Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Kemudahan Perubatan Penjawat Awam dan 5 Perkara yang Perlu Anda Tahu Berkaitan

trf

5 Perkara yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Kemudahan Perubatan Penjawat Awam. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, Sistem Guru Online mengongsikan berkaitan perkara-perkara yang perlu anda tahu sebagai penjawat awam dalam mendapatkan perkhidmatan perubatan.

Kemudahan Perubatan Penjawat Awam
Kemudahan Perubatan Penjawat Awam

5 Perkara yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Kemudahan Perubatan Penjawat Awam

Sehubungan dengan itu, berikut merupakan 5 perkara yang perlu anda tahu.

  1. SIAPAKAH YANG LAYAK MEMOHON PERBELANJAAN BAGI KEMUDAHAN PERUBATAN?

Pesara Awam Persekutuan, ahli keluarga yang layak iaitu suami/ isteri dan anak yang berumur di bawah 18 tahun atau yang masih bersekolah di bawah umur 21 tahun atau anak-anak daif yang disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani.

  1. ADAKAH PESARA PIHAK BERKUASA BERKANUN DAN TEMPATAN LAYAK MEMOHON PERBELANJAAN BAGI KEMUDAHAN PERUBATAN?

Peraturan permohonan perbelanjaan kemudahan perubatan kepada pesara & ahli tanggungan yang layak adalah tertakluk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 2009 berkuat kuasa 1/11/2009. Walau bagaimanapun, pemakaian pekeliling tersebut kepada Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan adalah tertakluk kepada penerimaan oleh pihak berkuasa masing-masing.

  1. APAKAH KEMUDAHAN PERUBATAN YANG BOLEH DITUNTUT OLEH PESARA AWAM PERSEKUTUAN?

Pembekalan ubat, pembekalan alat perubatan, rawatan buah pinggang, rawatan kepakaran di hospital swasta, rawatan kecemasan di hospital swasta, rawatan kemandulan, rawatan di IJN dan rawatan di luar negeri.

image 54
Kemudahan Perubatan Penjawat Awam
  1. BAGAIMANAKAH TUNTUTAN PERBELANJAAN BAGI PEMBEKALAN UBAT / PERALATAN PERUBATAN BOLEH DIBUAT?

Pesara perlu mendapatkan rawatan dan kemudahan perubatan di hospital/klinik kerajaan dan mendapat perakuan/pengesahan oleh Pegawai/ Pakar Perubatan. Borang yang perlu diisi ialah Borang Perubatan 1/09 berserta dokumen kewangan (bil rawatan, resit, invois, sebut harga dan sebagainya).

  1. APAKAH KELAYAKAN TUNTUTAN PERJALANAN BAGI TUJUAN MENDAPATKAN RAWATAN?

Sekiranya seseorang pegawai perubatan tempatan mengesahkan bahawa seseorang Pesara itu atau keluarganya perlu mendapat rawatan dari pegawai-pegawai perubatan di tempat lain, maka dia atau keluarganya boleh menuntut elaun-elaun yang layak dituntut oleh pegawai yang sedang berkhidmat kerana menjalankan tugas rasmi seolah-olah dia atau keluarganya di dalam perjalanan kerana urusan rasmi.

RUJUKAN : 

  1. Perintah Am Bab B
  2. Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003
  3. Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2Tahun 2006
  4. Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 8 Tahun 2010

Semoga perkongsian pada kali ini iaitu 5 Perkara yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Kemudahan Perubatan Penjawat Awam  dapat membantu anda dalam mengetahui sedikit sebanyak berkaitan urusan dalam mendapatkan perkhidmatan ini. Ketahui hak-hak anda sebagai seorang penjawat awam.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati