Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

KPM Umum Skor TP Dimansuh Ganti Guna Kaedah Lain

KPM Umum Skor TP Dimansuh Ganti Guna Kaedah Lain

KPM telah melakukan pembaharuan bermula musim sekolah 2024/2025 dengan skor TP dimansuh dan diganti dengan penilaian gred dan peratus. Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek pada tengahari tadi.

Sebelum ini ujian UASA diguna pakai dengan skor TP iaitu Tahap Penguasaan daripada nilai 1 sehingga nilai 6. Kini KPM telah umum skor TP dimansuh serta diganti dengan cara yang lain. Pekara ini perlu diambil cakna oleh guru-guru.

KPM Umum Skor TP Dimansuh Ganti Kepada Peratus

KPM mengatakan bahawa bermula sesi persekolahan 2024/2025, pelaporan tahap penguasaan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) untuk semua mata pelajaran murid di sekolah akan ditukar kepada bentuk peratus dan gred.

KPM Umum Skor TP Dimansuh Ganti Kepada Peratus
Rasmi skor tp dimansuh

Dibandingkan sebelum ini, skor setiap mata pelajaran untuk UASA dipaparkan dalam bentuk tahap penguasaan (TP) iaitu antara tahap 1 hingga tahap 6.

Pekrara ini disuarakan oleh YB Fadhlina Sidek kerana langkah itu dibuat selepas mengambil kira pandangan ibu bapa yang keliru dengan pelaporan TP sebelum ini.

Sebab KPM Umum Skor TP Dimansuh

Pada sebelum ini, telah berlaku pertikaian dalam kalangan ibu bapa yang mempersoal bagaimana untuk ukur prestasi pembelajaran anak mereka. Sebagai contoh, TP 6 itu apa? Maksudnya tahap penguasaan yang bagaimana dan selepas untuk penilaian UASA tiada lagi paparan TP sebaliknya ia dipaparkan dalam bentuk peratus dan gred.

UASA Skor TP Dimansuh, PBD Skor TP Tidak Dimansuh

Walaubagaimanapun penggunaan TP masih digunapakai untuk pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) namun hanya bagi pelaporan UASA ia dikeluarkan dalam bentuk peratus dan gred. Jadi Tahap Penguasaan(TP) masih diteruskan sebagai penilaian untuk PBD sahaja dan untuk UASA telah ditukar.

Berkaitan Tahap Penguasaan (TP) di Dalam PBD dan UASA

Apa itu Tahap Penguasaan?

Tahap penguasaan adalah jenis penilaian yang diguna pakai dalam PBD dan UASA. Ianya telah diperkenalkan oleh KPM seiring dengan pengenalan PBD dan UASA. Sebelum ini, guru akan membuat kira-kira dengan menilai murid dalam skala tahap penguasaan 1 hingga tahap penguasaan 6.

Apabila penilaian telah dibuat, guru akan memainkan peranan untuk maklum lanjut prestasi pelajaran murid kepada ibu bapa atau penjaga. Dari situ guru akan menerangkan satu persatu dimana perkara yang perlu dititik beratkan. Selain itu, pihak sekolah juga akan mengambil makluma berkenaan TP dan akan bertindak untuk memastikan murid-murid mendapat tahap penguasaan yang cemerlang iaitu TP5 dan TP6.

Bagaimana Tahap Penguasaan Murid?

image 27
KPM Umum Skor TP Dimansuh Ganti Guna Kaedah Lain 4

Guru yang menilai akan mengguna pakai sistem Tahap Penguasaan dengan skal 1 hingga 6. Untuk setiap murid mereka akan dikelaskan dan dinilai dengan baik oleh guru. Berikut adalah penerangan TP murid mengikut tahap penguasaan berikut iaitu TP 1 sehingga TP 6:

  • Tahap Pengetahuan 1 – Tahu :
    • Murid dinilai mengetahui perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi reaksi terhadap perkara asas.
  • Tahap Pengetahuan 2 – Tahu dan Faham :
    • Murid dinilai sebagai menunjukkan kefahaman dengan menjelaskan sesuatu perkara yang dipelajari dalam pelbagai bentuk dalam komunikasi.
  • Tahap Pengetahuan 3 – Tahu, Faham dan Boleh Buat :
    • Murid dinilai menggunakan pengetahuan bagi melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.
  • Tahap Pengetahuan 4 – Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab :
    • Murid dinilai menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau secara analitik dan sistematik.
  • Tahap Pengetahuan 5 – Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji :
    • Murid dinilai menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut prosedur atau secara analitik dan sistematik serta tekal dan bersikap positif.
  • Tahap Pengetahuan 6 – Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali :
    • Murid dinilai berupaya menggunakan pengathuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara analitik, sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif dalam penghasilan idea baharu serta boleh dicontohi.

Dengan penilaian Tahap Penguasaan (TP) ini dapat dijelaskan bahawa ia adalah merupakan sistem untuk menilai murid dengan baik. Berdasarkan makluman baharu skor TP dimansuh akan digantikan dengan penialain gred dan peratus adalah untuk memberi kefahaman kepada ibu bapa.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati