Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Ibubapa Setuju Untuk Cuti Dilanjutkan Kerana Cuaca Panas Melampau & Toxic

Ibubapa Setuju Untuk Cuti Dilanjutkan
Ibubapa Setuju Untuk Cuti Dilanjutkan

Cuaca Panas Melampau : Ramai Ibubapa Setuju Untuk Cuti Dilanjutkan. Akhir-akhir ini kita berhadapan dengan suhu yang terlampau panas sehingga mencapai 37 darjah celcius.

Cuaca Panas Melampau : Ramai Ibubapa Setuju Untuk Cuti Dilanjutkan

Tidak sedikit ibubapa yang menyuarakan kebimbangan dan menyarankan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia agar melanjutkan cuti sekolah kerana bimbang akan kesihatan anak-anak mereka terjejas dengan keadaan cuaca sekarang. Kebimbangan ini berlanjutan kerana sebelum ini dilaporkan 2 kanak-kanak meninggal dunia akibat strok haba.

Diharapkan KPM membuat pertimbangan dengan sebaiknya untuk menyambung lagi tempoh cuti sekolah yang berlanjutan daripada aidilfitri baru-baru ini agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini kepada kanak-kanak.

Ibubapa Setuju Untuk Cuti Dilanjutkan 1
Ibubapa Setuju Untuk Cuti Dilanjutkan

STROK HABA (HEAT STROKE) MEMATIKAN

Berita kelmarin telah mengejutkan kita rakyat Malaysia bahawa ini bukan satu hal yang boleh diremehkan. Kematian dua kanak-kanak yang berusia 11 tahun dan bayi 1 tahun di Kelantan ini membuka mata kita untuk lebih peka dan berjaga-jaga.

Post mortem bagi kedua-dua kematian membuktikan disebabkan dan komplikasinya.

Baik. Saya ingin berkongsi sedikit berkenaan strok haba yang boleh membahayakan nyawa ini dan meminjam masa anda 2 minit untuk membaca.

Pendedahan kepada matahari pada suhu melebihi 32 darjah Celsius secara berterusan untuk jangkamasa panjang boleh menyebabkan seseorang diserang penyakit-penyakit akibat haba tersebut.
.
Strok Haba adalah pemanasan tubuh berlebihan pada keadaan suhu badan kita meningkat sehingga 40 darjah atau lebih disebabkan pendedahan berpanjangan atau senaman fizikal dalam cuaca yang ekstrim panas.

boleh mengakibatkan kerosakan pada beberapa organ penting atau vital dalam tubuh iaitu otak, jantung, buah pinggang dan kerosakan atau kecederaan otot-otot❗️

Sebelum terjadinya strok haba, individu tersebut akan mengalami gejala dan tanda kelesuan haba (Heat Exhaustion).

IMG 20230430 WA0198
Ibubapa Setuju Untuk Cuti Dilanjutkan

Gejala dan Tanda Kelesuan Haba seperti;

  •  Suhu badan 37 hingga 39
  •  Denyutan jantung laju
  • Pening atau sakit kepala
  • Loya atau muntah
  • Letih teramat
  •  Lemah
  •  Berpeluh yang banyak

 Jika ada tanda-tanda ini, segera berikan pertolongan pertama iaitu ;

  1. Longgarkan atau tanggalkan pakaian
  2. Mandikan dengan air sejuk. Basahkan kulit badan pada kepala, leher, ketiak dan badan
  3. Anginkan dengan kipas atau berada dalam ruang berhawa dingin.
  4. Berikan minuman air sejuk segera.
  5. Rehatkan dalam ruangan terbuka dan sejuk.

Jika pertolongan pertama ini tidak dilakukan, maka risiko terjadinya strok dalah sangat tinggi ‼️

Individu akan menjadi semakin lesu dan sedikit demi sedikit organ penting dalam tubuh akan terjejas.

Gejala dan Strok Haba adalah seperti berikut;

  1. Suhu badan 40 atau lebih
  2. Fungsi otak terjejas misalnya tidak dapat berfikir dengan normal, celaru, atau hampir pengsan.
  3.  Percakapan terjejas.
  4.  Mental terganggu atau delirium
  5. Pengsan atau koma
  6.  Sawan.

Beza dengan kelesuan haba ialah pada strok haba individu tersebut tidak akan mengeluarkan peluh lagi kerana telah mengalami dehidrasi sangat teruk.

Kulit atau skin turgor pada strok haba juga kering dan berkurang.

Air kencing pada mereka yang mengalami kelesuan haba sudah berkurang atau strok haba pula hampir tiada kerana dehidrasi yang teruk akibat tiada pertolongan pertama diberikan. Ini menyebabkan kerosakan buah pinggang

Otak dan jantung juga mula bengkak dan fungsi boleh berhenti pada bila-bila masa.

IMG 20230430 WA0200
Ibubapa Setuju Untuk Cuti Dilanjutkan

Baik, apa langkah mencegah dan apa rawatan jika berlaku di depan mata kita?? Risiko? Komplikasi??

Strok haba boleh menyebabkan kecacatan seumur hidup atau mati apabila tidak mendapat rawatan segera.‼️

Jika ada individu mengalami strok haba, segera lakukan pertolongan pertama seperti berikut;

1. Buat panggilan kecemasan ambulans 999 atau bawa ke klinik/ hospital berdekatan dalam 10 -15 minit pertama.

2. Pindahkan mangsa ke tempat lebih sejuk dan terlindung serta selamat.

3. Baringkan mangsa tersebut dan tinggikan kaki.

4. Buka baju mangsa atau longgarkan. Jaga aurat individu sesuai keadaan.

5. Sejukkan tubuh mangsa dengan cara;

– mandikan atau siram dengan air sejuk
– lap dengan tuala sejuk pada keseluruhan badan terutama di kepala.
– balut dengan pakaian atau kain basah yang sejuk sehingga petugas kesihatan sampai.
– kipaskan atau halakan penghawa dingin ke arah badan mangsa.

6. Sentiasa bersama mangsa dan pastikan mangsa sentiasa dalam keadaan sedar dengan cara bercakap kepada mangsa.

7. Pastikan ruang udara yang baik. Tidak ada kumpulan ramai atau sesak.

Cuti Sekolah Mungkin Dilanjutkan, Cuaca Panas Melampau

Ibubapa Setuju Untuk Cuti Dilanjutkan 2
Ibubapa Setuju Untuk Cuti Dilanjutkan

Bagaimana mencegah strok haba, terutamanya pelajar sekolah yang bakal memasuki alam sekolah pada minggu depan?

1. Memakai pakaian yang lebih longgar dan tidak tebal. Jangan memakai dua lapisan baju atau pakaian tebal pada waktu siang hari apatah lagi jika terdedah dengan cahaya matahari.

2. Menggunakan krim pelembap sunburn jika ada apabila keluar rumah.

3. Sentiasa hidrasi cukup dengan mengambil kerap dan banyak air kosong dalam badan. Sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari atau 2 Liter per hari. Kanak-kanak juga kalau boleh sekurang-kurangnya 1.5 liter per hari.

4. Jika anda mengambil ubat-ubatan yang menyebabkan badan kering seperti ubat hipertensi dan kencing manis tertentu, sila bincang dengan doktor anda untuk mengawalnya.

5. Jangan berada dalam kereta yang sedang parking bawah cahaya matahari. Walaupun menggunakan penghawa dingin. Suhu kereta akan meningkat 20 darjah dalam masa 10 minit apabila berada bawah cahaya matahari tanpa perlindungan.

6. Jangan lakukan aktiviti fizikal pada siang hari. Untuk pelajar sekolah, diharapkan pengetua atau guru besar sekolah melarang dahulu aktiviti senaman diluar kelas sehingga musim panas berakhir.

7. Jika anda seorang pekerja buruh yang bekerja bawah cahaya matahari dalam jangkamasa lama, silakan bawa payung besar sebagai tempat menghalang terus pancaran cahaya matahari, dan silakan minum air sekerap dan sebanyak mungkin dalam setiap 1 jam. Pakai pakaian nipis dan longgar.

Jika ada tanda-tanda kelesuan haba, segera berhenti dan dapatkan tempat teduh dan pertolongan pertama.

8. Para guru sebaiknya sentiasa mengingatkan anak-anak murid untuk mengambil air minum yang cukup semasa proses pembelajaran dalam sekolah. Berikan peluang kepada anak-anak murid mendapatkan bekalan air minuman di sekolah melalui penapis air yang ada tanpa perlu membelinya.

IMG 20230430 WA0197
Ibubapa Setuju Untuk Cuti Dilanjutkan

Cara Permohonan Lengkap Pengeluaran KWSP FSA2 2023

Inisiatif ini sangat membantu menyelamatkan nyawa mereka.

9. Ibu bapa tolong sediakan payung kepada anak-anak anda untuk digunakan sepanjang perjalanan pergi dan balik dari sekolah.

10. Sangat baik jika guru besar atau pengetua menyediakan satu bilik dengan cikgu yang mahir bagi memberikan rawatan pertama jika ada pelajar-pelajar yang mengalami kelesuan haba atau strok haba ini.

Ajarkan mereka pertolongan pertama. Jika tak tahu, boleh panggil para doktor atau petugas kesihatan untuk berikan simulasi atau ajar. Ianya mudah jika tahu caranya.

11. Ajar anak-anak kita untuk hitung berapa kerap dia kencing per hari atau di sekolah, jika dalam masa 8 jam mereka tidak ada air kencing, itu bermaksud mereka sedang mengalami dehidrasi.

Segera minum air dengan cukup. Jangan minum air 1 liter sekaligus dalam masa singkat atau kurang dari 1 jam. Ini bahaya kerana risiko terjadinya water intoxication pada tubuh. Boleh menyebabkan sawan dan koma.

12. Silakan bawa alat kipas mini atau portable untuk menyejukkan badan apabila perlu. Terutamanya sewaktu pergi beraya dalam musim raya yang masih berlangsung ini.

13. Digalakkan mengambil minuman air kosong berbanding air isotonik atau berkarbonat. Jika tidak mengalami kekejangan otot atau tiada muntah-muntah atau cirit birit, mengambil air minuman putih atau kosong sudah sangat memadai dan berkesan bantu hidrasi tubuh.

Semoga bermanfaat.

Dr. Arisman, MD. (FACEBOOK)
“Sama-sama belajar”

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati