 (Kadar OT hari biasa) = RM15.87

Cara Kira OT Berdasarkan Pindaan Akta Kerja 2022

Berdasarkan maklumat terkini pindaan akta 2022 diguna pakai sebagai pindaan baharu yang sebelum ini adalah berdasarkan akta pekerja 1955. Mengenai cara kira OT yang terbaru, adalah penting untuk pengetahuan para pekerja Dan majikan bagi memastikan kiraan OT yang sebenar dan betul.

Pindaan akta kerja 2022 ini telah berkuatkuasa pada 1 September tahun 2022. pindaan ini sah kepada semua pekerja di dalam negara Malaysia yang bergaji bulanan RM4000 dan ke bawah. Menurut pindaan ini jumlah waktu kerja secara mingguan dikurangkan kepada 45 jam seminggu dari 48 jam seminggu pindaan sebelum ini. Pindaan ini adalah sah kepada pekerja yang bergaji RM4000 ke bawah dengan tertakluk kepada kontrak pekerjaan dengan majikan.

Berikut adalah disenaraikan cara kira OT yang betul berdasarkan pindaan terbaru:

Cara Kira OT Mengikut Jadual Kerja Dalam Minggu

Kenalpasti jadual kerja dalam seminggu. Kiraan adalah berdasarkan berapa hari bekerja dalam seminggu.

  • Kerja 6 hari seminggu. Waktu kerja sehari maksima adalah sebanyak 45jam/6 = 7.5 jam sehari.
  • Kerja 5 hari seminggu. Waktu kerja sehari maksima adalah sebanyak 45jam/5 = 9 jam sehari.

Seandainya jumlah kerja dalam seminggu adalah kurang 45 jam, maka waktu kerja tidak berubah. Bagi kes bekerja 5 hari seminggu iaitu 40jam seminggu, maka OT biasanya dikira apabila pekerja bekerja lebih dari 45 jam seminggu. (5jam tambaha tidak dikira)

Cara Kira OT Mengikut Hari dan Berapa Jam

Kenalpasti berapa jumlah hari dan berapa jam sehari bekerja. Misalan, guna kaedah tangga gaji RM4000(maksima). Bagi mendapatkan rate harian (ORP), adalah berdasarkan formula gaji bulan dibahagi 26.

  • ORP : RM4000 / 26 = RM153.85

Bagi mendapatkan rate sejam (HRP) adalah berdasarkan kiraan berapa jam (JMK) sehari bekerja seperti dalam kiraan di langkah 1.

  • Seandainya jam harian anda 8, maka: HRP: RM153.85 / 8 = RM19.23
  • Seandainya jam harian anda 7.5, Maka: HRP: RM153.85 / 7.5 = RM20.51.

Cara Kira OT Bagi Hari Biasa, Hari Rehat dan Hari Cuti Umum

Seandainya OT dibuat pada hari biasa bekerja, gandaanya adalah HRP X 1.5.

  • Kerja lebih masa 2 jam dan HRP adalah RM20.51. Dengan itu, RM20.51 X 2 jam X 1.5 = RM61.53
  • Sekiranya, kerja lebih masa 8 jam. Jadi, 8 X RM20.51 X 1.5 = RM246.12

Untuk hari rehat pula, ianya adalah kiraan seperti dibawah.

  • Kerja separuh hari(1/2) Jam Masa Kerja (JMK), ORP x 0.5. Contoh RM153.85 x 0.5 = RM76.93
  • Kerja sepenuh hari(Full) Jam Masa Kerja (JMK), ORP x 1.0. Contoh RM153.85 x 1.0 = RM153.85

Kerja Lebih Dari JMK, tambah HRP x 2.0. Contoh korang kerja 2 jam ekstra 2 jam x RM20.51 x 2.0 = RM82.04.

Untuk kiraan OT pada hari cuti umum pula, sekiranya kerja melebih dari separuh hari, maka JMK anda akan dapat OPR X 2.0. Kiraan boleh ditambah dengan waktu kerja dan ia akan jadi HRP X 3.0.

  • Kerja separuh hari(1/2) Jam Masa Kerja (JMK), RM153.85 x 3.0 = RM461.55
  • Kerja sepenuh hari(Full) Jam Masa Kerja (JMK), RM153.85 x 1.0 = RM461.55

Sekiranya situasi kerja melebihi 3 jam, jadi, tambah 3 jam X RM20.51 X 3.0 = RM184.59

Untuk itu, perlu anda memastikan pengiraan adalah bertepatan dengan pengiraan OT berdasarkan pindaan 2022. Bagi sebarang rujukan lanjut, adalah perlu untuk anda bertanyakan pihak HR atau mereka yang lebih arif berkenaan cara kira OT.

1 komen

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati