Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Permohonan Bantuan Persekolahan Selangor, Jumlah Bantuan dan Syarat Kelayakan

BANTUAN PERSEKOLAHAN SELANGOR

Memasuki tahun persekolahan baharu, para ibu bapa dan pelajar boleh ambil inisiatif mohon bantuan persekolahan Selangor yang disediakan oleh pihak yang cakna akan bantuan kewangan kepada golongan yang memerlukan.

Antar tawaran bantuan persekolahan Selangor adalah program Bantuan Masuk Sekolah (PBMS) bagi ahli Tabung Warisan Anak Selangor yang akan memasuki ke tahun 1 pada tahun semasa akan segera diadakan sebaik musim sekolah bermula.

Permohonan bantuan kewangan ini penting bagi membantu ibu bapa dalam memenuhi keperluan pendidikan anak-anak mereka. Anda boleh ketahui lebih lanjut mengenai Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dan Program Bantuan Masuk Sekolah (PBMS).

Berkenaan Bantuan Persekolahan Selangor

Negeri Selangor mempunyai ribuan pelajar yang akan mula memasuki alam persekolahan. Sebagai usaha untuk memberi sokongan kepada mereka yang memerlukan, pihak Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) adalah merupakan sekumpulan yang memainkan peranan penting dalam memastikan kebajikan anak Selangor terjaga.

Apakah itu TAWAS?

Bantuan Persekolahan Selangor

Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) adalah merupakan satu inisiatif penting dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) untuk Fasa 1. Program ini ditubuhkan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) untuk memberi bantuan kewangan kepada anak-anak kelahiran Negeri Selangor yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Bantuan atau inisiatif yang dianjurkan melalui program TAWAS akan banyak membantu anak Selangor lebih senang untuk mendapatkan bantuan selain daripada kerajaan Malaysia.

Semakan Program Bantuan Masuk Sekolah (PBMS)

Program bantuan persekolahan Selangor iaitu Bantuan Masuk Sekolah TAWAS bagi ahli akan diadakan setiap tahun. Para pemohon boleh membuat semakan kelayakan dan maklumat lanjut mengenai program ini melayari laman semakan PBMS.

Bagi anda yang ingin membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan masuk sekolah bagi ahli TAWAS, anda boleh merujuk dibawah untuk lebih lanjut.

Panduan Permohonan Program Bantuan Masuk Sekolah Ahli TAWAS

Pemakluman berkenaan program bantuan kebiasaannya akan dihantar melalui SMS kepada ahli TAWAS mulai tempoh tertentu sebelum buka sesi persekolahan baharu. Prosedur tuntutan bantuan boleh dilakukan melalui pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) atau program serahan yang akan diatur oleh pihak YAWAS.

Bantuan Persekolahan Selangor

Berikut adalah merupakan panduan untuk 2017/2024 untuk penerimaan bantuan persekolahan Selangor iaitu bantuan masuk sekolah ahli TAWAS.

Terima SMS & Muat Turun Aplikasi YAWAS:

  • Pada bulan Disember 2023 hingga Februari 2024, ibu/bapa atau penjaga ahli TAWAS kelahiran 2017 yang akan memasuki tahun 1 pada tahun 2024 akan menerima SMS pemakluman.
  • Muat turun aplikasi YAWAS dari platform yang disediakan untuk proses tuntutan.

Daftar Aplikasi YAWAS:

  • Sila cipta akaun di Aplikasi YAWAS dengan memasukkan data ibu/bapa dan anak ahli TAWAS 2017.

Hadir ke Program Pejabat ADUN:

  • Hadir ke lokasi yang dinyatakan dalam SMS, sama ada pejabat ADUN atau lokasi program serahan mengikut ketetapan yang dimaklumkan dalam SMS.

Dokumen MyKad & MyKid:

  • Sediakan dokumen Mykad ibu/bapa dan MyKid anak/surat beranak anak untuk proses dokumentasi oleh pihak urusetia DUN/YAWAS.

Imbas Kod QR:

  • Pihak urusetia DUN/YAWAS akan mengimbas kod QR yang dijana melalui Aplikasi YAWAS untuk urusan penebusan bantuan.
  • Setelah pemindaian selesai, ibu/bapa akan menerima set bantuan masuk sekolah bagi ahli TAWAS yang berkelayakan.

Pastikan untuk mengikuti panduan di atas dengan teliti untuk memastikan proses pengambilan bantuan masuk sekolah Ahli TAWAS berjalan lancar.

Kemaskini Maklumat TAWAS

Ibu bapa perlu mengemaskini maklumat anak-anak mereka yang lahir pada tahun tertentu dan akan memulakan tahun 1 pada tahun semasa. Ini bertujuan untuk memastikan tiada sebarang kelewatan dalam menerima panggilan untuk Program Bantuan Masuk Sekolah TAWAS. Tarikh tutup kemaskini adalah akan diumumkan setiap kali permohonan dibuka.

Anda boleh membuat kemakini melalui laman web TAWAS.

Soalan FAQs Berkenaan Bantuan Persekolahan Selangor

Apa bantuan persekolahan Selangor?

Bantuan yang ditawarkan di peringkat selangor seperti Program Bantuan Masuk Sekolah (PBMS) .

Bagaimana daftar ahli TAWAS?

Bagi mereka yang belum menjadi ahli TAWAS, borang pendaftaran boleh didapati secara online. Pastikan untuk menghantar borang beserta dokumen sokongan yang diperlukan ke alamat yang dinyatakan dalam borang pendaftaran.

Bagaimana dapatkan maklumat lanjut TAWAS?

Bagi mendapatkan maklumat lanjut atau pertanyaan, sila layari laman web rasmi Kerajaan Selangor atau hubungi nombor telefon yang disediakan. Pastikan maklumat nombor telefon dan emel yang diberikan adalah tepat untuk memastikan menerima maklum balas dan jawapan yang diingini.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati