Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Senarai Stesen ECRL Seluruh Malaysia

Senarai Stesen ECRL Seluruh Malaysia

Berapa senarai Stesen ECRL seluruh Malaysia? Negara Malaysia bakal mempunyai laluan kereta api pantas melalui projek East Cost Rail Link (ECRL). Dijangkakan projek ini akan siap sepenuhnya pada tahun 2026. Ia dijangka akan memudahkan urusan ekonomi dan pelancongan negara Malaysia.

Berkenaan ECRL dan Senarai Stesen ECRL Seluruh Malaysia

Apa itu ECRL?

image 44
Senarai Stesen ECRL

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) adalah projek landasan kereta api sepanjang 665km. Ia bakal menghubungkan negeri-negeri di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang sebelum menghubungkan Lembah Klang dengan Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Sebagai sebuah pengangkutan nasional, ECRL akan menghubungkan bandaraya dan bandar-bandar serta dalam masa yang sama akan menaiktaraf sistem pengangkutan awam dengan rangkaian relnya.

ECRL juga dijangka akan memacu aktiviti komersial, menarik pelaburan, meningkatkan peluang pekerjaan dan merangsang aktiviti pelancongan di sepanjang rangkaian relnya. Projek ECRL ini dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2026

Bagaimana ECRL Berfungsi?

image 45
Senarai Stesen ECRL

ECRL adalah laluan baru sama sekali berdasarkan landasan tolok piawaian dan mungkin bermula dari Serendah yang akan menghubungkan landasan kereta api semasa KTM Laluan Pantai Barat ke Bentong dan Mentakab dan pasti akan melibatkan perancangan pembinaan terowong bawah tanah di Banjaran Titiwangsa.

Panjang 70 km landasan kereta api tunggal untuk Laluan Kereta Api Kerteh-Pelabuhan Kuantan untuk infrastruktur logistik penapisan minyak Petronas akan dihubungkan dan dinaik taraf ke dalam projek ECRL.

ECRL akan dimiliki dan dikendalikan oleh Malaysia Rail Link (MRL), sebuah entiti baru yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kewangan (MoF)

Berapa Kelajuan ECRL?

Dengan kelajuan 160km, keretapi penumpang ini dianggarkan akan menjadikan masa perjalanan lebih kurang empat jam dari Kota Bharu ke ITT Gombak.

Senarai Stesen ECRL Seluruh Malaysia

Berikut adalah merupakan senarai stesen ECRL seluruh Malaysia yang akan beroperasi mengikut konsep:

image 43
Senarai Stesen ECRL

Negeri Kelantan

  1. STN ECRL Kota Bharu : Pusat TOD Ibu Negeri di peringkat T1: Wilayah
  2. STN ECRL Pasir Puteh (Kargo) : Pusat Logistik Negeri Kelantan dan Daerah Utara Terengganu
  3. STN ECRL Jerteh : Gerbang eko pelancongan perdana Bekalan guna tenaga ke Pasir Puteh dan Kota Bharu.

Negeri Terengganu

  1. STN ECRL Bandar Permaisuri : Bekalan guna tenaga ke Kota Bharu dan Kuala Terengganu
  2. STN ECRL Kuala Terengganu : Pusat TOD Ibu Negeri di peringkat T2: Bandar
  3. STN ECRL Dungun (Kargo) : Gerbang Institusi Pendidikan.
  4. STN ECRL Kemasik : Aktiviti industri gas dan petroleum Bekalan guna tenaga ke Kerteh Paka dan Chukai.
  5. STN ECRL Chukai (Kargo) : Pelabuhan Kemaman dan Kawasan Perindustrian
  6. STN ECRL Cherating : Pintu masuk antarabangsa Gateway pelancongan TOD T2: Bandar

Negeri Pahang

  1. STN ECRL Kuantan Port City (Kargo) : Aktiviti industri kimia dan petrokimia.
  2. STN ECRL KotaSAS : Pusat TOD Ibu Negeri dan Pusat Konurbasi Timur TOD T1 Wilayah.
  3. STN ECRL Paya Besar (Kargo) : Gerbang institusi Pendidikan.
  4. STN ECRL Maran (Kargo)
  5. STN ECRL Temerloh (Kargo) : Hab Logistik Logistik Wilayah Tengals Pahang Aktiviti industri perkayuan dan tanaman komoditi Gateway ke kawasan Taman Negara (Jerantut).
  6. STN ECRL Bentong (Kargo) Gateway ke kawasan pelancongan tanah tinggi. Aktiviti pertanian tanah tinggi dan industri automotif kenderaan berat Bekalan guna tenaga ke W.P. Kuala Lumpur.

Negeri Selangor

  1. STN ECRL ITT Gombak : Pusat TOD utama Wilayah Pantai Barat. Pintu masuk utarna dari kawasan Lembah Klang
  2. STN ECRL Bandar Serendah (Kargo) : Hab logistik, Serendah Aktiviti industri peralatan pengangkutan (automotif, lokomatil, werpangkasa) dan industri sokongan Bekalan guna tenaga dari utara Selangor ke W.P. Kuala Lumpur.
  3. STN ECRL Puncak Alam : Bekatan guna tenaga ke Serendah dan WP Kuala Lumiput Gerbang institusi pendidikan utara Selangor Gateway ke kawasan pelancongan Kuala Selangor.
  4. STN ECRL Kapar : Bekalan guna tenaga ke Klang dan Pelabuhan Klang.
  5. STN ECRL Jalan Kastam (Kargo) : Pusat logistik ke Pelabuhan Barat dan Pelabuhan Timur Aktiviti Industri halal dan maritim.

Dengan mempunyai sebanyak 20 stesen ECRL seluruh Malaysia ini dijangka akan memudahkan banyak perkara kepada negara dan rakyat Malaysia sebagai pengankutan darat.

Soalan FAQs Berkenaan Stesen ECRL Seluruh Malaysia

Bila ECRL akan siap?

Dijangkan akan siap pada tahun 2026.

Berapa kos ECRL?

Dikatakan kos sebenar untuk pembinaan ECRL adalah sebanayk RM81b

Apakah negeri terlibat dalam ECRL?

Antara negeri yang terlibat dalam ecrl adalah kelantan, terengganu, pahang dan selangor.

Berapa kelajuan ECRL sebenar?

Dikatakan ECRL ini akan berkelajuan 160km.

6 KOMEN

  1. Bakal Jadi project gajah Putih…LPT pun tak sesibuk Mane compare dgn PLUS. Musim prayaan je lah ramai…boleh kompem rugi punye…

  2. Mengapa perlu melalui kawasan taman perumahan di Port Klang sehingga melibatkan unit yg byk. Kebanyakan yg tinggal disini org Melayu B40. Mrl sepatutnya mengkaji jajaran ecrl tanpa melalui taman perumahan. Nilai kehidupan penduduk taman terjejas sedangkan projek mega ini menguntungkan kerajaan. Penduduk terkesan dan berharap jajaran ini dialihkan. Mohon respon demi kesejahteraan penduduk.

  3. Mengapa tidak disambung ke sebelah timur Negeri Johor melalui Pekan, Rompin, Endau, Mersing, Kota Tinggi, Pasir Gudang Dan terus ke JB

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati