Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Himpunan Doa Pengasih Agar Disukai dan Dikasihi Bakal Mertua Ketika Datang Beraya Pertama Kali

Himpunan Doa Pengasih Agar Disukai dan Dikasihi Bakal Mertua Ketika Datang Beraya Pertama Kali

Jom amal doa pengasih agar disukai dan dikasihi bakal mertua. Mungkin ramai yang diantara kita bakal berjumpa dengan bakal mertua, lagi-lagi di pagi raya. Mempunyai mertua idaman adalah harapan kebanyakan orang, lagi-lagi untuk menantu perempuan. Penting mempunyai mertua idaman kerana sudah banyak terjadi permasalahan berkaitan dengan mertua dan menantu perempuan yang agak kurang harmoni.

Tidak semua orang beruntung untuk memiliki mertua yang baik serta menerima apa adanya menantu. Oleh itu, penting kepada kita untuk mempunyai ikhtiar yang lebih dalam mengharapkan dikurniakan mertua yang baik untuk kita. Antara cara yang boleh digunakan adalah melalui doa pengasih agar disukai dan dikasihi bakal mertua.

Himpunan Doa Pengasih Agar Disukai dan Dikasihi Bakal Mertua

Terdapat beberapa doa pengasih agar disukai dan dikasihi bakal mertua agar menantu boleh diterima dan disayangi dengan asbab keizinan Allah. Para pembaca boleh mengamalkan beberapa bacaan doa seperti yang tertera kami himpunkan kepada anda di bawah.

Doa Melembutkan Hati Mertua (Doa Nabi Ibrahim Meluluhkan Hati)

Kemungkinan mempunyai perbezaan karakter di antara menantu dan mertua boleh menyebabkan pelbagai masalah timbul di dalam rumah tangga. Walau bagaimanapun sebagai ikhtiar kita boleh memohon kepada Allah semoga dipermudahkan urusan dan diperlembukkan hati mertua dengan tujuan untuk mempunyai hubungan yang baik di antara mertua dan menentu.

doa pengasih agar disukai dan dikasihi bakal mertua
doa pengasih agar disukai dan dikasihi bakal mertua

Bacaan Rumi : Allahumma layyinli qalbahu (sebut nama mertua), layyinta li Dawudal hadiid.

Maksudnya: “Ya Allah, lembutkanlah hatinya (boleh sebut nama Mertua) sebagaimana Engkau melunakkan besi kepada Nabi Daud.”

Doa Meluluhkan Hati Mertua

Bagi umat islam, Allah adalah merupakan satu-satunya pemberi pertolongan boleh mengabulkan permintaan hamba-nya. Apatah lagi permohonan untuk mempunyai mertua yang baik hati serta selalu menyenangkan hati. Berikut adalah doa meluluskan hati mertua yang anda boleh amalkan;

doa pengasih untuk mertua
doa pengasih agar disukai dan dikasihi bakal mertua

Bacaan rumi : Allaahumma innaka antal azizul kabir. Wa anaa abduka dhdhoiifudzdzaliilul ladzii laa haula wa laa quwwata illaa bika. Allaahumma sakhkhir lii (sebut nama orang dimaksud) kama sakhkhorta fir’auna li musa. Wa layyin li qolbahuu kama layyintalhadiida li dawuda. Fa innahu la yantiqu illa bi idznika. Nashiyatuhuu fii qobdhotika. Wa qolbuhuu fi yadikka. Jalla tsanau wajhika. ya arhamar rahimiin.

Maksudnya : Ya Allah, sungguh Engkau Maha Mulia Maha Besar. Sementara aku hamba-Mu yang sangat hina dina. Tiada upaya dan kekuatan kecuali karena Engkau. Ya Allah, tundukkanlah (sebut nama orang yang dimaksud) padaku, sebagaimana Engkau telah menundukkan Fir’aun pada Musa a.s. Dan luluhkan hatinya untukku, sebagaimana Engkau telah meluluhkan besi untuk Daud a.s. karena sungguh dia takkan berbicara kecuali dengan izin-Mu. Ubun-ubunnya dalam genggaman-Mu, dan hatinya di tangan-Mu. Pujian wajah-Mu telah Agung, wahai yang
lebih sayang para penyayang.

Doa Supaya Hati Mertua Berpaling Kepada Menantu

Ada juga sebuah doa pengasih agar disukai dan dikasihi bakal mertua dalam versi pendek seperti yang dinyatakan dalam hadis nabi sallallahualaihiwasallam yang diriwayatkan dalam riwayat muslim seperti berikut:

Doa Supaya Hati Mertua Berpaling Kepada Menantu

Allaahumma mushorrifal quluub, shorrif quluubanaa ‘alaa thoo’atik.

Artinya: “Ya Allah, Zat yang memalingkan hati, palingkanlah hati kami kepada ketaatan (beribadah kepada-Mu).” (HR Muslim)

Doa Supaya Dihilangkan Rasa Dengki dan Mempunyai Hubungan Baik Bersama Mertua

Boleh jadi masalah yang tiba di antara menantu dan mertua datang dari salah satu sisi sahaja. Baik mertua ataupun menantu mungkin memiliki kelemahan serta kesalahan yang berlaku tanpa disedari atau rasa dengki atau watir yang berlebihan. Oleh itu kita boleh memohon kepada Allah supaya dihilangkan sifat-sifat kurang terpuji melalui doa kepada Allah.

Berikut adalah doa pengasih agar disukai dan dikasihi bakal mertua supaya mempunyai hubungan yang baik serta menghilangkan sifat-sifat tidak terpuji:

Doa Supaya Hati Mertua Berpaling Kepada Menantu

Allahumma taqabbal taubatil waghsil haubatii, wa ajib da’watii, wa tsabbit hujjatii, wa saddid lisaanii, wahdi qalbii, waslul sakhiimata shadrii.

Maksudnya: “Ya Allah, terimalah taubatku, hilangkan rasa khawatirku, jawablah doaku, teruskan ucapan benarku, arahkan hatiku kepada hidayah-Mu, dan lenyapkan kedengkian yang menyelubungi dadaku.”

Doa pengasih agar disukai dan dikasihi bakal mertua ini dapat diamalkan setiap hari selepas solat fardhu atau solat hajat. Permintaan adalah bergantung kepada individu dan tekankanlah pada dalam diri masing-masing serta mempunyai niat yang tinggi untuk kebaikan serta mempunyai hubungan yang baik dalam kekeluargaan di antara mertua dan menantu.

Diharapkan perkongsian berkenaan dengan doa pengasih agar disukai dan dikasihi bakal mertua ini dapat membantu anda untuk menyelesaikan masalah dan meresahkan gundah gulana yang ada pada diri anda.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati