Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Soal Jawab Hukum Pakai Gincu Ketika Puasa

Hukum Pakai Gincu Ketika Puasa

Apa hukum pakai gincu ketika puasa? Memasuki bulan puasa, ramai yang ingin mengetahui hukum-hukum berkaitan dengan amalan puasa. Bagi kaum wanita mungkin mereka akan tertanya-tanya adakah apa yang mereka pakai semasa waktu puasa adalah sah untuk puasa atau dibenarkan semasa menjalani amalan ramadan.

Terdapat persoalan berkenaan pakai gincu ketika puasa yang mana menimbulkan perasaan ingin tahu dan kerisauan adakah dibenarkan pakai gincu ketika puasa?

Perihal Soal Jawab Mengenai Pakai Gincu Ketika Puasa di Bulan Ramadhan

Apakah itu Gincu?

Gincu adalah merupakan produk kosmetik yang memberikan warna, tekstur dan perlindungan kepada bibir seseorang. Alat solekan ini didatangkan dalam pelbagai warna dan jenis; dan ia secara umumnya dipakai oleh kaum wanita, namun pemakaiannya tidak terhad dalam kalangan lelaki.

Gincu juga bertindak sebagai pelembap bibir yang bertindak memberikan warna dan kelembapan kepada bibir pemakai yang cenderung mengering akibat persekitaran.

Apa Hukum Pakai Gincu?

Hukum wanita pakai gincu lipstik serta alat-alat solek yang lain hukumnya adalah harus. Walau bagaimanapun, wanita perlu harus berhias untuk para suami mereka serta mereka yang dibenarkan oleh syarak sahaja. Tidak harus untuk wanita mempamerkan kecantikannya selain daripada suami mereka dan sebahagian manusia yang telah disebut di dalam ayat 31 surah al-Nur.

Maksudnya : “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”

Hukum Pakai Gincu Ketika Puasa

Hukum pakai gincu ketika puasa
Soal Jawab Hukum Pakai Gincu Ketika Puasa 4

Hukum pakai gincu ketika puasa pada siang hari Ramadhan adalah tidak membatalkan puasa selagi mana gincu tidak tertelan masuk ke dalam rongga. Sekadar terdapat ‘rasa’ di bibir maka ianya tidak sehingga membatalkan puasa seseorang.

Perkara ini adalah berdasarkan fatwa Ibn ‘Abbas R.Anhuma berkenaan merasa makanan yang mana menyebutkan:

لَا بَأْسَ أَنْ يَذُوقَ الْخَلَّ أَوِ الشَّيْءَ، مَا لَمْ يَدْخُلْ حَلْقَهُ وَهُوَ صَائِمٌ

Maksudnya: “Tidak mengapa untuk merasa cuka atau yang lainnya, selagi tidak memasuki  tekaknya dan dia sedang berpuasa”. (Riwayat Ibn Abi Syaibah di dalam Musannafnya (9277))

Adakah Tertelan Gincu Batal Puasa Ramadhan?

Hukum pakai gincu ketika puasa

Apabila seseorang merasa makanan, sudah pasti ianya akan akan mendapat kesan rasa kepada yang merasanya iaitu lidah dan selagi mana dia tidak menelannya maka tidak batal puasanya. Begitu juga keadaannya bagi gincu. Sekadar terdapat rasa sahaja, ianya belum membatalkan puasa melainkan dia menelannya, maka batallah puasanya.

Penggunaan gincu di siang hari bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa namun sekiranya ditelan (memasuki rongga) rasa yang terdapat pada gincu tersebut maka ianya membatalkan puasa. Jadi, disini kita dapat simpulkan bahawa puasa batal apabila melepasi rongga seseorang.

Adapun semata-mata terdapat ‘rasa’ daripada bibir yang digincu itu maka ianya tidaklah membatalkan puasa kecuali dia menelannya selepas itu.

Seandainya seseorang merasa makanan  ketika berpuasa, kemudian dia meludahkannya namun masih berbaki rasanya pada lidah sekalipun sampai kepada tekak dan lalu ditelannya, maka ianya tidak membatalkan puasa seseorang itu kerana ‘sifat’ makanan tersebut telah diludahkan dan yang tinggal hanya kesan sahaja yang berbaki.

Sebagai pesanan, ingin ditegaskan di sini bahawa memakai gincu bagi memperlihatkan pada yang lain dalam keadaan berlebih-lebihan atau tabarruj adalah amat tidak digalakkan di dalam Islam. Sekiranya untuk suami, ianya dibenarkan sebagai berhias diri.

Soalan FAQs Berkenaan Soal Jawab Hukum Pakai Gincu Ketika Puasa

Adakah batal puasa guna gincu?

Tidak batal puasa selagu mana belum tertelan dan melepasi rongga.

Apa hukum guna gincu ketika puasa?

Hukumnya harus untuk dikenakan dan boleh jadi haram sekiranya berlebih-lebihan atau tabarruj.

Bagaimana cara tanggal gincu ketika puasa?

Bagi wanita, gincu boleh ditanggalkan mengikut kesesuaian, guna tisu dan sedikit air boleh digunakan namun perlu menjaga kualiti puasa.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati